Klik untuk lihat iklan menarik

Showing posts with label perspektif. Show all posts
Showing posts with label perspektif. Show all posts

Saturday, October 15, 2011

Say Yes Hudud !




















Ramai orang memberi ulasan panjang lebar. Ada yang obses menolak atas alasan tertentu dan sebaliknya. Aku tak ingin komen panjang, apa yang aku harapkan hudud antara perlaksaan yang akan diterapkan dalam pentadbiran di Malaysia.


Wednesday, December 2, 2009

Perihal Ikan Laga













Cuba kamu lihat perihal ikan laga
Cantik. Bergaya.berkuasa.megah
Semuanya hebat
Namun disebaliknya?
Berlaga apabila buku bertemu ruas
Hidupnya tidak aman
yang gemar berlaga ini
hidupnya sunyi, tidak berteman
Kecantikan, kuasa, kebolehan
Semuanya adalah pinjaman
Sampai masa, carik dan terlerai
Setiap ciptaan punya kisah
Untuk kita pelajari
tidak ada yang kekal

-cintailah keamanan-

Tuesday, November 24, 2009

Kenapa obses sangat. ?

-Perbualan di dalam kereta bersama seorang sahabat, selepas ternampak satu stiker di cermin kereta-

Aku: Kenapa kau obses sangat dengan gerakan tu?

Jawapan: Ko tak tau, kitorang semua rapat. Jaga satu sama lain. Kita tolong melayu. Kalau ada masalah petik je nanti semua datang tolong. Macam macam lagi la. Tapi aku tak join yang lagi satu tu,yang tu stok kuat sembahyang semua ikut pantang larang.

Aku: Ooo..So sampai bila korang akan kekal macam tu? Kalau saudara muslim lain minta tolong macam mana?

Jawapan: Ni khas tolong melayu je bro.. Sesama kitorang tau ahli masing masing.. *dan beberapa penjelasan…

Aku: Ooo… takpa lah aku saja nak tau je..teringin nak tau..

*Aku tak faham, mungkin barangkali gerakan asal @ orang lama punya garis panduan yang lebih jelas. Cara pembawakan dan amalan. Kalau kata nama Amar ma’ruf nahi mungkar, bukan untuk sesama kabilah(puak@bangsa) tetapi sesama manusia terutamanya sesama saudara muslim. Nabi nak dakwah dulu pun tak ada buka buka langkah,syarat itu syarat ini. Islam untuk semua. Berani kerana benar, takut kerana salah. Aku bukan mempersoalkan modus operandi gerakan tersebut, namun mengapa perlu terlalu obses?

Kalau generasi sekarang pun sudah ada yang menyimpang, bagaimana untuk generasi akan datang? Sebarang kekusutan kita bawa cara musyawarah. Kalau ada orang buat silap siapa kita untuk menghukum tanpa soal bicara? Wallahualam..

Al-Fakir Ila Rabbihi,

Ahmad Syahmi Abd Nasir.

Friday, November 20, 2009

Teknologi melemahkan manusia ?










Assalamualaikum, selamat pagi :) Setelah sekian lama aku terperap akhirnya dapat juga masa yang telah lama aku cari. Durasi untuk mengeluarkan peluh! Sepanjang semester lepas aku secara jujurnya mengaku tidak mengamalkan gaya hidup sihat. Makan tidak berjaga, apatahnya lagi bersenam.. Mama dan ayah merupakan insan yang paling menitik beratkan hal kesihatan. Sesibuk mana mereka sekalipun,akan diluangkan masa untuk beriadah/bersenam. Oleh yang demikian mereka selalu menasihati aku supaya mengamalkan gaya hidup sihat bermula dari zaman muda. Kata ayah, aku kena jaga dari sekarang sebab salasilah keturunan pun sudah ada penyakit diabetis dan sebagainya. Aku perlu beringat.

