Klik untuk lihat iklan menarik

Thursday, November 27, 2008

Ranting

satu ranting yang panjang

apabila dipatahkan

kemudian dikutip

dan diikat kembali

nescaya ranting itu

akan lebih kuat dan kukuh

Hukum 7









langit ada tujuh
hari ada tujuh
warna ada tujuh
muzik juga ada tujuh
namun kesemua tujuh yang dicipta
akan bertambah serinya
apabila manusia lari dari rigid
bukan bermaksud untuk menolak hukum alam
tetapi atas dasar unsur-unsur aprisiasi
tidak salah untuk diolahi
sebutir mutiara mana mungkin digelar mutiara
jika tidak dikeluarkan dari tiramnya.


AHMAD SYAHMI B ABD NASIR
27 NOV 2008

Perlukah muslim sokong obama?

Sebagai mukadimah: post ni telah pun saya terbitkan pada beberapa bulan yang lepas(semasa obama sedang giat melakukan kempen). kini bg memudahkan para pembaca, saya re-post kembali. mungkin kita boleh lihat balik apakah perkembangan sebelum dan selepas kemenangan pada pilihanraya baru-baru ini.


*
Pemilihan calon presiden parti-parti utama Amerika Syarikat, Republikan dan Demokratik tahun ini menarik minat yang luar biasa daripada seluruh dunia, tidak terkecuali dunia Islam.

Minat luar biasa ini tertumpu pada tokoh muda Demokrat, Barack Hussein Obama, yang diletakkan harapan besar oleh banyak pihak termasuk minoriti Muslim di AS dan sejumlah besar Muslim di seluruh dunia.

Minat dan harapan kepada Obama ini meletakkan senator dari Illinois ini di satu kedudukan yang istimewa. Obama disamakan dengan John F Kennedy, dari sudut idealisme dan harapan baru kepada AS.

Bagaimanapun, berbeza dengan Kennedy, Obama mendapat perhatian khusus dunia Islam. Muslim di AS dan seluruh dunia meletakkan harapan pada Obama untuk membawa perubahan yang jauh lebih baik, lebih-lebih lagi selepas bencana pentadbiran Presiden George W Bush.

Hal ini wajar dilihat dengan lebih kritikal, walaupun disebabkan pesaingnya John McCain dilihat sebagai tidak berbeza dengan Bush dan dijangka akan meneruskan dasar Bush.

Dunia Muslim sebelum ini pernah mengambil sikap yang sama; memberi sokongan dan meletakkan harapan besar pada bakal presiden AS. Pada tahun 2000, menyokong Bush, calon Republikan, merupakan satu sikap yang popular bagi Muslim AS dan seluruh dunia.

Pertubuhan-pertubuhan Muslim di AS pada masa itu mengambil sikap yang tidak kritikal terhadap Bush. Sikap Bush sebelum itu, iaitu menunjukkan sikap mesra dengan Muslim AS, dilihat sebagai mewakili sikap sebenar Bush dan petunjuk dasar luarnya apabila menjadi presiden kelak.

Apa yang lebih mendedahkan sikap tidak kritikal sebahagian Muslim AS pada masa itu ialah sokongan kepada Bush sebahagian besarnya disebabkan calon naib presiden Parti Demokratik, Joseph Lieberman, ialah seorang Yahudi.

Akibat rasa kurang senang dengan calon Yahudi, Muslim AS memberi sokongan penuh kepada Bush dan calon naib presiden yang kini terbukti bermasalah, Dick Cheney.

Akhirnya, hanya selepas satu penggal Bush menduduki White House, Muslim AS yang memberi sokongan kepada Bush-Cheney pada tahun 2000 kecewa dan menarik balik sokongan.

Sepatutnya, apa yang berlaku itu dijadikan satu pengajaran bagi Muslim AS dan dijadikan sebab untuk lebih memahami politik AS dan bergiat dalam sistem politiknya- antaranya sebagai kumpulan pelobi - dan bukan hanya memberi sokongan kepada calon presiden kerana terbukti presiden bukan penentu semua dasar pentadbiran.

Sokongan kepada Obama oleh Muslim di luar AS sebahagiannya disandarkan pada sentimen dan persepsi tentang dasar luar yang akan dibawa oleh pentadbirannya nanti jika beliau memenangi jawatan presiden.

Sentimen minoriti juga menjadi satu punca sokongan Muslim AS kepada Obama. Beliau dilihat sebagai underdog, mewakili kumpulan yang sama dalam usaha memenangi jawatan yang selama ini dikuasai kaum majoriti kulit putih.

Obama sepanjang tempoh kempennya sangat berhati-hati dengan persepsi tentang agamanya, terutama terhadap dakwaan bahawa beliau sebenarnya seorang Muslim.

Obama juga sehingga kini sangat berhati-hati dalam menerima sokongan warga Muslim AS. Beliau mungkin tidak mahu dikaitkan sebagai tokoh yang mewakili suara Muslim AS, terutama ketika masih terdapat warga AS yang percaya yang beliau sebenarnya seorang Muslim.

Dalam satu perkembangan yang memberi gambaran sikap sangat berhati-hati ini, dua orang wanita Muslim bertudung dihalang daripada duduk di belakang Obama dalam dua rali berasingan.

