Petang itu kami makan. Sembang gelak tawa, menu terhidang istimewa. Perut yang berkeroncong tadi sudah pun selamat mencuci mata, tunggu masa untuk masuk terus dalam rongga tekak terjun menggelongsor ke perut. Rancak, makan ketawa makan ketawa. Kemudian datang seorang budak lelaki hitam, comot dan busuk membawa beg plastik berisi bungkusan kerepek perisa lada hitam. Semua muka sekeliling menjemuh, ahh apa budak hitam ni menyemak kat sini??Potong selera betul la! Hmm, budak tu memang busuk, hitam. Tapi gua yakin hati dia putih jiwa dia wangi. Lebih wangi dari sebotol minyak wangi yang berharga RM 350 selepas diskaun di Pavilion tu.
Spank
6 years ago
1 comment:
sy ni jenis cepat lemah tgk keadaan mcm ni..kadang2 rs pathetic kat budak tu pun, sebnrnye pathetic lagi tgk org2 yg memerhati tu.
by the way, assalamualaikum, abg syahmi.haha
Post a Comment