Perigi oh perigi
Jangan angkat bakul sendiri
Jangan engkau lupa diri
Kena selalu ingat ini
Perigi oh perigi
Jika mahu diingati
Jika mahu disegani
Kena tahu asal diri
Perigi oh perigi
Harus diingat perkara ini
Timba tidak akan pernah rugi
Kerna sentiasa punya destinasi
Wahai perigi-perigi
Hidup kenalah muhasabah diri
Mata air tidak sentiasa menyebelahi
Sampai masa keringlah perigi.
-Ahmad Syahmi b Abd Nasir, 12.20 a.m 27dec 08-
5 comments:
wah..dah berpuitis da skang..hee..bagus2..
puitis ker?
haha..xdelah..
dah lama dah cmni..
cuma x dikongsi utk public aja..
biarlah diam2 ubi berisi(mudah2an) =)
kui3...diam2 ubi berisi ye..haha
haa.bab2 timba n perigi ni..kadang2 en syahmi,timba perlu mencari perigi tau..haha
sinis dan prejudis sekali kamu terhadap 'perigi' ya? baca blog saya..saya berbicara tentang kamu.
bukan prejudis
tapi realistik.
kadang-kadang manusia apabila ditegur secara terang-terangan, kecenderungannya untuk mendengar adalah tipis. tapi apabila ditegur secara puisi, hanya yang membaca lebih memahami.
kan bagus apabila sesama manusia saling ingat mengingati.
anda juga boleh mengkritik si adam,
sebab tidak ada yang sempurna
melainkan sentiasa berusaha untuk jadi sempurna.
=)
Post a Comment