Klik untuk lihat iklan menarik

Wednesday, December 3, 2008

Ombak kecil dan ombak besar



Pada suatu masa dahulu, ketika ombak kecil sedang bermain-main di tepi pantai, tiba-tiba dia melihat ombak besar sedang menuju untuk menghempas ke pantai. Dengan perasaan takut ombak kecil itu berenang secara berlawan arus menentang ombak besar. Semasa ombak kecil melalui merentasi aliran, ombak besar bertanya kepada ombak kecil,


mengapa kamu berenang berlawanan arus?”


kemudian jawab si ombak kecil,

aku takut akan musnah dihempas oleh kamu ketika sampai ke persisiran pantai "


Ombak besar pula membalas,

mengapa perlu takut? Kita semua adalah sama, kita adalah ombak, selagi ada air dan bumi maka selagi itu lah ombak akan terus wujud”.


Ombak kecil kemudiannya berasa lebih tenang dan terus bergelora mengikut aliran.






p/s: hidup mesti berani. jangan ubah hukum untuk kepentingan peribadi . "just go with the flow". setiap yang dicipta punya ketentuan. tapi jangan sesekali berserah tanpa sebarang usaha =)

1 comment: