Klik untuk lihat iklan menarik

Wednesday, April 29, 2009

Terima kasih bintang.









Cuba lihat sifat bintang. Bintang itu gemerlapan, kelip-kelip. Semua orang mahu lihat bintang. Bintang setia berada pada paksi yang sama. Bintang itu wujud, cuma kita dapat lihat atau tidak aja sekiranya awan di malam hari pekat menyelubungi langit. Bintang mampu buat semua orang bahagia. Bintang menjadi saksi antara cinta beribu malah jutaan manusia . Bintang juga menjadi garis panduan bagi pengembara di darat , laut dan juga udara. Satu perkara tentang bintang yang kita boleh teladani, bintang yang kita lihat hari ini, malam ini esok lusa dan seterusnya barangkali secara zahirnya bintang itu sudah tidak ada lagi. Namun, kita masih mampu melihatnya kerana apa yang kita lihat itu sebenarnya adalah cahaya dari bintang yang telah beribu tahun lamanya. Jadilah bintang yang sejati, kerna sekalipun jasadnya tidak ada di depan mata, namun kita masih mampu melihatnya. BINTANG buat aku tenang =)

Sate oh sate.










Apabila sebut sahaja nama sate, pasti ada perut yang mula berkeroncong. Dari manakah asal usul sate? Ada yang mengatakan bahawa sate itu asalnya dari tanah besar Kepulauan Jawa. Tidak kiralah dari mana sekalipun, ianya tetap menjadi sinonim bagi makanan Malaysia.

Sate yang popular di Malaysia ialah sate ayam dan juga daging. Terdapat juga sate yang diperam daripada daging lain selain ayam dan lembu. Semuanya mempunyai peminat yang tersendiri. Aku masih ingat sewaktu keluarga aku berpindah dari Shah Alam ke Perlis. Kami sekeluarga seolah-olah terkejut dengan harga makanan yang dijual di sana. Terdapat sate yang dijual pada harga 10 sen secucuk. Amat murah kan?

Hidangan ini juga menjadi tradisi bagi keluarga aku terutamanya menjelang hari raya. Apabila tiba di kampong, kami si cucu-cucu akan berganding bahu dalam menyediakan bahan untuk membuat sate yang akan dibakar pada pagi raya. Baru aku paham mengapa sate itu agak mahal. Ini berikutan kos tenaga untuk mencucuk sate adalah rumit. Lemak dan daging perlu diselang-selikan dalam secucuk sate. Proses ini agak merumitkan dan memakan masa. Bahan-bahan rempah dan daging pula akan diperam selama semalaman untuk memberikan rasa sate yang enak.

Untuk pengetahuan semua, sate ini adalah makanan yang tidak elok untuk kadar pengambilan yang tinggi. Ini adalah kerana untuk memerap sekilo daging ayam memerlukan 15 sudu besar gula manakala bagi daging pula 10 sudu. Selama ini aku tidak pernah mengambil tahu akan kandungan gula , maka aku pun memakan sate tanpa memikirkan akan kandungannya. Sebab itu lah kini aku lebih memakan sate daging berbanding ayam. Tabiat pemakanan kenala dipantau, jika selalu terbabas takut nanti “boleh kena potong kaki”.

Mengapa apabila makan sate mesti ada timun dan bawang ya? Mengikut kajian , tujuan timun dan bawang itu adalah untuk meneutralkan tahap karbon yang ada pada sate. Ini adalah kerana apabila sate itu dibakar, kesan hangit itu adalah kandungan karbon. Baru lah aku paham kenapa perlu ada timun dan bawang, agen untuk meneutralkan karbon ya.

P/S: Teringat sewaktu berada di Karachi Pakistan, akibat dah lama makan roti , apabila jumpa sate rasa amat teruja!

Tuesday, April 28, 2009

Niat tidak menghalalkan cara.

Seorang anak kecil bercerita kepada ibunya, “mak, tadi masa adik nak balik sekolah, adik ikut jalan belakang. Lepas tu kan mak, adik nampak adaorang lelaki tu kencing kat seorang kakak tu tepi semak belakang kedai lama tu”. Si ibu yang sedang memasak itu pun tergamam dengan pernyataan “innocent” anaknya itu.

Dengan perasaan masih terkejut, si ibu cuba menangkis. “Eh yeke..adik nampak apa lagi”? Dalam hatinya berderau darah gara-gara apa yang diceritakan oleh anaknya. Macam mana ya dia mahu menerangkan..

“Adik dengar kakak tu menangis, tapi lepas tu dia senyum-senyum..adik pun takut lepas tu adik lari balik cepat-cepat, adik rasa dorang tu orang gila la..”

Si ibu pula menjawab, “adik, bagus adik buat macam tu. Macam ni lah, esok adik jangan lalu kat jalan tu lagi ya..tunggu sampai ayah sampai , jangan balik sorang-sorang”.

