Klik untuk lihat iklan menarik

Sunday, February 15, 2009

Hikmah disebalik sujud







Kita selalu mendengar , “Islam is the way of life”. Islam itu bersifat sempurna. Salah satu tanggungjawab sebagai seorang muslim adalah menunaikan solat 5 waktu. Barangkali ada yang telah lama mengetahui hikmah disebalik sujud ketika dalam solat. Antaranya:

1. membetulkan kedudukan buah pinggang yang keluar sedikit dari tempat asalnya.
2. membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
3. menghilangkan sakit hernia. (burut)
4. mengurangi sakit perut yang melilit ketika haid.
5. melegakan paru-paru yang sesak terutama bagi perokok.
6. mengurangkan saki pada penyakit apendiks(usus buntu) atau limpa(liver).
7. kedudukan sujud adalah paling baik untuk beristirahat dan tulang pungung.
8. meringankan bahagian pelvis.
9. memberi dorongan supaya mudah tidur.
10.menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
11.pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
12. bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
13.mengurangkan kegemukan.
14.pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).
15.organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
16.mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.



Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya. Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.

Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna. Secara tidak langsung, jumlah neuron di dalam otak kita akan bertambah setiap kali kita bersujud.


Walwahualam bisawab

2 comments:

Anonymous said...

Solat yang difardukan semasa Isra' Mi'raj itu memang punya hikmah yang tersembunyi. Semasa Rasulullah s.a.w. mejelang kewafatannya berpesan "umati umati umati solah solah solah". Itu menunjukkkan pentingnya solat dipertahankan.

Anonymous said...

https://www.facebook.com/#!/photo.php?v=711500228908570