Klik untuk lihat iklan menarik

Thursday, October 29, 2009

Hey Saudara Baru!

Suatu petang ketika aku dan seorang sahabat sedang lepak minum petang , kami berbual tentang isu semasa termasuklah isu 1 Malaysia. Isu politik kami tak sentuh sebab bukan pilihan utama. Hasil dari topik yang dibualkan kami meleret panjang dan menyimpang sehinggalah tercetusnya satu soalan berbunyi lebih kurang begini:

1. Orang A, dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga orang islam. Ilmu dia banyak sebab dari kecil dia diberi ilmu. Kalau tanya soalan bab agama mesti dia boleh jawab dengan huraian yang lengkap.

2. Orang B, dilahirkan dalam agama lain dan apabila mengenali Islam hatinya terpikat dan bersedia menganuti agama Islam. Ilmu dia sikit, tapi dia sentiasa bersedia nak mencari untuk memperbanyakkan ilmu yang kurang tersebut.

"apa beza muslim yang berstatus muslim sejak lahir dan seorang lagi muslim sebagai "saudara baru" hmmmm..."

Sunday, October 25, 2009

Pohon harapan

12 purnama membanting tulang
Akhirnya pucuk telah kelihatan
Walaupun aku tahu
Akarnya serabut seribu
Aku akan setia menanti
pohonnya adalah satu
Sehingga ianya berbunga
sehingga ianya berputik
Sehingga ianya berbuah
Aku perlu air, tanah udara
Aku perlukan cahaya
Aku perlu baja
kudrat dan semangat
Supaya hasilnya dapat dirasa
Di hari yang mendatang
Doakan aku berjaya.
Tujuh langit sebagai saksi
Tujuh warna sebagai tanda
Tujuh bunyi pengikat rasa.

Saturday, October 24, 2009

Setimpal

Id , Ego & Super Ego.


Friday, October 23, 2009

Abai

Sudah hampir 2 minggu Cik Lisa terabai, aku jarang luangkan masa dengannya. Aku mohon maaf. Perlu sedikit masa sahaja lagi...

Wednesday, October 21, 2009

Jangan bangunkan aku

Lokasi: Pantai Phi Phi Don Thailand

Watak: "Arjuna dan Alien"
__________________________

TAJUK: JANGAN BANGUNKAN AKU


Di satu sudut gelap itu

Bersama deru deru ombak

Sinar rembulan sebagai cahaya

Aku bersandar, menulis lirik kita

Pohonan cemara menemaniku

Terima kasih bayu

Hembusan dinginmu melengkapi

kemuncak bibit perasaan ini

Aku terlelap di dalam ketenangan

Hah….

Lamunan menjelma

Kita menulis menyanyi bersama

Kamu datang dengan gitar

Memetik tali tali irama

Melodi bersulamkan lirik kita

wajahmu suaramu gerak tarimu

semuanya buat aku tenang

Jangan bangunkan aku

Sekiranya kisah ini

mimpi aku sahaja

Tuesday, October 20, 2009

Karma

Suatu malam sedang kami berbual bual di dalam kereta..seorang sahabat aku ada berkata, “...sedar tak, kita selalu nak perkara yang indah indah..pada masa yang sama kita kurang menjaga perhubungan kita dengan Allah s.w.t...maka jika kita tidak dekat dengan-Nya, bagaimana Dia mahu makbulkan impian kita?”..
Kita selalu bercakap tentang karma bukan?

Wednesday, October 14, 2009

Mamak bijak.

Pernahkah kalian terfikir mengapa apabila kita makan di kedai mamak , resit yang diberikan dilipat ke dalam dan tidak dipamerkan seperti mana di restoran restoran lain . Adakah mamak mamak ini turut mempelajari kaedah psikologi? Apabila kita makan kita sememangnya tidak suka terganggu atau diganggu. Sesudah perut terisi, hati pun gembira kekenyangan lantas kita mengabaikan berapa harga yang di cas di kedai mamak tersebut. Mamak, lu memang pandai…

Monday, October 12, 2009

Dia kata dia makan tempe.












Tadi di rumah ada sedikit makan makan. Sepupu aku seorang doktor dan kami rancak bercerita tentang tips pemakanan dan sebagainya. Semasa berbual topik kesihatan kami terlanjur bercerita isu botox. Pada mulanya aku tidak ambil kisah, sebab aku lelaki aku tiada minat dengan isu botox ini. Namun setelah perbualan semakin rancak aku pun tumpang ketawa. Mengapa? Diceritakan oleh bapa saudara, semasa dia bermain golf bersama seorang VIP, berlaku sebuah kisah lucu..

Suatu hari ketika dia dan si VIP sedang menebas bola golf, salah sebiji bola terlajak masuk ke dalam semak. Bapa saudara ini kenalan rapat sama VIP tersebut menceritakan bahawa untuk pemakai botox, perlu memakai sejenis krim yang perlu disapu ke kulit muka. Bau krim tersebut juga mempunyai kesan sampingan iaitu mampu menarik perhatian serangga.

Ketika si VIP berjalan untuk mengambil bola golf yang termasuk ke dalam semak tersebut, tiba tiba dia berlari mengejut keluar dari kawasan tersebut. Mukanya dihinggap penuh oleh serangga yang tertarik dengan krim tersebut. Maka lintang pukang lah si VIP ini untuk menyelamatkan dirinya dari terus dikerumuni oleh serangga itu.

VIP ini sebelum ini heboh menceritakan bahawa dia mendapat kulit yang sihat dan cantik hasil daripada amalan memakan tempe (sejenis makanan tradisional jawa diperbuat dari kacang soya). Barangkali soya mampu menarik perhatian serangga? Hehe kalian fikirlah sendiri.

