Klik untuk lihat iklan menarik

Saturday, August 29, 2009

KARTIKA SARI DEWI, nak rotan atau tidak?

Kartika oh Kartika. Kartika kini hanyalah sebagai ‘precedent’ untuk pelaku kesalahan. Hari ini kecoh lagi, isu rotan . Rotan apa? Rotan bagi kesalah meminum minuman keras bagi umat Islam. Beginilah situasinya apabila yang berada di hieraki yang tinggi kemungkinan membuat keputusan berkepentingan peribadi. *husnuldzon@sangka baik* Kartika kata tak mahu merayu, itu kepala menteri kata sila buat rayuan tolak sebat. Pandainya pembolehubah-pembolehubah @ manipulator ni.

Owh ya, barangkali ramai yang kabur, hukuman rotan syarie tak sama dengan sebat sivil. Sebat sivil dijamin rabak punggung! Kalau kita tengok pada nama pun dah boleh beza, rotan dan sebat. Rotan syarie ni..caranya dari bahu sampai siku penyebat tak boleh terangkat, kena rapat ke badan, hanya lengan yang diangkat.Sebat sivil pula..dihayun tepat dan jitu di tempat yang sama. *ouch*

Tujuan rotan syarie bukanlah untuk mencederakan , tetapi lebih kepada mendidik. Rotannya dikhalayak ramai, bukan macam sebat sivil..tertutup dan berdengung! Kalau ikut Islam, pesalah minum arak kena 40 hingga 80 sebatan. Kat Malaysia ni kalau 6 sebatan syariah rasanya tidak akan mencederakan. Aku tak rasa isu tiada tukang sebat itu adalah satu masalah besar. Barangkali boleh diberi latihan selama seminggu, kita dah boleh ada tukang sebat syariah.

Kenapalah hal sebat ni nak diperbesarkan? Hukuman ini kalau ya pun skopnya hanyalah untuk orang Islam. Golongan kafir tak perlu gusar ya.anda tidak akan dirotan@sebat syariah.alau dah terang terang kata minum arak itu salah, tak payah nak putar belit keadaan. Tak payah nak jadi pembela. Jutawan barat mungkin tak senang duduk ,sebab bisnes jualan araknya mungkin akan menurun. Tapi arak bukan untuk orang Islam. Para pemimpin, berani kerana benar takut kerana salah. Rotan adalah untuk bagi malu,mendidik, bukan untuk mencederakan! Barangkali ada menteri@VIP yang takut dirinya bakal disebat? Bak kata Nabil, lu pikirlah sendiri. Wallahualam..

Wednesday, August 26, 2009

Juara










Seorang sahabat aku selalu cakap,kalau kita tiba tiba rasa kita ni 'loser', maka lupakan hasrat tu sebab sejak dari awal lagi kita adalah juara!

Monday, August 24, 2009

Penilaian














Mana satu yang akan anda pilih? 'Sekeping' yang tidak laku pada hari ini. Tapi bakal laku dan mungkin nilainya akan lebih meningkat pada masa depan ataupun anda pilih sesuatu yang laku pada hari ini, dimana nilainya hanya dihargai pada jangka masa pendek sahaja. Atau barangkali ada masanya kita boleh menukarkan sekeping syiling emas kepada 2 keping syiling lain yang sama nilainya untuk faedah bersama..Teruskan menilai..

Kickstart Ramadhan

Alhamdullilah, selamatlah sudah puasa aku hari yang ke 2. Kelmarin di rumah , diadakan ‘gathering’ bersama keluarga, sanak saudara untuk berbuka bersama. Kira-kira 50 orang yang hadir(saudara mara sekitar Lembah Klang). Sebelum berbuka, diadakan tazkirah untuk mengisi masa dan peluang untuk memaksimakan waktu dengan selingan majlis ilmu. Pak Ndak aku merangkap Ustaz dijemput untuk menyampaikan sedikit tazkirah ringkas.

“Ramadhan adalah Ramadhan. Jika kita anggap aktiviti utama dalam Ramadhan hanyalah berpuasa maka kita adalah salah sama sekali”, pembuka kata dari Pak Ndak. Aku tersentap. Lamunan aku bermula..

Sejak aku masuk IPTA, aku dapat rasakan aura nak menyambut hari raya semakin suram. Aku tidak lagi bergelinjangan (perkataan fav En Farami) setiap kali perjalanan pulang ke kampung. Aku rasa macam ada sesuatu kekurangan tapi aku tak tahu apa yang menyebabkan aku rasa macam tu. Barangkali persoalan aku sejak beberapa tahun kebelakangan ni telah pun terjawab.

*Sambungan tazkirah..

Ramadhan adalah sebaik baik bulan yang dihadiakan kepada umat manusia. Dalam ramadhan bukan sekadar kita wajib berpuasa, namun kita dihadiahkan peluang untuk mencari malam lailatul qadar, menunaikan terawikh selama 30 malam, membaca al quran sebanyak 30 juzuk dan banyak lagi.

