Alhamdullilah, selamatlah sudah puasa aku hari yang ke 2. Kelmarin di rumah , diadakan ‘gathering’ bersama keluarga, sanak saudara untuk berbuka bersama. Kira-kira 50 orang yang hadir(saudara mara sekitar Lembah Klang). Sebelum berbuka, diadakan tazkirah untuk mengisi masa dan peluang untuk memaksimakan waktu dengan selingan majlis ilmu. Pak Ndak aku merangkap Ustaz dijemput untuk menyampaikan sedikit tazkirah ringkas.
“Ramadhan adalah Ramadhan. Jika kita anggap aktiviti utama dalam Ramadhan hanyalah berpuasa maka kita adalah salah sama sekali”, pembuka kata dari Pak Ndak. Aku tersentap. Lamunan aku bermula..
Sejak aku masuk IPTA, aku dapat rasakan aura nak menyambut hari raya semakin suram. Aku tidak lagi bergelinjangan (perkataan fav En Farami) setiap kali perjalanan pulang ke kampung. Aku rasa macam ada sesuatu kekurangan tapi aku tak tahu apa yang menyebabkan aku rasa macam tu. Barangkali persoalan aku sejak beberapa tahun kebelakangan ni telah pun terjawab.
*Sambungan tazkirah..
Ramadhan adalah sebaik baik bulan yang dihadiakan kepada umat manusia. Dalam ramadhan bukan sekadar kita wajib berpuasa, namun kita dihadiahkan peluang untuk mencari malam lailatul qadar, menunaikan terawikh selama 30 malam, membaca al quran sebanyak 30 juzuk dan banyak lagi.
*aku berfikir lemahnya aku tak dapat sempurnakan semuanya*
“Umpama kisah 3 orang manusia di dalam satu gua yang gelap, mereka terdengar satu suara “wahai manusia, kalau kamu ambil banyak batu ini, kamu akan menyesal, kalau ambil sedikit juga menyesal dan jika tak ambil pun akan menyesal. Mereka berfikir dan bersepakat seorang ambil banyak, seorang sedikit dan lagi seorang tidak ambil apa apa. Setelah mereka keluar dari gua tersebut, ketulan batu itu rupa-rupanya adalah emas. Orang yang ambil banyak menyesal kerana tahu peluang untuknya banyak lagi, orang yang ambil sedikit menyesal kerana tidak mengambil lebih dan orang yang tidak ambil apa apa menyesal kerana tidak ambil apa apa. Perumpamaan ini sama dalam pengisian amalam dalam bulan Ramadhan.” Jelas Pak Ndak kepada kami semua.
“Kalau kita fikir matlamat utama adalah untuk menyambut hari raya maka kita sebenarnya silap. Kerana Allah telah menghadiahi kita ganjaran yang besar sepanjang bulan Ramadhan. Kita sering terlupa besarnya ganjaran terawikh, kelebihan malam lailatul qadar . Semakin dekat dengan penghujung ramadhan , semakin ramai yang meninggalkan terawikh..utamakan shopping. Sedangkan penghujung ramadhan dijanjikan satu malam lailatul qadar yang mana patut kita tingkatkan amalan.”
Aku benar benar tersentap dan ligat berfikir..ruginya aku selama ini..dan fikir persoalan aku itu mungkin sudah pun terjawab. Pantasnya masa berlalu.. *cuba untuk mendapatkan Ramadhan yang lebih bermakna*
Thank You Allah. :)
1 comment:
thanks for quoting 'bergelinjang' hehehe
farami
melbourne
Post a Comment