Adik: “Ala.. mak..rumah ni dekat je pun dengan sekolah..takpe adik boleh balik sendiri la”

Mak: “Adik , sekarang ni bahaya..kang nanti orang gila tu kencing lagi..adik tak takut ker? Okay, ingat esok tunggu sampai ayah datang.”

Sambil terpinga-pinga, si anak itu pun menggangguk dan si ibunya duduk termenung sambil memikirkan bagaimana untuk menerangkan secara terbaik kepada anaknya akan kejadian itu..Mungkin apabila sampai masa dan waktu yang sesuai baru boleh dijelaskan kepada anaknya itu.

*Monolog….*

"alangkah elok kita memegang binatang haram dan dapat menyamaknya semula, dan malangnya kita menyentuh lelaki atau wanita yg bukan mahram dan dosanya tak dapat kita samak.. niat tak menghalalkan cara.."

Stress? Ini ubatnya..












kalau stress
jangan merungut
jangan mencarut
stress cari la ubat
bukan mengadu domba
pada kekasih hati
bukan pil khayal
tapi dekat pada tuhan
DIA maha pemurah
sujud pada DIA
solat jgn lupa..
cubalah, mesti berkesan.

Monday, April 27, 2009

Cinta VS Tabiat

Setiap insan di dunia lahir dengan kasih sayang, hidup berbekalkan kasih sayang dan ada juga yang berjuang demi kasih sayang. Cinta pula sesuatu yang subjektif, 1001 perkataan pun tidak mampu menggambarkan apa itu cinta. Ada cinta duniawi dan sebaliknya.

Cinta sebahagian daripada cabang kekuatan emosi. Persoalannya, bagaimanakah untuk menilai apa itu cinta? Adakah cinta itu boleh dipupuk dilahirkan secara "classical conditioning" ? Apa beza cinta dan tabiat@ habit? Seorang pensyarah senior pernah berdiaolog dengan aku, dengan situasi sekarang, sejauh mana anda mampu menilai cinta itu adalah cinta sejati?

Teknologi membentuk evolusi. Saban hari kita dibelai dengan kemajuan yang mematangkan sesebuah tamadun sesuatu masyarakat. Berbalik kepada soalan pensyarah tersebut kepada aku, mampukah aku menyintai seseorang, tanpa kurang tahap perasaan itu apabila tidak berhubung selama satu tempoh seperti 3 bulan. Tiada telefon bimbit, tiada surat , tiada komunikasi.

Bagaimana pula dengan tabiat@ habit? Sudah menjadi kebiasaan kepada sesebuah pasangan untuk meluahkan perkataan azimat seperti "aku cinta padamu@ i love you". Boleh dikatakan setiap hari perkataan tersebut diluahkan yang mana pada akhirnya sudah menjadi tabiat dan bukan lahir dari keikhlasan. Barangkali wujud perasaan takut melukai pasangan apabila dalam sehari tidak mengungkapkan perasaan tersebut kepada mereka. Mari kita renung-renungkan..

Jika pada satu pagi anda bangun dari tidur, fikiran anda melayang memikirkan tentang seseorang (yang bukan pasangan anda), adakah anda akan mengabaikannya dan kembali kepada tabiat iaitu memberi "good morning wish" kepada pasangan anda? Fikirkan sejenak...tenangkan fikiran dan lapangkan minda, siapakah di hati anda? Jangan takut untuk bertindak jika anda terdetik rasa was-was, maka yakinlah dengan kata hati! Magik itu luas cabangnya..

Jika masih berbelah bagi, lakukan solat sunat istiqharah :)

*sekadar terlintas di fikiran dan berkongsi pendapat*




Siapa yang tetapkan sambutan hari ibu?







Tadi aku keluar bersama keluarga untuk makan malam. Ayah “drive”, mama di sebelah dan aku bersama adik di tempat duduk belakang. Sebelum itu kami ke Jusco, mama cakap nak “shopping” kasut. Setibanya di “parking”, aku ternampak satu palang mempromosikan jualan sempena hari ibu. Lantas aku bertanya kepada mama,

Syahmi: Mama, siapa yang bertanggungjawab “declare” hari ibu ya? Selama ni kita just follow je kan semua benda ni without thinking macam mana sejarahnya right?

Mama : Yeah, ha’a kan..mama pun tak sure lah. By the way mesti ada something kan..which is kita tak pernah kaji. Ntah-ntah ada kena mengena dengan agenda yahudi kea pa ke..who knows..

Syahmi: Tu lah, maybe la kot.. mungkin kita boleh kaji dengan details nanti..