*aku berfikir lemahnya aku tak dapat sempurnakan semuanya*

“Umpama kisah 3 orang manusia di dalam satu gua yang gelap, mereka terdengar satu suara “wahai manusia, kalau kamu ambil banyak batu ini, kamu akan menyesal, kalau ambil sedikit juga menyesal dan jika tak ambil pun akan menyesal. Mereka berfikir dan bersepakat seorang ambil banyak, seorang sedikit dan lagi seorang tidak ambil apa apa. Setelah mereka keluar dari gua tersebut, ketulan batu itu rupa-rupanya adalah emas. Orang yang ambil banyak menyesal kerana tahu peluang untuknya banyak lagi, orang yang ambil sedikit menyesal kerana tidak mengambil lebih dan orang yang tidak ambil apa apa menyesal kerana tidak ambil apa apa. Perumpamaan ini sama dalam pengisian amalam dalam bulan Ramadhan.” Jelas Pak Ndak kepada kami semua.

“Kalau kita fikir matlamat utama adalah untuk menyambut hari raya maka kita sebenarnya silap. Kerana Allah telah menghadiahi kita ganjaran yang besar sepanjang bulan Ramadhan. Kita sering terlupa besarnya ganjaran terawikh, kelebihan malam lailatul qadar . Semakin dekat dengan penghujung ramadhan , semakin ramai yang meninggalkan terawikh..utamakan shopping. Sedangkan penghujung ramadhan dijanjikan satu malam lailatul qadar yang mana patut kita tingkatkan amalan.”

Aku benar benar tersentap dan ligat berfikir..ruginya aku selama ini..dan fikir persoalan aku itu mungkin sudah pun terjawab. Pantasnya masa berlalu.. *cuba untuk mendapatkan Ramadhan yang lebih bermakna*

Thank You Allah. :)

Sunday, August 23, 2009

RM 5 boleh mampu selamatkan nyawa.

Harga sekotak rokok sekitar RM 6 - RM8 keatas . Seorang perokok yang menunggang motosikal mampu menghabiskan wang kira-kira RM 10 sehari. Tapi ada segelintir yang tidak ambil kisah untuk menggantikan mentol lampu motosikalnya apabila telah rosak. Harga mentol tu berapa ringgit je sangat kalau nak dibandingkan dengan berkotak kotak rokok yang mampu dibeli. Aku hampir nak terlanggar penunggang motosikal yang sedang merokok! Haish..hisap rokok mampu, tukar mentol lampu tak mampu ka? Kalau mati kena langgar lepas tu boleh masuk kubur sendiri takpa la... *Bengang*


Saturday, August 22, 2009

I love you, Beth Cooper














Lepas selesai solat jumaat, aku lepak makan dengan rakan rakan, kemudian aku terasa macam nak tengok wayang. Hmm..survey2..dan tengok tayangan terdekat jam 4.45pm. Menarik jalan cerita filem ni..Ahaa, cerita ni sedikit sebanyak memberi relfeks kepada diri aku sendiri satu masa dahulu. Aku penah merasa berada di tempat 'Denis' dan juga 'Kevin'. Kalau nak tahu, kena lah tengok sendiri..he he he..

P/s: Aku rasa orang dalam panggung tengok aku macam alien kot, sebab aku datang tengok sorang sorang, siap pakai mask dan duduk kat seat paling belakang..hmm.

Thursday, August 20, 2009

Kerusi Roda Hospital Tengku Ampuan Rahimah


















Beberapa hari kebelakangan ni, aku kerap berulang alik ke hospital. Hantar orang sakit, melawat orang sakit dan aku pun sakit. Sewaktu aku berada di hospital, mata aku tertarik dengan satu objek yang sinonim berada di hospital iaitu kerusi roda@wheelchair. Aku berdiri kira kira sejam di kawasan unit kecemasan, dan mata aku liar memerhatikan kerusi roda tersebut. Dalam masa sejam itu..kerusi tersebut tidak putus putus berbakti kepada penggunanya.

Jika kerusi itu dapat bercakap, sudah pasti pelbagai kisah dapat diungkap. 1001 kisah disebalik sebuah objek bernama kerusi roda. Macam macam emosi yang pernah singgah di kerusi tersebut. Kesakitan, kegembiraan, berdebar debar, ketakutan, kesedihan dan pelbagai perasaan tercatat padanya. Syukuri nikmat kesihatan kerana nikmat tersebut boleh ditarik dan dipinjam semula pada bila bila masa..

Aiman,semoga cepat sembuh..

Kalau aku rasa aku sakit, ada orang yang lebih sakit. Sahabat aku sedang bertarung nyawa kat ICU. Aiman(Aiman Kedah), aku doa hang cepat sembuh. Tadi kul 1.30 pagi aku, pucat ,heri dan haziq pi hospital klang. Kami nekad nak pi tengok hang..tapi tak boleh buat apa apa..lepas pujuk kat security, dia bagi sorang ja untuk naik, jadi Pucat je naik masuk kat area wad. Tapi sampai sana dia tak lepas nak masuk . Pucat sempat sembang dengan mak ayah dan abang hang ja.. Aiman, kuatkan semangat... Kami semua doa hang cepat sembuh.

