Owh gila. Pernahkah anda melalui satu pengalaman apabila bercakap dengan seseorang yang baru anda kenali , anda begitu terpesona dengan setiap tingkah lakunya. Apabila si dia berkata-kata, anda hanya mampu merenung ke wajahnya sambil berkata “fuhh cantiknya dia ni..”. Tanpa berkelakuan yang menjengjelkan anda hanya mampu menyelindungkan perasaan yang sedang dilalui ketika berdepan dengannya. Aneh, magik tapi itulah yang aku sempat lalui. Aku dah jumpa macam macam orang, tapi peristiwa tadi memang menarik. Alien J
Klik untuk lihat iklan menarik
Wednesday, June 9, 2010
Monday, December 7, 2009
Monday, November 30, 2009
Amik ko!
*Perbualan ini aku hentikan di sini untuk kebaikkan bersama. Sebagai pengajaran, aku dedahkan ID kamu di blog aku. Lepas ini pandai pandailah kau delete ID ni.
Friday, November 27, 2009
Pesan Mama.
Kelmarin mama pesan, hati hati bila rapat atau menjadi pendengar setia masalah seseorang. Kata mama , orang perempuan ni apabila tengah “down”, dia mudah tertarik dan terpikat dengan seseorang yang bersama-samanya ketika waktu susah. Jadi kalau tak mahu perkara yang tidak dirancang berlaku, letakkan batasan ketika berhubung. Hmm..mujurlah "Jakarta – Shah Alam" ,kalau lebih dekat..boleh kecundang. Terima Kasih mama untuk peringatan :)
p/s: untung, buka tv boleh "lihat" kamu. Semoga lebih kuat, kamu gagah!
Wednesday, November 25, 2009
Azmi Goreng Pisang
.jpg)
Tuesday, November 17, 2009
Monday, October 12, 2009
Dia kata dia makan tempe.
Tadi di rumah ada sedikit makan makan. Sepupu aku seorang doktor dan kami rancak bercerita tentang tips pemakanan dan sebagainya. Semasa berbual topik kesihatan kami terlanjur bercerita isu botox. Pada mulanya aku tidak ambil kisah, sebab aku lelaki aku tiada minat dengan isu botox ini. Namun setelah perbualan semakin rancak aku pun tumpang ketawa. Mengapa? Diceritakan oleh bapa saudara, semasa dia bermain golf bersama seorang VIP, berlaku sebuah kisah lucu..
Suatu hari ketika dia dan si VIP sedang menebas bola golf, salah sebiji bola terlajak masuk ke dalam semak. Bapa saudara ini kenalan rapat sama VIP tersebut menceritakan bahawa untuk pemakai botox, perlu memakai sejenis krim yang perlu disapu ke kulit muka. Bau krim tersebut juga mempunyai kesan sampingan iaitu mampu menarik perhatian serangga.
Ketika si VIP berjalan untuk mengambil bola golf yang termasuk ke dalam semak tersebut, tiba tiba dia berlari mengejut keluar dari kawasan tersebut. Mukanya dihinggap penuh oleh serangga yang tertarik dengan krim tersebut. Maka lintang pukang lah si VIP ini untuk menyelamatkan dirinya dari terus dikerumuni oleh serangga itu.
VIP ini sebelum ini heboh menceritakan bahawa dia mendapat kulit yang sihat dan cantik hasil daripada amalan memakan tempe (sejenis makanan tradisional jawa diperbuat dari kacang soya). Barangkali soya mampu menarik perhatian serangga? Hehe kalian fikirlah sendiri.
Monday, October 5, 2009
Orang putih kata Sinus

Dulu semasa berada di Beijing, aku ada melawat satu tempat rawatan tradisional menggunakan herba disana. Perawat di sana juga memperolehi kebolehan menganalisis penyakit menggunakan sentuhan pada nadi tangan pesakit. Aku tidak melepaskan peluang untuk dianalisis. Hasilnya, orang cina itu kata aku ada alahan pada makanan laut dan juga ada sedikit resdung.
Pada tahun seterusnya, aku mengikuti satu program anak angkat di Jelebu, N Sembilan. Salah seorang jiran di kawasan tersebut merupakan perawat penyakit resdung@ sinus. Dia sempat mengajar aku beberapa kaedah rawatan secara tradisional. Selain itu aku diberi tips bagaimana untuk tahu jika seseorang itu menghidap resdung. Semuanya boleh dilihat dari tekstur muka, keadaan mata dan hidung.