Begitulah sedikit perbualan antara aku dan mama, ayah dan adik pula hanya mendengar. Terdetik pula di hati , siapakah yang bertanggungjawab tetapkan hari ibu, hari bapa..dan sebagainya. Kita pula tanpa soal selidik, meraikannya. Memang benar, adalah baik sekiranya diangkat satu hari sebagai hari penghargaan kepada ibu atau bapa. Lebih baik daripada tidak mengingati langsung. *itu aku tak nafikan*

Pada perspektif aku, apa kata jika makna sebenar hari ibu atau hari bapa itu diraikan pada hari lahir seorang anak. Pada erti kata yang lain, disambut serentak bersama-sama. Cuba bayangkan, jika seorang ibu itu mempunyai 9 orang anak maka dalam setahun ibu itu akan berpeluang merasai 9 kali hari keramat tersebut dalam setahun. Pada masa yang sama bukan sekadar ibu, malah ayah, kakak atau pun abang turut berpeluang meraikannya. Bukankah lebih meriah dan bermakna?

Adalah lebih manis apabila detik sambutan hari ibu itu dirancang oleh anak- anaknya tersendiri. Selama ini si anak sejak kecil hanya mengharapkan hadiah daripada ibu-bapa. Apa kata kita ubah dimana detik hari ibu itu si “birthday boy @ birthday girl” yang memberi hadiah kepada ibu dan bapanya. Mengapa kita perlu rigid kan? Tak salah jika diubah pelaksaan kerana konsepnya tetap sama, saling menghargai.

Apa yang berlaku pada hari ini, sambutan sebegini menjadi seolah-olah “popular culture” yang diraikan di seluruh dunia. Jika terlalu ghairah dikhuatiri akan bertukar menjadi taksub sehingga keikhlasan pun boleh bertukar kepada riak. *tepuk dada tanya selera*Jika mahu buat apa-apa ukurlah dengan kemampuan diri. Terdapat juga pihak yang kreatif dimana memanipulasikan hari hari sebegini untuk melariskan perniagaan mereka. Bijak bijak..

Walau bagaimanapun, tidak salah untuk meraikan sambutan hari ibu. Setiap perkara yang berniatkan positif adalah wajar dilaksanakan. Sekadar memberi pendapat =) Terima kasih kepada mama dan ayah, tanpa mereka, aku tiada di dunia ini.

Sunday, April 26, 2009

Satu ketika dahulu..tomoi dan aku.











(Gambar koleksi sekadar suka-suka)

Beberapa tahun yang lepas, nama sukan “muay thai” adalah kurang popular (komersial) berbanding beberapa tahun baru baru ini. Hanya peminat sejati sukan ini yang akan hargai dari setiap sudut kelebihan sukan yang lebih dikenali sebagai tomoi @tinju siam@ silat tomoi di Malaysia. Tidak kiralah apa jenis seni bela diri sekalipun, masing masing mempunyai kekuatan tersendiri. Nama seni bela diri ini semakin popular selepas kejayaan beberapa buah filem thai yang memartabatkan tomoi menggunakan elemen tomoi sebagai tunjang utama .

Jika ditanya seni bela diri manakah yang terhebat di dunia? Jawapan peribadi aku adalah tidak ada yang boleh diiktiraf sebagai nombor 1 dalam dunia. Seni bela diri adalah cabang ilmu yang tidak akan putus jika seseorang menerokai dan mengamalkannya. Jika seseorang telah menggelar atau digelar dirinya terhebat dalam bidang tersebut barangkali individu tersebut hanya menguasai teknik dalam pertarungan. Namun sejauh manakah jati diri seseorang dalam seni bela diri tersebut adalah bersifat subjektif.

Aku pernah bergiat aktif dalam tomoi beberapa tahun yang lepas. Pernah suatu ketika aku seolah olah dalam dilemma untuk memikirkan seni bela diri manakah yang ingin dipelajari. Untuk apa aku mahu belajar? Bela diri atau untuk bermegah-megah? Tepuk dada, Tanya hati dan kemampuan. Aku pun memilih tomoi sebagai medium pembelajaran . Bermula dengan latihan asas iaitu menguatkan kardio(jantung), sukan ini memerlukan stamina yang tinggi. Aku masih ingat di mana aku harus berlatih sekurang-kurangnya “jogging” 2 jam sehari. Rasa macam nak putus vena dan arteri dalam badan . Namun setelah beberapa bulan meneruskannya sebagai rutin( 7 pagi -10 pagi) , sakit itu sudah sebati malah aku akan rasa tidak puas berlatih sehingga rasa sakit.

