Klik untuk lihat iklan menarik

Saturday, December 27, 2008

Perigi oh perigi


Perigi oh perigi
Jangan angkat bakul sendiri
Jangan engkau lupa diri
Kena selalu ingat ini

Perigi oh perigi
Jika mahu diingati
Jika mahu disegani
Kena tahu asal diri

Perigi oh perigi
Harus diingat perkara ini
Timba tidak akan pernah rugi
Kerna sentiasa punya destinasi

Wahai perigi-perigi
Hidup kenalah muhasabah diri
Mata air tidak sentiasa menyebelahi
Sampai masa keringlah perigi.





-Ahmad Syahmi b Abd Nasir, 12.20 a.m 27dec 08-

Thursday, December 25, 2008

apa itu cinta?

Ada cinta ketuhanan
Ada cinta rasul
Ada cinta sesama insan
Ada cinta pada alam
Cinta ketuhanan hanyut dalam lautan robbani
cinta rasul ikut sunnahnya
cinta sesama insan mengelakkan peperangan
cinta pada alam tidak mencemarkannya

sepasang kekasih yang sedang bercinta kekadang lupa
pada buah kelapa yang akan menghempap mereka berdua
tika tiupan angin laut sepoi-sepoi melanda pantai

orang yang bercinta itu memang alpa
mereka tidak berpijak di bumi nyata
kakinya di bumi
ruhnya melayang entah ke mana

yang akan menyedarkannya apabila anak di riba menangis tengah malam
dan kedua ibu bapa berperang untuk membancuh susu

cinta bukan teori dewan kuliyah
sejaka zaman berzaman kita diperdengarkan dengan lagu-lagu cinta
kau laksana bulan
tinggi di atas kayangan
memang cinta tidak punya usia
bagaimanakah ia disohorkan
tentunya berbeza
bumi barat yang tidak bertuhan
menterjemahkannya di tepi-tepi jalan
bagi manusia yang beragama
ia ada akhlaknya

Saturday, December 20, 2008

Ciuman Perigi bersama Perigi.


Ketika sedang melayari sebuah blog anak tempatan yang merupakan senior saya sendiri..saya tertarik dengan satu kiasan yang diterjemahkan ke dalam bentuk pantun dimana mengkritik adegan ciuman lesbian dalam scene filem Histeria. berikut merupakan "copy paste" yang saya lakukan dari web blog beliau (http://satublogtotal.blogspot.com/) :

Geli....geli....aku geli
Dua pompuan cium begini
Lelaki pula dengan lelaki
Apa nak jadi Malaysia hari ini

Tepet tak sabaq nak tengok sendiri
Ajak dan bawa sekali Zubli
Mummy nak ikut suami tak bagi
Sebab kami nak pi kenduri

Berpusu-pusu orang pergi
Sebab ini julung-julung kali
Heran kenapa kerajaan lepas pi
Tak takut ke budaya ini dijankiti

Tolak budaya lesbian ini
Agama cegah Tuhan laknati
Jangan biaq diam diri
Sekali bagi nanti buat lagi


Saya sendiri masih belum menonton filem tersebut, oleh itu saya tidaklah layak sepenuhnya untuk memberi komen panjang lebar pada masa sekarang. Nantikan "update" saya pada masa terdekat ini.


Wednesday, December 17, 2008

jalan terus, jangan belok belok




Wahai rakan rakanku

Sedarlah, bangunlah

Jangan alpa

Masih ingat kaum lut?


Wahai rakan rakaku

Jangan leka, jangan salahkan ciptaan

Jangan salahkan naluri dan genetik

Sedarlah itu sebahagian daripada ujian


Bila diuji jangan berserah

Uji itu tanda sayang

Benar, ini hak peribadi

Punya hak bela diri

Negara demokrasi lah katakan


Namun rakan rakanku

Terfikirkah tentang persekitaran

Ayah bonda dan sahabat

Barangkali 100 membenci

Tapi bagaimana pula 1000 yang menghargai?


Saat pejam mata

Dimandikan dikapankan

Disolatkan dikebumikan

Dan juga ditalkinkan

Siapa yang menguruskan


Fikirlah fikirlah fikirlah

demi masa

Masih belum terlambat

Melainkan sudah terlambat.



-17 Desember 08-

Sunday, December 7, 2008

Aku setuju, dialog jamban, politik jamban.


Hey Brader Mar…
Dengar tak?
Tanah air ini terlalu kacau
Sebangsa seteru;
Seagama ragu;
Sekeluarga buru
Bahasa dan hati tak sebati;
Saran dan janji lebih berjudi
Memang kita dipintas sejauh ini
Kita khayal bermimpi
Hingga dini
Juga gemar berbalah
Hingga ke senja
Brader Haen, dengar!
Dengar tak?
Hei Brader Haen,
Kita bakal dimarahi nanti?
Marah? Brader Mar?
Hoi brader…
Dialog jamban siapa peduli?

A Samad Said
Malam Puisi Bulanan Negeri Melaka Ogos, 2008




barangkali masyarakat kini perlu lebih celik. buka mata, lapangkan jiwa. bersuara ketika perlu. usaha lebih dari kata.


mudah-mudahan. insyallah..

Friday, December 5, 2008

Nak pakai cincin?

Manusia mempunyai kecenderungan untuk berhias. Berhias juga dituntut dalam agama islam. Namun dalam setiap perkara yang kita lakukan punya garis-garis tersendiri bagi memudahkan perjalanan kehidupan seharian.

Salah satu perhiasan yang menjadi kegemaran adalah pemakaian cincin. Barangkali ada di antara kita mempunyai pengalaman yang menarik ketika kali pertama ingin memakai cincin. Mungkin ada yang tertanya-tanya, jari manakah paling sesuai untuk dipakai? Atau barangkali ada yang memilih untuk lebih "stylo" maka disarungkan ke jari-jari yang jarang dipakai pada kebiasaanya.


Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kw. sesudah Saidina Ali berkahwin dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Nabi Muhammad Saw. Nabi Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu, kalau memakai cincin pakailah di jari
1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka dizaman Nabi Lut a.s.

Perhatian : Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki ataupun perempuan. Muslimin dan Muslimat, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. dapatlah kita pahala.

Oleh itu rakan-rakanku sekalian, jika mahu berhias, ada caranya. Haruslah mengkaji terlebih dahulu selok beloknya. Yang baik mudah-mudahan mendapat pahala,cuma yang dirisaukan jika sebaliknya. Elakkan rasa takbur dan angkuh ketika berhias =)


Selamat berhias!

Wednesday, December 3, 2008

pelangi selatan



Jika semalam aku kabur

Hari ini aku bangun

Kerana kau tunjukkan aku jalan

Sebelum ini aku takut untuk berjalan

Kini aku mula berani untuk merangkak


Lupakan kisah lalu

Campakkan saja diari hitam mu

Jadikan ianya epilog kisah gelapmu

Ayuh bangun dan berjalan ke hadapan


Andai kau tahu

Ingin aku jadi pelindungmu

Ingin aku bawa mu

Keluar dari jalan lama dahulu

Lari dari langit


Andai kau tahu

ingin aku jadi pelindungmu

Ingin aku bawa mu

Berlari mengejar pelangi yang sama


Dari jatuh kita bangun bersama

Dari gelap kita suluh bersama

Tiada lagi ragui tiada sangsi