Banggunan itu tingginya 18 tingkat, tapi surau pun tak ada! di mana?
Kuala Lumpur.
Tempat dosa pahala bercampur.
*Keluhan*
Kelmarin, hari Jumaat. Aku ada rakaman konsert tertutup Rossa. Bakal bersiaran di sebuah stesen tv berbayar ketika hari raya puasa nanti. Syarikat aku berkerja menerbitkan rakaman konsert tertutup tersebut.
Aku keluar dan bertanya di kaunter pertanyaan.
"Excuse me, nak tanya sini surau kat mana?"
"Owh blok sini tak ada la encik" jawabnya *Lelaki muslim*
"Owh ic...is there any other option? i mean surau terdekat kat sini.."
*Sambil tersengih-sengih* takda la encik.
Aku pun keluar, berjumpa dengan pengawal keselamatan. *Pak cik tua berbangsa cina*
"hoo..sini ada...tapi saya tak pasti boleh masuk or tak...sebab dia untuk resident saja..., tapi encik boleh cari kat tepi banggunan ni...dulu ada sini..." jawabnya dalam selanga cina.
- "Okay terima kasih, nanti saya cuba cari di sana"
Ini bukan rasis, tapi isu agama. Kalian fikirkan, yang menjawab "tak ada" itu melayu, yang kata "ada" itu cina. Non-muslim. Macam mana pihak berkuasa boleh meluluskan banggunan yang tidak menyediakan surau? Boleh sediakan tandas secantik alam, tapi surau?
Wakil rakyat, jangan seronok nak janji macam macam manifesto pembangunan infrastruktur, tapi tolong lihat perkara perkara sensetif yang lain juga.
Sekian terima kasih, nanti aku pangkah undi kau.