Valentines day? Sudah pasti pelbagai jenis respon yang sedang bermain dalam kepala para pembaca kan? Aku percaya ramai di luar sana mengharungi tanggal 14 Februari dengan ragam masing masing. Ada yang menerima, ada yang membantah sekeras-kerasnya dan ada yang tiada komen. Aku pula bagaimana ? Sudah pasti bersama kepala orthodoks aku .
Seperti mana seperti hari sambutan yang lain seperti hari ibu, hari bapa dan sebagainya ,ianya hanyalah satu hari yang dipilih khas untuk meraikan dan saling memperingati. Selagi tidak menyimpang dari agama Allah@ Islam, maka tidak salah kita meraikannya. Melalukan sesuatu kea rah kebaikkan adalah di tuntut dalam islam . Bagi aku mudah sahaja, dalam perhubungan ini antara lelaki dan perempuan selain daripada muhrim adalah tunang dan suami/isteri. Tidak ada wujud terma kekasih atau lebih dikenali sebagai pacaran pada masa kini.
Manusia tidak boleh lari dari lumrah. Manusia dicipta untuk saling melengkapi. Hawa dicipta dari tulang rusuk Adam. Itu sejarah/ sirah yang tidak boleh kita ubah. Tipulah jika kata tidak wujud rasa dan nafsu di antara lelaki dan wanita. Namun, berbalik kepada diri sendiri, kita haruslah tahu batas-batasan yang telah ditetapkan dalam hukum hakam. Berkasih sayang antara manusia yang menjurus ke arah perkahwinan adalah sesuatu yang mulia. Oleh itu kepada pasangan-pasangan yang sudah suka sama suka saya menyeru agar membetulkan niat asal dalam sesebuah ikatan. Berkasih sayang lah dengan landasan yang tidak menyimpang.
Rasullah s.a.w bersabda , "MAN TASYABAHA BI QAUMIN FAHUA MIN HUM"
"sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka ia adalah daripada kaum itu”. Jadi sentiasalah beringat agar kita tidak terjerumus dalam golongan yang matlamat menghalalkan cara.
Hari ini (14 Februari 2009) aku membelanjakan masa lapang dengan membelek kereta, hantar ke pusat servis. Kereta itu aset aku , kaki aku untuk kehulu dan kehilir.Maka aku kena lah jaga elok-elok kan =) Dah la kereta tu aku dapat free aje, syukur alhamdullilah. Pada sebelah petang pula aku bersama ayah menonton televisyen bersama-sama. Mama pula ada urusan di pejabat. Wah, nostalgia .Anak lelaki bersama si ayah menonton televisyen bersama! Teringat pula saat zaman kecil, ayah dan mama selalu teman aku menonton televisyen. Sabar je dengan karenah aku yang asyik nak tengok kartun.
Aku kini pun asyik sibuk dengan tugasan kuliah. Jadi bila ada masa lapang tu amatlah bermakna apabila dapat bersama-sama luangkan masa bersama keluarga. Seminggu 7 hari, 5 hari dah asyik menghadap rakan-rakan, maka 2 hari tu gunakan masa untuk “quality time” bersama keluarga. He he he. Apa-apa pun, aku rindukan adik perempuan dan abangku . Adik kini di PLKN dan abang pula di Jeddah bekerja di sana. Semoga semuanya sehat dan sejahtera.
No comments:
Post a Comment