Arahan itu dikatakan bukan datang dari Obama, tetapi hal itu menunjukkan persepsi negatif terhadap Muslim tetap wujud, dan wujud di kalangan mereka yang mengendalikan kempen Obama.

Kedudukan di belakang posisi Obama ketika berucap penting bagi membina persepsi tentang sokongan meluas diperolehi. Mereka yang berada di bahagian itu akan dilihat pada gambar atau rakaman televisyen yang diambil ketika Obama berucap. Lebih pelbagai mereka yang duduk dibelakangnya, lebih beliau akan dilihat sebagai mewakili semua lapisan rakyat AS.

Malangnya, wujud persepsi yang kehadiran wanita Muslim bertudung akan menjejaskan imej Obama. Apapun sebab wanita terbabit dihalang daripada mengambil tempat itu, hal ini pasti mempunyai kaitan dengan persepsi berkaitan Islam yang cuba ditepis Obama.

Ini bagaimanapun tidak bermakna sokongan dan harapan patut diberikan pada McCain. Pilihan untuk AS yang lebih baik bukan hanya terletak pada presiden, atau dua parti utama, Republikan dan Demokratik.

Hal ini sepatutnya mendorong Muslim AS bergiat dalam politik dengan lebih aktif, dalam masyarakat sivil, kumpulan pelobi dan sebagai pengundi di semua peringkat.
Pergantungan pada kuasa presiden semata-mata ialah satu pemahaman yang sangat menyeleweng.

Hidup dan lego



Kawan-kawan, hidup kita ni..macam LEGO®.
masa mula-mula beli
macam-macam angan yang kita nk cipta.
nk bina itu..nak bina ini..
maka dengan penuh kegembiraan,kesabaran dan ketekunan.
segala kreativiti kita luahkan
dengan harapan ciptaan tu ciptaan terbaik.

tapi bila sampai masa, kita pecahkan LEGO® tu.
mungkin secara x sengaja atau pun terpaksa.
memang kalau boleh kita nk kekalkan ciptaan kita tu.
tapi kita x mampu.
sedih kan bila tgk apa yang kita cipta tu musnah.

kemudian, kita simpan setiap cebisan LEGO® tu.
setiap cebisan tu penting.
kita tau penting sbb masa depan kita akn guna balik.
Waktu kita simpan, kita x punya rasa marah.
Sebab yakin kelak boleh cipta yang lebih baik
Belajar dari ciptaan lalu.

Kemudian apabila kita sudah bersedia,
Punya masa, ruang dan kesabaran.
Kita buka kembali kotak LEGO® tu.
Dengan lebih berhati dan lebih kreatif
Kita bina ciptaan baru.


Tapi kawan-kawan.
Tidak selama-lamanya kita bermain LEGO®
Usia meningkat tua
Terpulang sama ada
Mahu kita kekalkan ciptaan itu
Atas nama ciptaan terbaik
Ataupun kita mengulangi langkah yang sama.


-copyright syahmi, 5.50 p.m 14nov08-





*inspirasi tercetus daripada kisah teman*
semoga kamu baca,hayati dan aprisiasi.
-tegak berdiri di sisi kamu-

Siapa Syahmi?

Syahmi seorang liberal. Syahmi seorang orthodox. Syahmi seorang realistic. Tiga perkataan ni mungkin paling sesuai dgn keadaan aku sekarang. Define liberal, ahaa.. dlm perspektif aku liberal lebih kepada pembawaan lifestyle neutral yang adil dan saksama pada masa yg sama tidak mengenepikan hukum hakam Allah swt. Orthodox? Yaa..aku amat orthodox..siapa inspirasi aku?idolaku, Bonda. Dan ingin aku tegaskan bahawa adalah mustahil ideology seorang ibu pada masa yang sama ketua jabatan kaunseling di sebuah ipta yang menerapkan orthodox adalah kolot sepertimana dikecam hebat oleh generasi-Y sekarang. Bagaimana pula dengan realistic? Hahaha..kita hidup di dunia yang nyata, punya undang-undang dan hukum hakam agama. =) aku bukan lah seorang perfectionist selengkap fahri di dlm “ayat-ayat cinta” ..aku juga bukan penglipur lara yang hanya hebat berkata-kata. Tetapi aku yakin aku merupakan observer yang flexible. Hidup ni kan mudah, just follow the rule@guideline and go with the flow.wah..ala2 teaser la ni.haha.