Baiklah, hari ini sudah masuk seminggu aku kembali memanaskan badan. Disebabkan sudah lama tidak aktif, maka agak perit untuk aku mendapatkan momentumnya. Aku ingin berkongsi pengalaman dan pendapat tentang gaya hidup masakini. Pada amnya, aku meletakkan hipotesis semakin tinggi teknologi, semakin lemah daya tenaga fizikal manusia. Aku beranggapan sedemikian berdasarkan apa yang aku sendiri alami. Aku sendiri mengakui akan hakikat ini. Bukan tidak boleh mengikuti perkembangan teknologi, hanya perlu bersederhana :)

Aku tidak gemar bersukan di dalam kumpulan seperti bola sepak dan sebagainya. Bagi pendapat aku, sukan sedemikian bukan sebati dengan citarasa aku. Aku pernah cuba meminati namun tidak berjaya. Oleh itu aku mencuba beberapa sukan lain yang dapat memenuhi citarasa. Salah satunya adalah berbasikal. Mengapa? Melalui berbasikal, aku dapat menerokai tempat tempat baru selain dapat mengeluarkan peluh. Berbasikal juga dapat melatih seseorang untuk gigih mencapai matlamat, sebagai contoh ketika mendaki bukit yang curam kita akan fokus untuk berjaya sampai ke puncak dengan berbekalkan segala kudrat dan semangat yang ada. Itu pendapat aku kenapa berbasikal menjadi pilihan. Setiap orang berbeza citarasanya bukan?

Apa yang berlaku pada hari ini, populasi yang aktif bersenam semakin berkurangan. Aku dapat lihat betapa kurangnya kaum melayu terutamanya meluangkan masa untuk bersenam. Walaupun ramai yang keluar beriadah, namun populasi yang bersenam adalah amat sedikit. Ramai anak muda masakini lebih gemar menghabiskan masa melayari internet, permainan video, lepak di kedai mamak dan bersiar siar di kompleks membeli belah daripada menghabiskan masa untuk bersukan. Penduduk di kawasan urban terutamanya patut lebih bersyukur kerana kerajaan telah pun memberi fasiliti untuk beriadah “indoor & outdoor” berbanding penduduk yang tinggal di luar bandar. Kemudahan sudah disediakan, maka manfaatkanlah apa yang ada.

Aku ada membaca satu artikel yang menerangkan bahayanya alat elektronik kepada tubuh badan manusia untuk jangka masa panjang. Seperti mana yang kita lihat hari ini, telefon bimbit bukan lagi barangan kemahuan, namun sudah bertukar menjadi alat keperluan seharian. Kajian telah membuktikan bahawa tubuh manusia akan lemah sekiranya terlalu lama didampingi oleh alat alat elektonik masa kini. Sekiranya kita masih lagi tidak mengubah cara hidup untuk lebih sihat, hal ini akan mendatangkan mudarat kepada generasi akan datang. Kurangkan beriadah secara “maya”, lebihkan interaksi secara realiti. Ayuh, marilah kita bersama sama mengamalkan gaya hidup yang sihat. Mencegah lebih baik dari merawat :)

*Nasihat ini lebih untuk diri aku sendiri*

-Sekadar pendapat dari pemandangan yang kabur- :)

Thursday, October 29, 2009

Hey Saudara Baru!

Suatu petang ketika aku dan seorang sahabat sedang lepak minum petang , kami berbual tentang isu semasa termasuklah isu 1 Malaysia. Isu politik kami tak sentuh sebab bukan pilihan utama. Hasil dari topik yang dibualkan kami meleret panjang dan menyimpang sehinggalah tercetusnya satu soalan berbunyi lebih kurang begini:

1. Orang A, dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga orang islam. Ilmu dia banyak sebab dari kecil dia diberi ilmu. Kalau tanya soalan bab agama mesti dia boleh jawab dengan huraian yang lengkap.

2. Orang B, dilahirkan dalam agama lain dan apabila mengenali Islam hatinya terpikat dan bersedia menganuti agama Islam. Ilmu dia sikit, tapi dia sentiasa bersedia nak mencari untuk memperbanyakkan ilmu yang kurang tersebut.

"apa beza muslim yang berstatus muslim sejak lahir dan seorang lagi muslim sebagai "saudara baru" hmmmm..."

