Alangkah payahnya apabila seseorang tu merasai dirinya cun dan paling gah di dunia ini. Rasa dirinya semua orang ingin mendekati . Hanya kerana yang mendekati adalah barisan lembut gigi dari lidah. Angkuhnya tidak berpijak dibumi yang nyata. Jalannya mendabik dada. Lenggang lenggok lemah gemalai Ibarat sotong bertongkatkan ego . Kakinya ditanah rohnya di awangan. Solekkannya tebal dari kuku . Berjalan di tengah panas hatinya berdebar debar .Takut topengnya cair. Menitis hingga ke kaki.
Wahai kamu kamu si solek tebal. Jangan beranggap semua manusia adalah sama menggilai zaman muda. Rupa paras hanya sementara . Pelengkap nafsu para buaya . Ya, buaya. Manusia punya akal , punya mata , hati dan jiwa yang mampu menilai selagi masih waras dan iman terpelihara. Guru teman pernah berkata, gadis gadis yang ingin seksi di khalayak ramai ini, sebenarnya kurang kasih sayang dan kurang keyakinan diri. Inginkan perhatian kerana merasakan dirinya masih kurang seri. Mulutnya berkata dia sempurna namun hatinya terdetik rasa berbelah bagi. Sebenarnya seri itu datang sendiri apabila manusia sentiasa berusaha mencari kemanisan imannya. Bukan semakin hari memikirkan bagaimana untuk menambah koleksi kosmetiknya. Ya, teman memang pemikiran orthodoks. Teman tidak merasakan apa-apa yang rugi dengan pemikiran begini.
Kamu kamu si solek tebal lihat lah Ibarat kereta di ruang pameran .Yang berkilat, mengancam semuanya untuk dipandu uji .Si pencuba akan henjut sana, henjut sini. Raba sana , raba sini. Bawa ke sana sini, maklumlah untuk diuji. Bila puas hati senyumnya hingga ke gigi. Tapi untuk dibeli, tetap yang berselimut. Yang masih dalam gudang, terpelihara. Samalah seperti insan di luar. Perlu diingat, kereta di “show room” itu apabila dijual harganya sudah susut . Jangan bising mengatakan kami adalah sama .Mengancam kamu hanyalah untuk hiburan buaya semasa muda dan hanyalah bersifat sementara sahaja. Kamu kamu mahu bemekap tebal,dedah sana sini sampai tua kah? Jangan..nanti kamu kamu akan terus dikeji.
Apabila tiba masa kami yang selama ini dipandang enteng juga kamu cari. Kerna sudah tidak laku lagi usia dimamah badan berisi .Kami jua anda puji . Apabila masa dan perhatian diberi waktu itu kami juga akan perli . Hah, Mengapa dicari waktu begini,sekadar pelengkap masa sunyi? Teman bukanlah bersikap prejudis. Cuma teman merasakan tanggungjawab sesama umat saling beringat sesama sendiri. Teman kagumi golongan-golongan yang tahu menjaga harga diri.
Jika ada yang terasa hati, teman mohon maaf dari atas kepala hingga ke hujung kaki. Teman juga tidak sempurna dari setiap sudut inci. Jika semalam teman buat salah silap, maka tegurlah teman hari ini. Hari ini teman tegur kamu kamu, esok lusa kamu tegurlah lagi kami kami. Buka lah minda,elakkan terasa hati. Hidup saling menegur sesama sendiri ,baru lah boleh wujud rasa harmoni. =)

2 comments:
salam
Addinu nasihah.Agama itu nasihat menaishati.
Radio online at http://satublogtotal.blogspot.com
Ceramah Ustaz Ismail Kamus
Post a Comment