Sunday, October 11, 2009

Makan Nasi Padang di Padang?












Orang Malaysia atau orang yang tinggal di Malaysia makan mewah-mewah . Ada yang makan besar di restoran nasi padang.

Orang di Padang pula, makan nasi pun belum tentu cukup. Kelaparan dan kesesengsaraan hari demi hari. Kita buka mata, sarapan tak sedap pun kita bising, rumpun sahabat kita di Padang?

Syukur berada di Malaysia.

Malaysia-Indonesia, tak mahu ada sentimen mahu gaduh gaduh ya..

Friday, October 9, 2009

Apa cerita?

"Hang dah dekat sangat..tapi bila dah dekat tu hang buat buat tak nampak.."

"Hang memang suka tengok dari jauh ka?"

"Sampai bila hang nak macam ni?"

Monday, October 5, 2009

Orang putih kata Sinus















Dulu semasa berada di Beijing, aku ada melawat satu tempat rawatan tradisional menggunakan herba disana. Perawat di sana juga memperolehi kebolehan menganalisis penyakit menggunakan sentuhan pada nadi tangan pesakit. Aku tidak melepaskan peluang untuk dianalisis. Hasilnya, orang cina itu kata aku ada alahan pada makanan laut dan juga ada sedikit resdung.

Pada tahun seterusnya, aku mengikuti satu program anak angkat di Jelebu, N Sembilan. Salah seorang jiran di kawasan tersebut merupakan perawat penyakit resdung@ sinus. Dia sempat mengajar aku beberapa kaedah rawatan secara tradisional. Selain itu aku diberi tips bagaimana untuk tahu jika seseorang itu menghidap resdung. Semuanya boleh dilihat dari tekstur muka, keadaan mata dan hidung.

Kini aku juga sedang menjalani beberapa siri rawatan resdung. Kesimpulan yang boleh aku kata, kalau nak makan tu, sendiri perlu beringat. Banyak penyakit datang dari kesalahan cara pemakanan. Tidak kira rawatan dari negara mana atau kaedah apa sekalipun, semuanya mempunyai pendapat yang sama. Owh ya, ada hikmah kenapa apabila berwuduk, disunatkan memasukkan air ke dalam hidung. Kaedah ini dapat membantu mengurangkan risiko untuk menghidap resdung :)

Friday, October 2, 2009

Siapa itu Nordin Mat Top ?

Aku terfikir, adakah arwah Nordin Mat Top itu dianggap pengganas sepertimana hebat diperkatakan di Indonesia. Hari ini, kematiannya diraikan di negara seberang. Esok lusa kita semua akan lupa..lenyap sebegitu sahaja. Namun aku terfikir lagi.. media di Malaysia menggelarnya “Beliau”. Siapa Nordin Mat Top sebenarnya?

Satu masa dahulu beberapa pejuang syahid ketika mempertahankan negara. Mereka diishtiharkan sebagai penjenayah, pembelot dan sebagainya oleh pihak penjajah. Dato’ Bahaman, Tok Janggut , Abd Rahman Limbong dan sebagainya semua dilabel penderhaka. Pengganas itu dari mata siapa?

Ibarat satu kitaran, satu masa dahulu Hang Jebat dilabel sebagai antagonis. Namun masa silih berganti, masyarakat semakin bijak berfikir. Hari demi hari sejarah dikaji. Persepsi turut berubah, sepertimana pengganas boleh bertukar perwira..segalanya boleh berubah sehinggakan dimuatkan dalam bentuk dokumentari.

Adakah satu masa nanti akan ada pihak yang akan membuat dokumentari “Siapa Nordin Mat Top”? Segalanya tidak mustahil bukan.. ?

Thursday, October 1, 2009

Lain aku idamkan lain pula aku dapat

Peristiwa 1 : Selasa 29 September 09
Lokasi : Food Court Giant Shah Alam

Aku berjalan sambil meninjau menu yang ada, tekak terasa hendak makan sizzling. Aku pun singgah ke lot hujung..sambil ternampak kedai menjual claypot.

“Abang, kasi saya claypot ayam satu”

Masa hendak bayar baru aku perasan yang aku pesan makanan tanpa aku sedar aku ke kedai yang lain . Nasib baik sedap juga claypot ayam tu.


Peristiwa 2 : Khamis 1 Oktober 09
Lokasi: TGV Bukit Raja

Aku terasa mahu menonton filem. Maka aku lantas bergerak ke TGV Bukit Raja. Niat aku mahu menonton cerita seram komedi, Where Got Ghost. Filem mandarin dari Singapura. Setibanya di kaunter tiket…

“Cik, kasi saya Where Got Ghost satu tiket”

Tiket itu tertera panggung 3, tempat duduk M6 . Aku pun berjalan terus menuju ke panggung 6.
Kira kira 5 minit wayang bermula.. “eh, kenapa filem ini cakap bahasa Indonesia?” Rupa-rupanya aku tersalah masuk panggung, cerita yang sedang ditayangkan adalah “Kuntilanak Kamar Mayat”.

“Ahh..layan saja lah..macam best juga cerita ni. Ini pun cerita hantu..keliling aku pun takda orang..”

Nasib baik menarik juga cerita itu. Walaupun agak stereotype namun kesan bunyi dalam filem tersebut Berjaya membuat aku tersentap beberapa kali.

Dipendekkan cerita, kebelakangan ini aku sering mengidamkan perkara lain, namun aku dapat perkara lain yang hampir serupa. Lain aku rancang , lain aku dapat dan tidak menghampakan..apabila difikirkan secara positif, menarik bukan? Lepas ini apa pula akan berlaku?? :)