Tuesday, October 20, 2009

Karma

Suatu malam sedang kami berbual bual di dalam kereta..seorang sahabat aku ada berkata, “...sedar tak, kita selalu nak perkara yang indah indah..pada masa yang sama kita kurang menjaga perhubungan kita dengan Allah s.w.t...maka jika kita tidak dekat dengan-Nya, bagaimana Dia mahu makbulkan impian kita?”..
Kita selalu bercakap tentang karma bukan?

Wednesday, October 14, 2009

Mamak bijak.

Pernahkah kalian terfikir mengapa apabila kita makan di kedai mamak , resit yang diberikan dilipat ke dalam dan tidak dipamerkan seperti mana di restoran restoran lain . Adakah mamak mamak ini turut mempelajari kaedah psikologi? Apabila kita makan kita sememangnya tidak suka terganggu atau diganggu. Sesudah perut terisi, hati pun gembira kekenyangan lantas kita mengabaikan berapa harga yang di cas di kedai mamak tersebut. Mamak, lu memang pandai…

Sunday, October 11, 2009

Makan Nasi Padang di Padang?












Orang Malaysia atau orang yang tinggal di Malaysia makan mewah-mewah . Ada yang makan besar di restoran nasi padang.

Orang di Padang pula, makan nasi pun belum tentu cukup. Kelaparan dan kesesengsaraan hari demi hari. Kita buka mata, sarapan tak sedap pun kita bising, rumpun sahabat kita di Padang?

Syukur berada di Malaysia.

Malaysia-Indonesia, tak mahu ada sentimen mahu gaduh gaduh ya..

Friday, October 2, 2009

Siapa itu Nordin Mat Top ?

Aku terfikir, adakah arwah Nordin Mat Top itu dianggap pengganas sepertimana hebat diperkatakan di Indonesia. Hari ini, kematiannya diraikan di negara seberang. Esok lusa kita semua akan lupa..lenyap sebegitu sahaja. Namun aku terfikir lagi.. media di Malaysia menggelarnya “Beliau”. Siapa Nordin Mat Top sebenarnya?

Satu masa dahulu beberapa pejuang syahid ketika mempertahankan negara. Mereka diishtiharkan sebagai penjenayah, pembelot dan sebagainya oleh pihak penjajah. Dato’ Bahaman, Tok Janggut , Abd Rahman Limbong dan sebagainya semua dilabel penderhaka. Pengganas itu dari mata siapa?

Ibarat satu kitaran, satu masa dahulu Hang Jebat dilabel sebagai antagonis. Namun masa silih berganti, masyarakat semakin bijak berfikir. Hari demi hari sejarah dikaji. Persepsi turut berubah, sepertimana pengganas boleh bertukar perwira..segalanya boleh berubah sehinggakan dimuatkan dalam bentuk dokumentari.

Adakah satu masa nanti akan ada pihak yang akan membuat dokumentari “Siapa Nordin Mat Top”? Segalanya tidak mustahil bukan.. ?

Sunday, September 6, 2009

Kau jangan tengok filem ini.

"Kau jangan tengok filem ni, tak best..bosan siot..buang duit je tengok kat wayang"

Ayat ini biasa kedengaran apabila sesebuah filem baru sedang ditayangkan di pawagam. Bagi "die hard fan" sesebuah filem, barangkali terdapat 3 kemungkinan. Yang pertama golongan fanatik yang meletakkan harapan terlalu tinggi, jikalau filem tersebut menepati cita rasa maka dilaung-laungkan dengan penuh rasa bangga. Kalau tidak, adalah sebaliknya. Kebarangkalian yang kedua ialah mungkin peminat fanatik akan tutup mata jika filem tersebut ada banyak kekurangan. Biasalah, bila hati dah suka, semuanya okay! Kebarangkalian ke 3 pula, jika filem itu mengecewakan, maka peminat akan mengutuk keras pembikin filem tersebut.

Pendapat peribadi aku, jika anda mahu menonton filem, biar anda sendiri menjadi juri. Barangkali filem yang rakan anda label sebagai "sampah" adalah filem bermutu dari perspektif anda. Selera setiap manusia tak sama kan? Karya filem yang kita suka tak semestinya semua orang suka. Selamat menonton! :)

Saturday, August 29, 2009

KARTIKA SARI DEWI, nak rotan atau tidak?