Ada beberapa perkara yang ingin aku kongsi bersama dalam tulisan kali ni, mungkin dh banyak akan menjadi typical atau membosankan bagi sesetengah pembaca. Kenapa aku dapat ilham nk menulis utk kali ni eh..hmm sbb seperti biasa atas sbb aku sering dihujani persoalan, kenapa masih belum berpacaran. Tiada insan dlm dunia ni dilahirkan dengan perasaan kosong. Semua insan berharap diri mereka akan menyanyangi, disayangi dan saling menghargai. Berbalik pada persoalan, setiap org punya citarasa, setiap org punya nafsu. Ingin kan yang indah2 belaka. Hehe aku pun sama la..tapi guideline aku senang aje. Bila dah jumpa masa yg sesuai..semua sudah bersedia..dah mampu, maka sesuailah utk aku bawa pulang ke rumah, kenalkan pada ayah dan bonda. Tidak aku nafikan sape xnk perempuan “hot” utk jd pelengkap hidup.. tapi kne agak2 la..kdg2 aku pun hampir tumbang dgn ideology aku sendiri. People make mistake kan..tp tu bukan satu escapism utk buat kita sentiasa senang dlm comfort zone. Aku punyai ramai kenalan wanita yg amat menarik. Dan pada masa yang sama kesemuanya aku layan sebaik-baiknya atas dasar gentleman dan juga hormat kaum wanita. Seringkali juga aku dikecam ‘sweettalker’, ‘player’, dsb. Tapi aku rasa aku punya alasan utk menyangkal semua tomahan tersebut. Hmm..tomahan ke? =p Persoalan pertama, apakah rasional istilah tunang dlm islam? Ya, ini mungkin orthodox, tapi inilah reality yang membawa realistic. Tunang beerti "Khitbah" juga membawa makna menzahir dan mengiklankan kehendak / kemahuan seseorang untuk berkahwin dengan seseorang wanita.(Fatawa Muasoroh oleh Dr.Yusof Al Qardawi). Dr. Yusof Al- Qardawi juga berkata (buku yang sama) bahawa di dalam khitbah / bertunang ini tidak ada "hak" bagi khatib(tunang lelaki) kecuali hak untuk melamar ( to reserve or booking) makhtubah (tunang wanita) semoga pihak lelaki selain darinya tidak datang untuk meminang wanita itu. Ahaa..maka berlandasan inilah ramai yang mungkin terlupa bahawa ketika inilah masa utk saling mendalami utk mengenali satu sama lain. Tetapi keadaan sekarang dah berubah. Hmm..berfikir seketika*.

Secara jujur dan terus terang sudah ramai yang hadir dlm hidup aku ni(walaupun umur aku sejengkal alam). Mungkin ada yang tidak percaya dgn karektor aku ni, terdapat kisah disebaliknya. Bila sudah ada banyak pilihan kadang2 kita akan mula kabur . ye la masing2 punya tarikan dan kelebihan. Lelaki mana tidak mahu yang si cantik-cantik menjadi teman pacaran. Tetapi if berkelakuan seperti saling tidak tumpah seperti org barat@karat maka batalkan saja niatnya.

Kepada kalian di luar sana, berkenaan kecaman bahawa saya seorang “playar” maka saya sarankan supaya kaji selidik terlebih dahulu ya. Salahkah jika seorang lelaki berlaku gentleman terhadap kaum hawa? Salahkah sekiranya kita(si laki-laki) menjadi Mr NICE GUY kepada semua kaum hawa. Bukankah kita dituntut untuk berlaku sedemikian(selagi tidak melanggar hukum hakam)? kaum hawa dicipta untuk dihormati,dihargai,dipimpin,dipelihara dan diangkat. bukan untuk menghamba dan dihambakan. Mana satu kita pilih, menjadi pelindung kepada hawa atau menjadi si dayus yang mempergunakan si hawa. Seperti mana skang ni byk kes si hawa dipukul, diherdik dan sebagainya apabila tidak dapat apa yang dimahukannya. Aku memang tidak boleh terima dgn perkara ni. If ikutkan hati memang lunyai aku kerjakan, hancur muka aku sikukan kat spesis2 mcm tu. Tapi siapa aku untuk menghukum sesama manusia?

Kadang kala aku sering rasa dipergunakan oleh sesetengah pihak. Ye la.. aku ni yang tidak ada apa2 hubungan rasmi ni dok tolong si polan dan si polan dan pada akhirnya apabila si polan jumpa dengan pacarannya maka aku ni selisih pun tidak ditegurnya. Hmm..kdg2 rasa marah pun ada tetapi bila berfikiran realistic, biarkan aja. Tak kan la nk tunggu reward baru nk wat baik kan? So if camtu samalah dgn kata2 wat “baik ada makna”. Tuhan tu maha adil, if dikatakan aku dijodohkan dgn sapa2 maka akan jadilah. Tidak perlu mengharapkan ganjaran ketika berbuat baik.

Perjalanan aku masih panjang. Banyak lagi perkara perlu aku selesaikan, banyak kelemahan perlu di baiki. Insyallah dan alhamdullilah sifat panas baranku satu masa dulu kini telahku buang jauh2..dan insyallah tidak berulang lagi. I was an extremely panas baran dgn kes2 penindasan terhadap si hawa. Kadang2 aku sendiri tkt if amalan tinju ku disalahgunakan. Xpe syahmi..boleh..boleh..pelan2 kayuh.

Aku percaya pada hukum karma. Berpegang pada surah ann-nur ayat 26. ,maka itulah motivasi utamaku. Insyallah.. apa2 pun doakan utk aku supaya menjadi kuat dan semakin kuat. Kini aku sedang keliru. Tanpa aku sedari skang ni aku sukakan seseorang . tapi betul ke aku suka dia or rasa ni only temporary? hmm aku baru je kenal dia ni..dan ingin rasa utk kenal dia dgn lebih dlm lg.. ingin aku jadi pelindung pada si dia ni. Hehe.bantu aku tuhan!

