Apabila terlalu banyak berfikir, aku jadi bimbang. Bimbang sekiranya tindakan yang diambil itu bakal memudaratkan. Memang benar “setiap orang melakukan kesalahan”. Tetapi jika kita punya peluang dan ruang untuk menyelamatkannya, mengapa harus ditolak?
Perkara halal haram makhruh sunat dan wajib ini seringkali bermain difikiran. Tanpa rasa jemu, ianya sentiasa berlegar legar tanpa perlu disuruh. Ibarat suis lampu yang telah rosak, di cuba untuk tutup macam mana pun, lampu itu terus menyala. Cahaya cahaya cahaya!
Setiap tindakan yang diambil, punya risikonya tersendiri. Ada yang besar dan ada yang kecil. Jika aku sebuah jentera, maka tindakan aku lebih mudah. Aku hanya perlu bertindak mengikut koordinasi. Bezanya,selain daripada hadiah fizikal manusia diberi 2 hadiah bonus oleh tuhan. Hadiah pertama ialah nafsu bersama satu pakej perasaan yang dijana oleh hati. Hadiah seterusnya adalah akal. Siapa kuasai siapa?
“Ya Allah yang maha besar lagi maha mengetahui, ampunkan dosa dosaku. Kau berikanlah segala yang terbaik buat hambaMu yang lemah ini”
No comments:
Post a Comment