Menariknya, sepanjang aku aktif di dalam tomoi, aku sendiri tidak tahu apakah tarikan utama yang mendorong aku untuk mengeksplorasi sukan tersebut. Barangkali sebab jenis latihan yang agak sakit dan lasak berbanding sukan lain. Ketika di bangku sekolah sekitar tingkatan 3, aku merupakan seorang yang berbadan gempal. Kiranya hampir masuk kategori obesiti. Setahun kemudian aku nekad untuk berusaha menguruskan badan dan aku dapati latihan di dalam tomoi sudah cukup untuk membakar kalori dalam badan. Sehingga penghujung 2005, hasilnya aku dapat rasai setelah bertahun-tahun bekerja.

Apa yang aku dapati, tomoi ini mengajarku supaya menjadi seorang yang lebih berdisiplin. Setiap hari aku mesti bangun seawal subuh, berlatih dan elakkan tidur pada pagi. Aku juga sedar akan satu perkara iaitu jangan sesekali memandang rendah terhadap kemampuan orang lain dan jangan rendah diri dengan kemampuan sendiri.*akan diceritakan pengalaman pada posting akan datang*. Tomoi juga mengajar aku untuk menjadi pemerhati yang tangkas dan seseorang harus licik dalam mengatur langkah. Nak bertarung mesti guna otak. Banyak lagi perkara lain yang tidak mampu aku kongsi dalam penulisan ini.

Namun, adat dalam menuntut ilmu, ada perkara hitam dan putih. Aku melihat pelbagai ragam yang berlaku sepanjang aku mengenali tomoi. Ada segelintir pihak yang menyalah gunakan ilmu yang dipelajari. Ada yang mempelajari tomoi untuk membuli orang lain, untuk bermegah-megah, ahli kongsi gelap@ pertubuhan haram dan tidak kurang yang mempelajari untuk menguatkan diri supaya mahu menjadi “bouncer” di kelab malam.

Mengapa aku tidak memilih seni bela diri yang lain? Sejujurnya silat merupakan idaman aku, namun aku masih belum bersedia untuk mempelajarinya. Tomoi juga tidak banyak lari “buahnya” dengan silat kan =). Semasa aku di bangku sekolah , sukan taekwondo dan karate merupakan sukan popular di sekolah. Segelintir ahli yang mempelajarinya pula kebanyakan suka bermegah-megah dengan “skill” yang mereka ada.Aku memang tidak “sebulu” dengan keadaan sebegini. Ada juga di antara mereka yang mempunyai “black belt”, namun kelihatan berlari –lari berkejaran sesama mereka sambil bajunya comot dengan tumpahan aiskrim. Anda mesti dapat membayangkan apa yang aku cuba sampaikan bukan?

Walau bagaimanapun, kini aku sudah tidak bergiat aktif dalam tomoi. Aku sedar yang aku perlu mencari masa dan disiplin diri yang tinggi dalam membahagi masa dan mengeluarkan tenaga untuk kembali aktif. Stamina aku pun kini dah merudum jatuh, badan aku pula semakin membesar. Aku rindukan saat aktif satu ketika masa dahulu. Jika ada masa dan peluang, aku ingin juga mempelajari seni bela diri yang lain. :) Nampaknya Ahmad Syahmi perlu merangkak dan bertatih semula dari awal untuk mendapatkan kembali apa yang telah hilang! Aku perlukan vitamin D = Disiplin!













*koleksi ketika 2004, 2005* kini?? = Masa untuk berubah +Motivasi.

Tuesday, April 21, 2009

Mahu Lihat Aurora










Aku menulis di dalam gelap
Pensil kayu diasah, diraut tajam
Aku menulis di dalam ruang kecil
Aku mahu kongsi bersama
Jiwa-jiwa yang hampir kosong
Tugasan kita tak pernah putus
Cahaya itu lebih bermakna apabila
Kita dapat melihat dari ruang gelap
Jika kita diruangan besar luas dan terang
Bayang itu wujud tanpa kita sedar.
Namun, satu cahaya yang aku nantikan
Harapan aku dapat melihat aurora.

Panas...Bahang.

Kebelakangan ini kita dapat merasakan bahang yang luar biasa dari keadaan normal. Ramai yang merungut,"ish..panas lah! Buka aircond please"..dan sebagainya. Seelok-eloknya kita elakkan dari merungut kerana panas itu juga datangnya dari Allah s.w.t. Beberapa petanda kurang manis telah kita saksikan seperti situasi sotong telah berada di persisiran pantai, ribut di tengah malam dan lain-lain. Maka saya menyeru, agar kita memohon pada Allah s.w.t, jauhkan kita dari sebarang musibah. Dan kita juga sebagai umat islam haruslah saling beringat dan berpesan-pesan. Elakkan perkara yang boleh mendatangkan musibah.



Doa menolak musibah:




Ertinya: Segala puji bagi Allah yang menyelamatkan aku dari apa yang ia memberi percubaan dengan sesuatu dan ia mengutamakan aku dari banyaknya makhluk.