Retorika Aspirasi

*sbg kickstart utk topik baru. sudah lama ingin diluahkan namun akibat beberapa kekangan, hasrat di"pending" kan utk sementara.

revolusi semangat-semangat retorik meluap2 menjelang bulan 9. siapakah "dalang" disebaliknya?haha..acuan telah pun disediakan..tunggu masa nk kene cop aje..
"wahai lembu-lembu yang bakal dicucuk hidungnya..bersedialah kamu untuk dikerah tenaga, binalah istana impian khayalan yang sedang kamu idamkan.."
saling x tumpah seperti:
-a big fish in a small pond-
be SMART la weh..life is easy..no need to make it complicated.


*AKAN DI' UPDATE dalam masa terdekat ini. nantikan versi ke 2.

kini sudah update:

“Ramai sahabat saya yang pernah menjadi perwakilan pelajar UM, yang belajar sehingga mampu meraih pointer yang amat cemerlang, memegang 2 jawatan besar gerakan mahasiswa Malaysia, tetapi gagal meraih apa-apa anugerah dan pengiktirafan. Momokan pro pembangkang sebagai tak mengenang jasa, tidak akan dapat kerja, ortodoks serta tidak cemerlang akademik adalah salah, kerana kegemilangan mereka telah diselindungkan daripada pengetahuan umum. Tidak pernah rakan-rakan saya (yang telah bekerja) menceritakan majikan bertanyakan “adakah anda pro aspirasi?" semasa temuduga. Mereka katakan bahawa bekerja dalam jentera pilihan raya pro-HEP akan memudahkan mereka mendapat kerja dan akan mudah mengecap kemewahan. Itu adalah mustahil dan pembohongan yang amat nyata.

Saban tahun, yang menjadi mangsa doktrin murahan ini adalah pelajar freshies yang mentah tuli dengan isu sebenar. Pada saya recruitment sesebuah parti adalah untuk mendapat pendokong pelapis yang tegar agenda politiknya mengikut laras-laras 'pengasuhnya'. Namun ironinya, kita melihat bagaimana si penyokong yang kini hanya menyertai jentera pilihanraya pro-HEP semata-mata untuk kekal di kolejnya, hanya inginkan duit kopi dan ingin melancong ke Medan dan China atau tagihkan kereta, rokok dan prepaid. Cukup murahan pelapis politik begini. Pada saya alang-alang mengasuh, biarlah mereka faham apa itu politik yang sebenarnya. Alangkah gagalnya universiti sekarang…”- alumni IPTA.

Memetik kata-kata diatas yang saya perolehi secara peribadi, saya hanya mampu tersenyum dan simpan di dalam hati. Mencurah-curah idea dan perkara yang ingin dikongsi tapi rasanya hanya kongsi apa perlu je kot..situasi mcm ni bukan berlaku kat 1 ipta je..tp byk..tidak terlepas dgn uitm. Disini ingin saya tegaskan, saya bukanlah menentang badan2 yang wujud di dalam uitm. Tetapi system yang sudah lapuk dan berkarat ini amatlah harus ditukar. Perlu diingat kembali, jika skang ni kita sebut sahaja mpp..ahaaa saya amat yakin akan keluar begitu byk feedback yang kelakar. Tepuk dada Tanya selera..kenapa hal ni boleh berlaku? Sbb pada dasarnya lagi..sudah ada beberapa kecacatan yang boleh dibaiki. Jika dikaji balik kronologi pemilihan mpp di sini..mungkin perlu lebih telus..saya faham apa reason yang akan diberi oleh pihak pentadbiran. Untuk kebaikan bersama..sekiranya amat telus maka akan mengundang risiko. Haaahh,,balik2..sume hal politik. Hal kerajaan..so dimana letaknya kebebasan pelajar dlm memberikan perjuangan berteraskan ideology sendiri??

Sekiranya seseorang pelajar yang lantang dan berkaliber tetapi dikenal pasti berideologi tidak sehaluan dgn acuan@tradisi lama yang telah ditempa, maka awal2 lagi si insan ni akan diletakkan dalam “pemantauan”. So kebiasaannya, para bakal calon yang tlah dikenalpasti boleh di “tune” utk menjadi spt yg dimahukan..maka insan2 ni akan mula ditatang bagai minyak yg penuh..dibawa kursus sana sini..dijanjikan itu ini..tanpa disedari dimuatkan secara halus ideology..dan pada akhirnya mereka akan berasa “self of belonging” yang amat kuat..bagi saya ini adalah jenayah psikologi. Mungkin pada awalnya mereka tidak berasa yakin mampu akan menjadi mpp tetapi setelah di provoke…haaaahh dgn pantas bersemangat nk berjuang. Sekiranya ada yang mahu tarik diri,akan dikutuk dan terus di provoke.akan di “reverse psikologi” mengatakan hanya menghabiskan wang university sahaja.

