Klik untuk lihat iklan menarik

Monday, October 12, 2009

Dia kata dia makan tempe.












Tadi di rumah ada sedikit makan makan. Sepupu aku seorang doktor dan kami rancak bercerita tentang tips pemakanan dan sebagainya. Semasa berbual topik kesihatan kami terlanjur bercerita isu botox. Pada mulanya aku tidak ambil kisah, sebab aku lelaki aku tiada minat dengan isu botox ini. Namun setelah perbualan semakin rancak aku pun tumpang ketawa. Mengapa? Diceritakan oleh bapa saudara, semasa dia bermain golf bersama seorang VIP, berlaku sebuah kisah lucu..

Suatu hari ketika dia dan si VIP sedang menebas bola golf, salah sebiji bola terlajak masuk ke dalam semak. Bapa saudara ini kenalan rapat sama VIP tersebut menceritakan bahawa untuk pemakai botox, perlu memakai sejenis krim yang perlu disapu ke kulit muka. Bau krim tersebut juga mempunyai kesan sampingan iaitu mampu menarik perhatian serangga.

Ketika si VIP berjalan untuk mengambil bola golf yang termasuk ke dalam semak tersebut, tiba tiba dia berlari mengejut keluar dari kawasan tersebut. Mukanya dihinggap penuh oleh serangga yang tertarik dengan krim tersebut. Maka lintang pukang lah si VIP ini untuk menyelamatkan dirinya dari terus dikerumuni oleh serangga itu.

VIP ini sebelum ini heboh menceritakan bahawa dia mendapat kulit yang sihat dan cantik hasil daripada amalan memakan tempe (sejenis makanan tradisional jawa diperbuat dari kacang soya). Barangkali soya mampu menarik perhatian serangga? Hehe kalian fikirlah sendiri.

No comments: