Klik untuk lihat iklan menarik

Showing posts with label Basikal. Show all posts
Showing posts with label Basikal. Show all posts

Saturday, July 18, 2009

Betul betul Ho-liau !

FERRARI, PORSCHE, MERCEDES, JEEP, CADILLAC, HUMMER, , BMW.







Sunday, July 5, 2009

Kalaulah...














Kalaulah ada orang nak kasi aku benda ni..kasi test ride pun jadilah... 2009 Kula Supreme by KONA!
Kona oh Kona..kenapa lah engkau mahal sangat...?

Wednesday, June 17, 2009

Mari Berbasikal di Bukit Cerakah!


Alhamdullilah, hajat dan impian tercapai. 2 minggu lalu aku ada berhasrat nak kembali berbasikal. Lokasi pilihan,Bukit Cerakah. Aku risau juga barangkali tiada sambutan atau maklum balas. Namun, apa yang berlaku..menarik, ramai yang ingin turut serta. Cuma seperti biasalah, tidak mungkin semua yang ingin turut serta tu mempunyai masa lapang yang sama. Maka aku pun bergeraklah dengan kapasiti yang ada. Bagi yang tak dapat turut serta, jangan berkecil hati. Masa banyak lagi dan insyallah minggu depan aku akan ke sana lagi, untuk sesi yang ke 3 dalam bulan ini. Siapa siapa yang ada masa tu marilah, join sama sama.


Nasihat dan tips untuk siapa yang baru nak turut serta, lapangkan minda. Sediakan seberapa banyak air mineral yang boleh. Kalau ada isotonik lagi bagus. Sediakan tuala muka, sebab dijamin mandi peluh. Pakai kasut sukan (termasuk pakaian sukan) untuk keselamatan. Untuk basikal pula, kat sana nanti cari basikal yang gear dan breknya dapat berfungsi dengan baik. Untuk mengelakkan rasa letih ketika mengayuh, carilah basikal yang mempunyai paras seat yang lebih tinggi.

Kosnya pula adalah berpatutan,RM 3 untuk tiket masuk . Sewa basikal pula , RM 3 untuk sejam pertama dan tambahan RM 1 untuk jam berikutnya. Maka jumlah keseluruhan tak sampai RM 10 pun :) Apa yang penting adalah beriadah dengan hati yang terbuka sambil menghirup udara segar di sana !

p/s: Kalau siapa2 nak pergi tapi tak ada kawan nak pergi, boleh lah ajak saya, insyallah akan turut serta :)








Thursday, June 4, 2009

Mahu Riadah!

9 hari bertugas sebagai MC konvo UiTM sudah pun berlalu. Setiap hari pengalamannya berbeza beza. *akan aku ceritakan dalam masa terdekat*. Hari ni, aku berehat seharian. Petang rasa agak bosan dan aku ke SACC. Jalan sorang sorang, bayar bil telefon dan singgah ke MPH. Hasrat nak beli buku untuk tambah koleksi bahan bacaan, tapi pulang dengan tangan kosong. Barangkali hari ni belum ditakdirkan untuk membeli buku. Aku sempat membelek beberapa buah buku sahaja.

Badan rasa agak lesu. Barangkali sebab dah 2 minggu terperap kat dalam Dewan Sri Budiman. Badan pun rasa lemau. Aku rasa , aku perlu riadah. Owh ya, aku dah lama tak berbasikal di Bukit Cerakah. Hehe agak agak bila la dapat ke sana. Nak ronda sorang sorang, macam kurang ummphh la pulak. Harap harap ada kawan yang ingin turut serta :)

Saturday, May 16, 2009

Basikal.

Beberapa tahun lepas, aku aktif dengan pelbagai jenis sukan. Salah satu sukan yang aku aktif ialah berbasikal. Memang sejak dari bangku sekolah lagi aku minat dengan basikal. Dari BMX sehinggalah ke Downhill. Semasa sekolah rendah aku amat obses dengan BMX. Ayah telah menghadiakan aku sebuah BMX full set jenama GT. Masa tu siapa yang pakai GT orang akan pandang, wooww! Aku sanggup tidur dengan basikal sebab terlalu sayang. Hahaha.