Tepuk dada Tanya selera.. benarkah mereka ini benar2 mahu berjuang?? Ataupun sudah terkena dgn permainan psikologi yang telah dirancang? Hmm.. kemudian bg jentera2 pilihanraya pula..mereka ini ibarat golongan berkuasa yang mampu menentukan nasib mahasiswa..wah..hebat benar ya..turun naik HEP ibarat pejabat mereka sendiri.. sekiranya ada mahasiswa yang mahu bergerak menentang arus mereka..akan mulalah..dlm pemerhatian..akan dipanggil dan di selesaikan secara senyap2..hmm dimanakah letaknya freedom of speech ya? Saling x tumpah seperti undang-undang rimba.ingatlah..setiap perbuatan yg menganiaya..tuhan lebih memahami dan mengetahui apakah balasan yang sesuai utk diberikan.. dan jgn lupa..sekiranya ada pihak yang lantang membawakan hal ni ke muka pengadilan..anda semua tidak ada akta yang boleh menyelamatkan perbuatan anda.. in the end of the story, siapakah mangsanya?? Mereka2 yang telah pun menjadi mpp. Mereka2 yang telah kehilangan kehidupan peribadi..berkorban itu ini demi university.mereka2 ini yg sering menjadi bahan jenaka oleh rakan2 di fakulti dan selepas tamat menjadi mpp terasa kehilangan rakan2 yang selama ni rapat bersama..saya amat simpati dgn situasi ni.apa2 pun..senang sahaja pendapat saya..it’s like a big fish in a small pond. Jika anda hebat, kita jumpa di luar sana..di dalam bidang kerjaya.sumbangkan tenaga anda utk negara.

Sekiranya pada dasarnya sudah ada niat yang menyimpang..maka pada akhirnya jgn ditanya mengapa resultnya negative. Apa2 pun..tidak semua org di dlm sesebuah organisasi tu bersalah..masih ramai yang jujur dan ikhlas berjuang dan bekerja.hanya segelintir sahaja yang masih besar kepala. So, diharap sape2 yang baca ni dpt amik yg jernih..yg keruh tu silalah renung2kan utk kebaikkan bersama.saya ulang ya.. Blog ni bukan lah utk menghasut mana2 pihak..tetapi sbg public opinion@ freedom of speech. Ye la kan..skang ni..sape2 je yg disyaki boleh menggugat polisi boleh di “ambil tindakan”..bahaya kan..so sampai sini je la..salam.

Sifat sifat jin

>>Di antara tabiat atau sifat jin adalah merasa takut kpd manusia kecuali jika manusia itu sgt bodoh, maka ia akan menjadi sebaliknya.

>>Mujahid dan Ibn Hatim berkata, "Sesunggunya jin itu sgt takut kpd manusia sebagaimana manusia juga takut kpd mereka. Demikian dgn syatan yg lebih takut kpd salah sorang dari kamu (yang beriman). Kerana jitu jika ia memperlihatkan dirinya kpd kamu jganlah kamu takut kerana memikirkan ia lebih berkuasa dari kamu, tetapi bersikap keraslah kpd mereka nescaya mereka akan pergi"

>> Aku (Muhajid) perna menyeranginya dan menikamnya (sewaktu cuba menggangguku dlm solat mlm) hingga dia jatuh dan terdengar olehku suara jatuhnya. Setelah kejadian itu aku tidak lagi pernah melihatnya.

>>Al-Athby pernah menjelaskan bahawa Ibn Zubair pd suatu waktu melihat seorang laki-laki yg pendek sekali, tingginya hanya dua jengkal dan sedang menaiki untanya sambil katanya, "Saya adalah Izib".

>>Ibn Zubair bertanya, "Izib tu aoa?" Jawabnya, "Izib adalah seorang laki-laki dari kalangan jin". Dgn cepat Ibn Zubir memukul jin itu dgn cambuk sehingga ia lari tunggang langgang.

>> Sebaliknya jika jin melihat bahawa manusia memohon perlindungan kpd mereka kerana takut, maka mereka pun menambahkan lagi rasa takut yg ada di hati manusia. Qatadah berkata, " Lalu mereka (jin) menambahkan rasa takut itu dosa dan dgn demikian jin tersebut bertambah berani kpd mereka".

>>Rasa takut manusia itu seolah-olah memberikan kekuatan atau membantu syaitan memperlihatkan diri dlm bentuk yg menakutkan manusia. Demikian juga bila seseorang itu jauh dari berzikir kpd Allah, lalai dari melaksanakan tuntutan syariat (sprt meringan-ringankan sembahyang, membuka aurat dan sebaginya), dlm hadasm berjalan di tempat-tempat sunyi atau kuburan pd mlm hari tanpa kawan maka ia mudah terdedah kpd gangguan jin.

>> Nabi s.a.w. pernah menegah seorang sahabat dari mengucapkan , "Nafsasy-syaitan".(kejadian itu disebabkan oleh perbuatan syaitan) selepas baginda terjatuh dari keledainya.

>>"maka jgnlah kami berkata, musibah itu(atau sebarang penyakit) dikeranakan oleh jin/syaitan, kerana apabila engkau mengucapkan 'Nafsasy-syaitan', maka ia akan bertambah besar. Dan syaitan akan berkata, "Dengan kekuatan akulah, aku dpt membantig(menimpakan demikian ke atasnya)."