Kini aku juga sedang menjalani beberapa siri rawatan resdung. Kesimpulan yang boleh aku kata, kalau nak makan tu, sendiri perlu beringat. Banyak penyakit datang dari kesalahan cara pemakanan. Tidak kira rawatan dari negara mana atau kaedah apa sekalipun, semuanya mempunyai pendapat yang sama. Owh ya, ada hikmah kenapa apabila berwuduk, disunatkan memasukkan air ke dalam hidung. Kaedah ini dapat membantu mengurangkan risiko untuk menghidap resdung :)
Friday, September 25, 2009
RM 8 boleh buat Cik Lisa kekal "cool".
Hahaha, rupa rupanya selama ini Cik Lisa dipakaikan ‘tali pinggang’ yang besar..sebab itulah tak padan. Bila besar maka ada banyak ruang, belt itu pun ada masa melekat, ada masa tidak. Saiz lama yang besar itu 2285, aku gantikan dengan yang lebih fit, 2270. Hmm.. aku sangkakan kena keluar duit banyak lagi..selamat…. Tahun lepas sahaja dah belanja ribuan ringgit untuk tukar baru compressor +condeser dan sewaktu dengannya.
Ini sahaja ubatnya…..

Bando timing belt saiz 2270 untuk pinggang Cik Lisa.
Thursday, September 24, 2009
Tolong
Ketika itu jam 3 petang. Cikgu tu kata, tolong bagi satu modul untuk sedarkan budak budak tu. Aku kata, “cikgu saya cuba ya, bukan nak mengajar budak budak tu.. tapi saya berkongsi.”
Ketika di dalam kelas..
“Okay sekarang abang nak salah seorang daripada kamu masuk dalam bulatan lepas tu jerit perkataan tolong kuat kuat sambil hulurkan tangan”
….semuanya mengangguk….
“ TOLONG!! TOLONG!! TOLONG !!” , jerit budak tersebut.
..semuanya hanya melihat dan tersenyum..
“Tadi abang kata, seorang jerit kan? Kenapa yang lain ni tengok sahaja?? Dah terang terang kawan tu minta tolong..kenapa tak tarik tangan dia?”
Balas salah seorang daripada pelajar , “ Kami tak dapat arahan untuk buat apa apa dari abang pun..”
“Adik, kadang kadang ada perkara kita tak perlu buat dengan ikut arahan..kita ada mata dan hati untuk menilai kan? Apa yang kamu semua rasa apabila kamu minta bantuan, tapi tak ada yang datang membantu..?”
Wednesday, September 23, 2009
Kelainan 1 Syawal 1430
Berlalulah sudah ramadhan, kini syawal menjelma. Alhamdullilah aku dikurniakan kesihatan dan rezeki untuk menyambut lebaran sekali lagi pada syawal ini. Salam eidulfitri buat kalian semua, kepada yang jauh kita dekatkan, kepada yang dekat kita eratkan dan kepada yang erat kita mesrakan.
Syawal pada tahun ini ternyata berbeza pengamatannya berbanding tahun sebelum ini. Barangkali aura yang aku rasakan sepanjang ramadhan lepas ibarat satu petanda kelainan yang akan dirasai pada kali ini. Pada tahun ini kami sekeluarga beraya tanpa abang kerana bertugas di Arab Saudi, maka aku merangkap cucu tertua buat raya kali ini. Seperti biasa, setiap kali persiapan raya di kampung , aku akan melakukan tugasan mewakili cucu di dapur, dari mencari kelapa tua..mengopek buah kelapa, memarut sehinggalah proses seterusnya yang berkaitan dalam bidang masakan. Sepupu yang lain masih muda,ramai pula yang akan mengambil peperiksaan maka dikecualikan dari tugasan-tugasan berat selain dari persiapan masakan.