Kartika oh Kartika. Kartika kini hanyalah sebagai ‘precedent’ untuk pelaku kesalahan. Hari ini kecoh lagi, isu rotan . Rotan apa? Rotan bagi kesalah meminum minuman keras bagi umat Islam. Beginilah situasinya apabila yang berada di hieraki yang tinggi kemungkinan membuat keputusan berkepentingan peribadi. *husnuldzon@sangka baik* Kartika kata tak mahu merayu, itu kepala menteri kata sila buat rayuan tolak sebat. Pandainya pembolehubah-pembolehubah @ manipulator ni.

Owh ya, barangkali ramai yang kabur, hukuman rotan syarie tak sama dengan sebat sivil. Sebat sivil dijamin rabak punggung! Kalau kita tengok pada nama pun dah boleh beza, rotan dan sebat. Rotan syarie ni..caranya dari bahu sampai siku penyebat tak boleh terangkat, kena rapat ke badan, hanya lengan yang diangkat.Sebat sivil pula..dihayun tepat dan jitu di tempat yang sama. *ouch*

Tujuan rotan syarie bukanlah untuk mencederakan , tetapi lebih kepada mendidik. Rotannya dikhalayak ramai, bukan macam sebat sivil..tertutup dan berdengung! Kalau ikut Islam, pesalah minum arak kena 40 hingga 80 sebatan. Kat Malaysia ni kalau 6 sebatan syariah rasanya tidak akan mencederakan. Aku tak rasa isu tiada tukang sebat itu adalah satu masalah besar. Barangkali boleh diberi latihan selama seminggu, kita dah boleh ada tukang sebat syariah.

Kenapalah hal sebat ni nak diperbesarkan? Hukuman ini kalau ya pun skopnya hanyalah untuk orang Islam. Golongan kafir tak perlu gusar ya.anda tidak akan dirotan@sebat syariah.alau dah terang terang kata minum arak itu salah, tak payah nak putar belit keadaan. Tak payah nak jadi pembela. Jutawan barat mungkin tak senang duduk ,sebab bisnes jualan araknya mungkin akan menurun. Tapi arak bukan untuk orang Islam. Para pemimpin, berani kerana benar takut kerana salah. Rotan adalah untuk bagi malu,mendidik, bukan untuk mencederakan! Barangkali ada menteri@VIP yang takut dirinya bakal disebat? Bak kata Nabil, lu pikirlah sendiri. Wallahualam..

Monday, August 24, 2009

Penilaian














Mana satu yang akan anda pilih? 'Sekeping' yang tidak laku pada hari ini. Tapi bakal laku dan mungkin nilainya akan lebih meningkat pada masa depan ataupun anda pilih sesuatu yang laku pada hari ini, dimana nilainya hanya dihargai pada jangka masa pendek sahaja. Atau barangkali ada masanya kita boleh menukarkan sekeping syiling emas kepada 2 keping syiling lain yang sama nilainya untuk faedah bersama..Teruskan menilai..

Thursday, August 20, 2009

Kerusi Roda Hospital Tengku Ampuan Rahimah


















Beberapa hari kebelakangan ni, aku kerap berulang alik ke hospital. Hantar orang sakit, melawat orang sakit dan aku pun sakit. Sewaktu aku berada di hospital, mata aku tertarik dengan satu objek yang sinonim berada di hospital iaitu kerusi roda@wheelchair. Aku berdiri kira kira sejam di kawasan unit kecemasan, dan mata aku liar memerhatikan kerusi roda tersebut. Dalam masa sejam itu..kerusi tersebut tidak putus putus berbakti kepada penggunanya.

Jika kerusi itu dapat bercakap, sudah pasti pelbagai kisah dapat diungkap. 1001 kisah disebalik sebuah objek bernama kerusi roda. Macam macam emosi yang pernah singgah di kerusi tersebut. Kesakitan, kegembiraan, berdebar debar, ketakutan, kesedihan dan pelbagai perasaan tercatat padanya. Syukuri nikmat kesihatan kerana nikmat tersebut boleh ditarik dan dipinjam semula pada bila bila masa..

Monday, August 10, 2009

Kat Malaysia Perlu Ada..



PSA iklan jauhi arak. Di Malaysia, bila lagi?