>>"Akan tetapi apabila engkau mengucapkan Bismillah(boleh juga diucapkan MasyaAllah, Subhanallah-pen.) pastilah dia akan menjadi semakin kecil iaitu sebesar lalat."
>> Imaan Ahmad bersdendiri dlm riwayat ini dan isnadnya adalah 'Jayyid'(bagus).

Wal'wahualam

AJARAN-AJARAN SESAT YANG TELAH DIWARTAKAN

1. Nasrul Haq
2. Budi Suci
3. Al-Watan
4. Budi Suci Sejati
5. Jawa Faradin
6. Silat Sunda Pukulan Ghaib
7. Tusuk Hikmat
8. Ilmu Kebatinan
9. Potong Maya
10. Naluri
11. Kaula
12. Haqqullah Syahadah
13. Rampai
14. Wali Suci
15. Kalimat Sakti
16. Silat Pukulan Jarak Jauh
17. Ilmu Tenaga Dalam Hikmat
18. Zikir Sha`ban Islam Haq
19. Asal Wujud Garis Laksmana
20. Al-Ma`zat
21. “Trancendentel Meditation”- Maharisi Mahish Yugi
22. Ilmu Kebatinan
23. Abdul Manan bin Harun- Tolak Hadis
24. Ilmu Mentauhidkan Allah oleh Nasrun S.T.Qahar
25. Kumpulan Ikhwan/al-Mas
26. Kuasa Ghaib ( Tahan Diri)
27. Mohd Nordin Putih
28. Nasrun S.T.Qahar
29. Roslan Katimun atau Ajaran Wali Sembilan
30. Tariqat Naqsyabandiyah Kadirun Yahya
31. Wali Sembilan
32. Khatijah binti Ali @ Puan Tijah
33. Syed Mutalib bin Syed Mohd Nordin
34. Ajaran Mohd Seman Al-Banjari
35. Al-Arqam
36. Golongan Anti Hadis
37. Ajaran yang disampaikan oleh Juruzon bin Abdul Latif atau dikenali juga
sebagai (Hj) Ahmad al-Walidie (Pak Su)
38. Syiah
39. Ajaran Hj. Ghazali Othman Hulu Kelang
40. Ajaran Hj.Kadar Ahmad
41. Ajaran Ilmu Tajalli Ahmad Laksamana
42. Ajaran ilmu Hakikat@ Jahar Dumin Hulu Langat
43. Tarikat Mufaridiah
44. Ajaran Hassan Anak Rimau
45. Tarikat Aurad Ismailiah
46. Ajaran Martabat Tujuh
47. Tarikat Samaniah Ibrahim Bonjol
48. Ajaran Sulaiman ( Bahtera Nabi Noh)
49. Ajaran Ilmu Hakikat Hassan bin Jonit
50. Ajaran Ahmadiah/ Qadiani
51. Ajaran Mohd Nor Seman
52. Ajaran Ayah Pin
53. Ajaran Bahai
54. Al-Ma`unah
55 Ajaran Azhar Wahab
56. Ajaran Hj.Banuar

Nak couple? baca ni dulu

BERCOUPLE BUKAN BUDAYA UMAT ISLAM YANG BERIMAN

BERCOUPLE, setiap kali kita mendengarnya akan terlintas di benak kita sepasang insan yang sedang mabuk cinta dan dilanda

asmara

. Saling mengungkapkan rasa sayang serta rindu, yang kemudiannya kebiasaannya walaupun tidak semestinya memasuki sebuah biduk pernikahan.

Lalu kenapa harus dipermasalahkan? Bukankah cinta itu fitrah setiap anak Adam? Bukankah setiap orang memerlukan masa penyesuaian sebelum pernikahan?

CINTA, Fitrah Setiap Manusia,
MANUSIA diciptakan oleh ALLAH SWT dengan membawa fitrah (instinct) untuk mencintai lawan jenisnya. Sebagaimana firmanNya: Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi ALLAH lah tempat kembali yang baik (syurga) (Ali Imran: 14).

Berkata Imam Qurthubi: ALLAH SWT memulai dengan wanita kerana kebanyakan manusia menginginkannya, juga kerana mereka merupakan jerat-jerat syaitan yang menjadi fitnah bagi kaum lelaki, sebagaimana sabda Rasulullah SAW: Tiadalah aku tinggalkan setelahku selain fitnah yang lebih berbahaya bagi lelaki daripada
wanita. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Ibnu Majah).

Oleh kerana cinta merupakan fitrah manusia, maka ALLAH SWT menjadikan wanita sebagai perhiasan dunia dan nikmat yang dijanjikan bagi orang-orang beriman di syurga dengan bidadarinya.

Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: Dunia ini adalah
perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah (Hadis Riwayat Muslim, NasaI, Ibnu Majah, Ahmad, Baihaqi)

ALLAH berfirman: Di dalam syurga-syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik (ar-Rahman: 70)

Namun, Islam tidak membiarkan fitnah itu mengembara tanpa batasannya. Islam telah
mengatur dengan tegas bagaimana menyalurkan cinta, juga bagaimana batasan pergaulan antara dua insan berlawanan jenis sebelum nikah, agar semuanya tetap berada pada landasan etika dan norma yang sesuai dengan syariat.

