Klik untuk lihat iklan menarik

Monday, October 18, 2010

Cinta Si Cenderawasih

Cenderawasih.

Hidupnya dikayangan. Keagungannya disanjung.. dari orang kebanyakkan hinggalah ke istana. Meskipun tidak ada yang dapat menzahirkan kewujudannya semasa hidup, namun dalam hikayat tersebar akan kelebihannya.

Biar tak pernah melihat, namun ramai yang mempercayainya. Terdetik juga rasa ragu, benarkah apa yang dipercayai..apa yang dirasai.. Keagungannya diangkat, keperibadiannya dikenang.

Cenderawasih adalah cinta. Tidak ada sesiapa yang melihatnya hidup, tapi bila ianya mati.. kisahnya hidup kembali. Siapa yang mampu menggambarkan secara terang terangan?

Cenderawasih hanyalah makhluk ciptaanNya. Terbang kataNya maka terbanglah ia.

Saturday, October 16, 2010

Rusuk kiri?

Apabila memandangnya

Aku kagum dengan ilahi

Kerana hanya tuhan

Yang mampu menciptakan

Menghidupkan

Keindahan dan kejelitaannya




-Pagi sabtu, minda masih waras-

Wednesday, October 6, 2010

Fasa baru, pra hijrah

Sekian lama menyepi, kini jari jemari terdetik untuk terus menjelajah ke papan kekunci. Aku sedang melalui satu fasa baru, segalanya baru. Perasaan rigid ditolak untuk terus bernafas dalam sanubari. Seperti laskar yang membawa senjata, bersedia dari sebarang kemungkinan. Berperang untuk terus hidup, kata "omputih" survival.

Sekian sampah untuk malam ini.