Pagi 1 syawal, selepas subuh perkakas untuk membakar satay dikeluarkan. Aku menguruskan untuk permulaan sehinggalah ke jam 8 pagi. Kira kira 1000 cucuk satay menanti untuk dibakar pada pagi tersebut. Setelah sudah giliran aku, saudara mara perempuan mengambil alih sehingga semuanya siap dibakar. Kemudian rutin seperti biasa, solat eidulfitri di masjid kemudian aktiviti kunjung mengunjung dan saling bermaafan di pagi raya. Kira kira jam empat petang, kami sekeluarga bersiap untuk keluar beraya di rumah sanak saudara. Lokasi pertama ialah Hospital Sultanah Bahiyah kerana dimaklumkan salah seorang datuk saudara@ tok su aku sedang sakit penat di sana.
Kami difahamkan tok su hanya penat biasa , maka kira kira jam 5 petang kami tiba di perkarangan hospital. Disebabkan kes H1N1, semua pelawat dibenarkan melawat pada jam 5.30 petang. Tepat jam tersebut, kami menaiki ke aras 4D di hospital tersebut. Setibanya di pintu wad kelihatan beberapa ahli keluarga tok su saling berpelukan, kedengaran tangisan teresak esak dan tanpa berlengah panjang, kami berlari ke katil tok su. Innalillah…tok su baru sahaja pergi..baru 5 minit..tok su sakit tiga serangkai (jantung, hati dan buah pinggang)
Keadaan menjadi amat pilu dan tergamam seketika..mama dan ayah menguruskan urusan membawa pulang jenazah dan kira kira jam 10 malam baru pulang ke kampung semula. (Sanak saudara yang lain pulang ke kampung semula pada maghrib). Begitulah perjalanan dari pagi lebaran sehingga ke lewat petang. Tidak berpeluang mengunjung ke mana mana rumah pada hari 1 syawal.
Pada sebelah malamnya pula, kami sanak saudara berkumpul. Di hadapan rumah tok ada satu gelanggang. Di situlah segala aktiviti di luar rumah dijalankan seperti berlatih silat siam@ tomoi dan sebagainya. Sepupu kecil semuanya bermain mercun dan bunga api, aku dan beberapa orang sepupu melepaskan gian di satu sudut yang terletaknya punching bag! Punching bag ini dibuat khas oleh Pak Teh aku. Owh ya, punching bag ini akan lebih berat di sebelah malam kerana diperbuat daripada denim. Disebabkan sudah lama tak berlatih dan tidak melakukan warm up, maka otot biceps kanan aku tercedera. Hah..sakitnya boleh dirasai sehingga hari ini,raya ke empat..
Diringkaskan cerita, sambutan syawal pada kali ini pengamatannya berbeza. Tidak ada satu gambar pun yang diambil bagi keluarga aku, tidak ada ‘kemeriahan’ seperti tahun tahun terdahulu. Aku tidak lagi bergelinjangan untuk mengira duit raya, mahupun melaung-laungkan lagu raya. Namun apa yang ada adalah keakraban hakiki pada setiap ahli keluarga dan saling bermaafan. Keupayaan berkumpul bersama sanak saudara itu lebih manis pengamatannya. Syukur alhamdullilah..itulah antara nilai sebenar syawal.Satu revolusi perubahan yang sedang dirasakan buat diri ini. Salam eidulfitri buat semua, salam muhibbah dan maaf zahir dan batin buat kalian semua.
Tuesday, September 15, 2009
"Non-gamer" menonton Gamer

Apabila seorang "non-gamer" menonton Gamer, maka tertidurlah di dalam panggung. Seperti biasa, apabila mahukan escapism, aku akan ke panggung secara solo. Meredah apa sahaja filem yang ditayangkan pada waktu tersebut. Aku bukanlah seorang yang dilabel sebagai "gamers", boleh dibilang dalam setahun berapa kali sahaja aku bermain "game". Sudah puas aku mencuba, namun aku rasa buat masa sekarang itu bukan jiwa aku .
Hari ini aku sedar aku ter' bedengkur di dalam panggung. Ha ha ha.., ketika babak pertarungan..semakin rancak berperang, semakin kuat audio berdentum maka semakin syahdu aku melayan dengkur. Mujurlah kerusi kiri dan kanan aku tidak ada penonton. Kadang kadang aku turut hairan, babak aksi aku tidur, babak perbualan aku celik. Hmmm...dah banyak filem aksi dah jadi macam ni.. Kiranya jika aku tidak terlelap semasa dalam panggung, filem tersebut hebat di mataku!
.jpg)