ETIKA PERGAULAN DAN BATAS PERGAULAN DI ANTARA LELAKI DAN WANITA MENURUT ISLAM.

1. Menundukkan pandangan.
ALLAH memerintahkan kaum lelaki untuk menundukkan pandangannya, sebagaimana firmanNya:
Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya (an-Nuur: 30).
Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada kaum wanita beriman, ALLAH erfirman: Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya (an-Nuur: 31).

2. Menutup aurat.
ALLAH berfirman: Dan jangan lah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya (an-Nuur: 31). Juga Firman-NYA; Hai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (an-Nuur: 59).

Perintah menutup aurat juga berlaku bagi semua jenis. Dari Abu Daud Said al-Khudri r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seseorang lelaki memandang aurat lelaki, begitu juga dengan wanita jangan melihat aurat wanita.

3. Adanya pembatas antara lelaki dengan wanita.
Kalau ada sebuah keperluan terhadap kaum yang berbeza jenis, harus disampaikan dari balik tabir pembatas. Sebagaimana firmanNya: Dan apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita) maka mintalah dari balik hijab. (al-Ahzaab: 53)

4. Tidak berdua-duaan di antara lelaki dan perempuan.
Dari Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim). Dari Jabir bin Samurah berkata: Rasulullah SAW
bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih).

5.Tidak melunakkan ucapan (percakapan).
Seorang wanita dilarang melunakkan ucapannya ketika berbicara selain kepada suaminya. Firman ALLAH SWT:Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam
hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik. (al-Ahzaab: 32)

Berkata Imam Ibnu Kathir: Ini adalah beberapa etika yang diperintahkan oleh ALLAH kepada para isteri Rasulullah SAW serta kepada para wanita mukminah lainnya, iaitu hendaklah dia kalau berbicara dengan orang lain tanpa suara merdu, dalam pengertian janganlah seorang wanita berbicara dengan orang lain sebagaimana dia
berbicara dengan suaminya (Tafsir Ibnu Kathir 3/350).

6.Tidak menyentuh kaum berlawanan jenis.
Dari Maqil bin Yasar r.a. berkata: Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginya (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir).

Berkata Syaikh al-Albani Rahimahullah: Dalam hadis ini terdapat ancaman keras terhadap orang-orang yang menyentuh wanita yang tidak halal baginya (Ash-Shohihah 1/448). Rasulullah SAW tidak pernah menyentuh wanita meskipun dalam saat-saat penting seperti membaiat dan lain-lainnya. Dari Aishah berkata: Demi ALLAH,
tangan Rasulullah SAW tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali meskipun saat membaiat (Hadis Riwayat Bukhari).

Inilah sebahagian etika pergaulan lelaki dan wanita selain mahram, yang mana apabila seseorang melanggar semuanya atau sebahagiannya saja akan menjadi dosa zina baginya, sebagaimana sabda Rasulullah SAW: Dari Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya ALLAH menetapkan untuk anak Adam bahagiannya dari zina, yang pasti akan mengenainya. Zina mata dengan memandang, zina lisan dengan erbicara,
sedangkan jiwa berkeinginan serta berangan-angan, lalu farji/kemaluan yang akan membenarkan atau mendustakan semuanya (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim & Abu Daud).

Padahal ALLAH SWT telah melarang perbuatan zina dan segala sesuatu yang boleh mendekati kepada perbuatan zina. Sebagaimana FirmanNya: Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk (al-Isra: 32).

Hukum Bercouple
SETELAH memerhatikan ayat Quran dan hadis tadi, maka tidak diragukan lagi bahawa bercouple itu haram, kerana beberapa sebab berikut:

1. Orang yang bercouple tidak mungkin menundukkan pandangannya terhadap kekasihnya.

2. Orang yang bercouple tidak akan boleh menjaga hijab.

3. Orang yang bercouple biasanya sering berdua-duaan dengan pasangan
kekasihnya, baik di dalam rumah atau di luar rumah.

4. Wanita akan bersikap manja dan mendayukan suaranya saat bersama kekasihnya.

5. Bercouple identik dengan saling menyentuh antara lelaki dan wanita, meskipun itu
hanya berjabat tangan.

6. Orang yang bercouple, boleh dipastikan selalu membayangkan orang yang
dicintainya.

Dalam kamus bercouple, hal-hal tersebut adalah lumrah dilakukan, padahal satu hal saja cukup untuk mengharamkannya, lalu apatah lagi kesemuanya atau yang lain-lainnya lagi?

Fatwa Ulama
Syaikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaimin ditanya tentang hubungan cinta sebelum nikah. Jawab beliau; Jika hubungan itu sebelum nikah, baik sudah lamaran atau belum, maka hukumnya adalah haram, kerana tidak boleh seseorang untuk bersenang-senang dengan wanita asing (bukan mahramnya) baik melalui ucapan, memandang, atau berdua-duaan. Sebagaimana Rasulullah SAW bersanda: Janganlah seorang lelaki bedua-duaan dengan seorang wanita kecuali ada bersama-sama mahramnya, dan janganlah seseorang wanita berpergian kecuali bersama mahramnya.