Bagi sesiapa yang menceburi sukan yang menggunakan basikal ini kebiasaannya akan tahu selok belok dalam membaiki jika berlaku kerosakan. Hanya jika berlaku kerosakan serius barulah akan menghantar basikal ke pusat servis.(Macam servis kereta je). Seingat aku, sepanjang sekolah rendah dahulu, setiap minggu pasti ada sahaja perubahan yang aku lakukan pada BMX tersebut.Maka duit yang telah lesap ke kedai aksesori pun..hehe..cecah ribuan la kot. Pada penghujung 1997, aku berpindah ke negeri Kedah. Baru sebulan aku pindah ke sana, bak kata orang tua ,malang tak berbau..BMX aku telah dicuri! Aku amat sedih sebab bagi aku basikal tu dah macam teman setia aku.

Okay, semasa aku di tingkatan 3, aku dikejutkan lagi oleh ayah kerana menghadiahkan sebuah mountain bike! Aku tak pernah menjangkakan ayah akan membelinya sebab aku ni selalu demand benda yang merapu. Maka selepas memiliki sebuah mountain bike, gaya hidup aku pun berubah. Pada setiap petang aku pasti akan bersiar-siar bersama rakan-rakan menjelajah sekitar bandar Sg Petani. Kami akan mengatur lokasi yang berbeza untuk dijelajahi pada setiap hujung minggu. Antara perkara menarik sepanjang konvoi ini adalah kami tidak berasa penat walaupun telah menjelajah sejauh berpuluh-puluh kilometer.

Selain daripada menjelajah dari satu bandar ke satu bandar, aku juga turut berbasikal di laluan yang lebih lasak seperti di dalam hutan. Antara lokasi kegemaran aku ialah Pulau Tiga. . Perjalanan dari jalan besar sehingga ke Pulau Tiga mengambil masa kira kira 30 minit. Untuk pengetahuan semua, lokasi Pulau Tiga ini tidak jauh dari jeti yang beberapa buah bot di situ menuju ke Pulau Langkawi. Memang adat jika mahu ke sana, pasti akan bersedia dengan sebarang kemalangan. Terjatuh semasa naik turun bukit adalah perkara biasa dan ada kejadian aku terjatuh kerana terkejut apabila dikejar babi hutan. Antara pemandangan yang dapat dilihat sepanjang perjalanan ialah akan melalui denai yang berkembar dengan pagar kem askar(Kem Lapangan Terbang).

Pada 2003, sekali lagi malang tidak berbau. Aku masih ingat, hari itu hari Jumaat. Aku membasuh basikal dan menjemurnya di halaman rumah. Aku masuk ke dalam rumah untuk mandi dan bersiap-siap untuk ke solat jumaat. Tak sampai 30 minit kemudian, aku keluar dan....basikal aku sudah tiada! Aku termenung seketika dan cuba menenangkan diri. Sekali lagi basikal aku hilang . Fikiran aku mula berkecamuk. Tiada lagi ekspidisi, tiada lagi jelajah ketika hujung minggu dan..aku membayangkan betapa banyak wang yang telah aku habiskan semata-mata untuk hobi lasak ini..Begitulah sejarah aku bersama basikal tersayang. Aku tangguhkan untuk meneruskan hobi tersebut selama beberapa tahun dan kini..aku rasa seperti nak mula berjinak jinak kembali. Aku dah survey..dan jatuh cinta sama...Nicolai Helius RC Mountainbike! Tapi aku sedar yang aku tak mampu nak miliki sekarang sebab harganya..lebih mahal daripada Perodua Kancil.














p/s: sekarang ni walaupun hobi aku adalah memandu , namun minat aku terhadap basikal mountain tak akan pernah padam. hari hari naik kereta pun nanti badan jadi lemau ;)