“Kadang kadang, ada perkara yang kita tahu mengenainya..namun sengaja kita tidak mahu mengeksplorasi tentangnya. Ketika masing masing dalam proses saling mengenali secara tidak sengaja, masing masing menyimpan persoalan. Mengapa? Kerana yakin keadaan sekarang lebih sesuai sebegini. Lebih indah jika kita dikaburi dengan beberapa persoalan yang sengaja tidak mahu dijawab pada detik ini. Lebih indah apabila pengetahuan itu terbatas dengan kuantiti yang selayaknya. Seperti mana perasaan Pak Uda bersama Mak Uda mengenali pada awal perkenalan, seperti mana Ravi berputik perasaan kepada Siew Lin sewaktu berlatih hoki dan bola jaring di padang yang sama. Seperti mana terujanya Mak Limah berniaga Laksa, kemudian didatangi Pak Rahim yang setia menjadi pelanggan setia pada setiap petang Ahad.
Terdetik dalam memori setiap dewasa, kenangan kenangan indah sewaktu di alam kanak kanak dan remaja. Kenangan ketika panjat pokok jambu rumah Pak Mat , kemudian digigit semut api dan melompat semuanya ke tanah. Kenangan Samad dan Halim meredah hujan sambil menaiki basikal chopper warna merah ketika pulang dari sekolah. Terkenang pengalaman kali pertama menaiki Bas Mara dari Kg Olak Lempit ke Pekan Banting. Hati dup dap dup dap berdebar masa mula mula nak jejak kaki naik bas. Teruja pun ada. Memori tetap dikenang sebagai memori. Memori itu kita tak boleh ubah, namun kita mampu memilih memori apakah yang ingin sentiasa kita kenang” , kata Jalil sewaktu berada di Wad 12 .
*Jalil tak gila*
No comments:
Post a Comment