Syaikh Abdullah bin abdur Rahman al-Jibrin ditanya: Jika ada seseorang lelaki yang
berkoresponden dengan seorang wanita yang bukan mahramnya, yang pada akhirnya mereka saling mencintai, apakah perbuatan itu haram? Jawab beliau: Perbuatan itu tidak diperbolehkan, kerana boleh menimbulkan syahwat di antara keduanya, serta mendorongnya untuk bertemu dan berhubungan, yang mana koresponden semacam
itu banyak menimbulkan fitnah dan menanamkan dalam hati seseorang untuk mencintai penzinaan yang akan menjerumuskan seseorang pada perbuatan yang keji, maka dinasihati kepada setiap orang yang menginginkan kebaikan bagi dirinya
untuk menghindari surat-menyurat, pembicaraan melalui telefon serta perbuatan semacamnya demi menjaga agama dan kehormatan diri kita.
Syaikh Jibrin juga ditanya: Apa hukumnya kalau ada seorang pemuda yang belum menikah menelefon gadis yang juga belum menikah? Jawab beliau: Tidak boleh berbicara dengan wanita asing (bukan mahram) dengan pembicaraan yang boleh menimbulkan syahwat, seperti rayuan, atau mendayukan suara (baik melalui telefon atau lainnya). Sebagaimana firman ALLAH SWT; Dan janganlah kalian melembutkan suara, sehingga berkeinginan orang-orang yang berpenyakit di dalam hatinya (al-Ahzaab: 32). Adapun kalau pembicaraan itu untuk sebuah keperluan, maka hal itu tidak mengapa apabila selamat daripada fitnah, akan tetapi hanya sekadar keperluan.

Syubhat Dan Jawapan Yang Sebenarnya
Keharaman bercouple lebih jelas dari matahari di siang hari. Namun begitu masih ada yang berusaha menolaknya walaupun dengan dalil yang sangat rapuh, antaranya:

Tidak boleh dikatakan semua cara bercouple itu haram, kerana mungkin ada orang yang bercouple mengikut landasan Islam, tanpa melanggar syariat

Jawabnya: Istilah bercouple berlandaskan Islam itu Cuma ada dalam khayalan, dan tidak pernah ada wujudnya. Anggap sajalah mereka boleh menghindari khalwat, menyentuh serta menutup aurat. Tetapi tetap tidak akan boleh menghindari dari saling memandang, atau saling membayangkan kekasihnya dari masa ke semasa. Yang mana hal itu jelas haram berdasarkan dalil yang kukuh.

Biasanya sebelum memasuki alam perkahwinan, perlu untuk mengenal terlebih dahulu calon pasangan hidupnya, fizikal, karaktor/sifat, yang mana hal itu tidak akan boleh dilakukan tanpa bercouple, kerana bagaimanapun juga kegagalan sebelum
menikah akan jauh lebih ringan daripada kalau terjadi setelah menikah.

Jawabnya: Memang, mengenal fizikal dan karaktor calon isteri mahupun suami merupakan satu hal yang diperlukan sebelum memasuki alam pernikahan, agar tidak ada penyesalan di kemudian hari. Namun, tujuan ini tidak boleh digunakan untuk
menghalalkan sesuatu yang telah sedia haramnya.

Ditambah lagi, bahawa orang yang sedang jatuh cinta akan berusaha bertanyakan segala yang baik dengan menutupi kekurangannya di hadapan kekasihnya. Juga orang yang sedang jatuh cinta akan menjadi buta dan tuli terhadap perbuatan kekasihnya, sehingga akan melihat semua yang dilakukannya adalah kebaikan tanpa cacat.
Sebagaimana diriwayatkan dari Abu Darda: Cintamu pada sesuatu membuatmu buta
dan tuli.

Fenomena Couple
Dalam situasi terkini, fenomena pergaulan bebas dan pengabaian terhadap nilai-nilai murni Islam berlaku pada tahap yang amat membimbangkan. Kebanyakan umat Islam kini tidak lagi menitik beratkan nilai-nilai dan adab-adab sopan yang dianjurkan oleh Islam melalui al-Quran dan Sunnah RasulNya. Mereka bukan setakat mengabaikannya dan menganggap perkara itu tidak penting, bahkan mereka menganggapkannya
sebagai satu perkara yang menyusahkan aktiviti mereka yang menurutkan nafsu dan perasaan semata-mata itu. Nauzubillah

Marilah kita sama-sama menjauhi perkara yang seumpama itu dan mejauhi hal-hal yang telah dilarang (haram). Tegakkanlah yang benar dan katakanlah salah kepada yang batil. Janganlah berhujah untuk membenarkan perkara yang telah terang haramnya di sisi ALLAH.

langkah satu

salam permulaan.

Blog ini merupakan medium terbaru selepas puas menulis di beberapa buah blog peribadi.
Pada permulaan saya menyalin semula isi-isi kandungan dari blog terdahulu sebagai pemangkin kepada penulisan seterusnya.
Menulis bukan untuk impressi tetapi untuk ekspressi.
Menulis untuk berkongsi.
Penulis gemar berpuisi.
Selamat membaca dan mulakan hari anda dengan basmallah.

salam hormat,

Ahmad Syahmi b Abd Nasir
4,Jalan Kemudi 19/38,
Seksyen 19 Shah Alam,
40000
Selangor.