Saturday, August 15, 2009

Biografi

Harimau mati tinggalkan belang

Manusia mati tinggalkan nama

Kalau orang mahu menulis biografi,

Dia akan meneroka dari belakang

Jika mahu ditulis,

maka betulkan haluan dari belakang,

sebab kita tak akan tahu

apa yang bakal ada kat depan.

Thursday, August 13, 2009

Thuii

Meludah ke langit memang 'stylo'. Tapi kalau meludah, lepas tu peludah tak bergerak kemana-mana, ludah tu kena diri sendiri . Bila kita meludah, orang akan tengok buruknya perangai si peludah. Dedah sana dedah sini. Macam boneka kat sarkas. Haih, macam-macam lah ragam politik sekarang. Issu rakyat Malaysia sebagai pengganas(Nordin Mat Top) dan sebagainya. Malas nak sentuh lebih lebih. Salah sebut nanti masuk ISA. Selamat malam Malaysia! :)

p/s: harap2 kabar angin harga minyak nak naik tu salah..hehe

Monday, August 10, 2009

Kat Malaysia Perlu Ada..



PSA iklan jauhi arak. Di Malaysia, bila lagi?

Cinta- Flop Poppy



Flop Poppy- Band tempatan kegemaran aku.

Main mercun dan bunga api
















Dulu masa aku kecik, aku sanggup simpan duit,sanggup berlapar semata mata nak beli mercun dan bunga api. Sampaikan duit raya aku pun aku sanggup gunakan untuk beli mercun. Kalau mak ayah larang beli sekalipun, aku sanggup beli senyap senyap. Kini baru aku sedar, kenapa mak ayah larang bazir duit untuk semua tu. Bakar duit je. Tapi biasalah, masa kanak kanak, kalau tak dapat apa yang dihajati, rasa diri serba kekurangan..rasa diri tak sama darjat macam kawan kawan lain. Hehehe..

Saturday, August 8, 2009

Bukan Konfrontasi

“Kadang kadang, ada perkara yang kita tahu mengenainya..namun sengaja kita tidak mahu mengeksplorasi tentangnya. Ketika masing masing dalam proses saling mengenali secara tidak sengaja, masing masing menyimpan persoalan. Mengapa? Kerana yakin keadaan sekarang lebih sesuai sebegini. Lebih indah jika kita dikaburi dengan beberapa persoalan yang sengaja tidak mahu dijawab pada detik ini. Lebih indah apabila pengetahuan itu terbatas dengan kuantiti yang selayaknya. Seperti mana perasaan Pak Uda bersama Mak Uda mengenali pada awal perkenalan, seperti mana Ravi berputik perasaan kepada Siew Lin sewaktu berlatih hoki dan bola jaring di padang yang sama. Seperti mana terujanya Mak Limah berniaga Laksa, kemudian didatangi Pak Rahim yang setia menjadi pelanggan setia pada setiap petang Ahad.

Terdetik dalam memori setiap dewasa, kenangan kenangan indah sewaktu di alam kanak kanak dan remaja. Kenangan ketika panjat pokok jambu rumah Pak Mat , kemudian digigit semut api dan melompat semuanya ke tanah. Kenangan Samad dan Halim meredah hujan sambil menaiki basikal chopper warna merah ketika pulang dari sekolah. Terkenang pengalaman kali pertama menaiki Bas Mara dari Kg Olak Lempit ke Pekan Banting. Hati dup dap dup dap berdebar masa mula mula nak jejak kaki naik bas. Teruja pun ada. Memori tetap dikenang sebagai memori. Memori itu kita tak boleh ubah, namun kita mampu memilih memori apakah yang ingin sentiasa kita kenang” , kata Jalil sewaktu berada di Wad 12 .

*Jalil tak gila*

Tuesday, August 4, 2009

Plaster

Si pendiam itu barangkali

dalamannya tenang,gembira.

Yang ceria ceria di luar,

gelak hilai tawa dikhalayak ramai itu

barangkali dalamannya luka, gundah gulana.

Parut memang boleh kita rawat,

tapi tuan punya badan

tetap tahu kat mana parut asal.

Sunday, August 2, 2009

Budak Tol Gate

Latar Tempat - Honda Civic EF2 (QKA 4229), Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS)

Latar Masa - Tahun 1994


Mama : Bila besar nanti amie nak jadi apa?

Aku : Hmmm nak jadi orang kaya la..boleh beli semua benda yang amie nak..

Mama : Kalau camtu cita cita nak jadi apa?

Aku : Amie nak jadi penjaga tol

Mama : Haih..kenapa nak jadi penjaga tol? Kan banyak lagi kerja lain..

Aku : Amie tengok semua orang bawa kete pastu mesti henti kat tol , bagi duit kat situ. Mesti la dia dapat banyak duit..

Mama : Hehehe kesitu pulak….


Zaman kanak kanak merupakan zaman paling santai....