Klik untuk lihat iklan menarik

Showing posts with label aprisiasi. Show all posts
Showing posts with label aprisiasi. Show all posts

Monday, August 10, 2009

Cinta- Flop Poppy



Flop Poppy- Band tempatan kegemaran aku.

Sunday, July 26, 2009

Innuendo. Belaian Jiwa



Lagu ni memang evergreen. Dulu masa aku dan rakan-rakan pergi camping, lagu ni mesti wajib nyanyi. Pasang unggun api, seorang petik gitar akustik..dan.... :)

Sunday, July 5, 2009

Tanya Sama Pokok

Tanya pada pokok apa sebab goyang,
Nanti jawab pokok angin yang goncang,
Tanya sama langit apa sebab hujan,
Nanti jawab langit tanyalah awan.

Awan nanti kata aku kandung air,
Sampai tempat sejuk aku pun cair,
Tengok dalam air nampak bayang-bayang,
Campak satu batu bayang pun hilang.

Tanya sama hati apa rasa sayang,
Adakah tandanya nampak dipandang,
Kumbang rayu bunga bulan dan bintangnya,
Punya tanda-tanda hubungan mesra.

Tanya sama hati pernahkah merindu,
Tiba masa lena apa mimpimu,
Masa berjauhan apa nan dikenang,
Bila difahamkan itulah sayang.

Jikalau tidak kerana sayang,
Kuntuman kasih tak mungkin kembang,
Andainya jemu mengganti rindu,
Jambangan mesra tentulah layu.

Tanya sama hati pernahkah merindu,
Tiba masa lena apa mimpimu,
Masa berjauhan apa nan dikenang,
Bila difahamkan itulah sayang.


*Semasa aku kecil dahulu, aku memang faham 2 rangkap yang pertama sahaja. Hari ini melodi Tanya Sama Pokok terngiang ngiang di mindaku dan aku tergerak untuk menghayati lirik sebenar lagu ini. Ternyata P.Ramlee memang puitis. :)

Monday, May 18, 2009

1 dalam 1000


















Aku selesa dengan karektornya. Aku tertarik dengan budi bahasanya. Aku kagum dengan usahanya. Dia berjiwa terbuka, dia juga mempunyai motivasi dalaman yang tinggi. Aku gembira mengenalinya. Aku juga hormat dengan cara pemikirannya. Dia bertutur dengan bahasa yang lengkap. Dia kreatif tapi rendah diri. Dia punya cita-cita kemanusiaan yang tinggi. Aku masih belum mengenali sepenuhnya tentang dia,sejarahnya. Barangkali akan ada yang kurang senang sekiranya aku lebih mendekatinya.Kemungkinan besar juga dia sudah berpunya. Tapi semua manusia punya pilihan bukan?Tak salah jikalau menghargai sesuatu yang layak untuk disanjungi. Sifat-sifat yang dia ada, buat aku begitu tertarik untuk mengenalinya dengan lebih. Ini bukanlah angau ,tapi aprisiasi. =)

Tuesday, February 17, 2009

Rasa yang sempurna










Sukar untuk dipercaya
Bintang dan bulan
Sempurnanya
Sifatmu mengajarku
Kata kata mu menemaniku
Senyuman yang tidak pernah hilang
Hatimu yang ikhlas
Memberikan suatu perasaan
Seperti berkali kali dibilas
Tetapi tidak pernah pudar
Bisikan segala
Mengenalimu
Memahami mu
Ombak memukul membawa harapan
Nyanyikan lagu untuk kenangan
Cerita itu, lagu itu
Milik kita, selamanya.
Puisi ini dan hati ku
Milik mu seadanya,



*salut! Kiriman seorang teman yang juga seorang seorang pemuisi yang sedang bercinta.Terima kasih kerana berkongsi rasa. Rasa itu sempurna =)

Sunday, February 8, 2009

Apakah erti kerinduan



Kamu tahu apa rasanya merindui seseorang? rindu itu sebenarnya adalah satu rasa kesakitan, kesengsaraan, kekeliruan yang lahirnya terus dari hati kita. Mengapa aku katakan begitu? kerana sebenarnya kerinduan itu lahir dari rasa kebimbangan. Bila kita mulai rasakan cinta itu cuma lahir dari hati kita sahaja, dan bukan dari dia. Atau rindu itu adalah rasa kehilangan yang bercambah dari fikiran kita. Maka saja kita jadi resah gelisah, rasa apa yang ada di tangan kita seolah-olah mahu beransur pergi. atau kekhuatiran yang si dia, kesayangan kita tidak merasakan apa yang sedang kita rasa saat itu. Ingin sahaja kita jeritkan namanya. mahu sahaja kita kejutkan dia dari lenanya di dini hari. Seolah-olah mahu memberitahu dia, kita sedang mengingatinya. Hinggakan kita tidak dapat tidur kerana mengenangkan dia. mahu sahaja dia berada di depan mata ketika itu.


Mahu melihat betapa lenanya tidurnya, atau memerhatikan hela nafasnya ketika itu. Hati kita pastinya merintih ketika merinduinya bukan? tetapi mungkin sesetengah dari kita merindui seseorang yang tidak pernah merasai kewujudan kita. Kita ini bukannya sesiapa pada dirinya. Cuma kita jadi kerinduan sendiri. kerana si dia itulah yang telah kita putuskan sebagai insan idaman. Insan yang selama ini menjadi buruan hati. Dialah insan yang telah membawa kita ke alam khayalan. Dunia khayalan karya perasaan kita sendiri. kerana di dalam hati, tiada sesiapa yang lain kecuali dia. Cuma ada bayangannya setiap detik, dan kita terbuai sendiri dalam dunia ciptaan kita sendiri. Membayangkan dia akan memberi kita ruang untuk mendekati dirinya, memberi kita waktu untuk menawan hatinya. Tetapi kenyataannya, dia itu memandangi kita seperti sesuatu yang tiada apa-apa. Walaupun dengan sebelah matanya. kerana padanya, mungkin telah ada seseorang yang istimewa.


Siapalah diri ini dibandingkan dengan dia yang teristimewa. maka, terciptalah alam khayalan ciptaan imaginasi kita sendiri. suatu perasaan yang lahirnya dari hati, yang memaksa fikiran minda mencipta apa mahunya kita. Seperti kita terpesona dengan apa yang telah dibaca dari novel cinta ciptaan si penulis romantis, kita juga mula mereka sesuatu dalam fikiran. Yang pastinya kita dan dia menjadi teraju utama. dialah orangnya, dan kita pula kekasih hati yang begitu mencintainya. Dan ini semua bermula dari rasa kerinduan itu. kerinduan terhadapnya yang dalam diam-diam telah kita serahkan jiwa dan raga. Pagi ini, ada kerinduan dalam hatiku. Aku jadi tidak keruan. Entah mengapa rasa ini semakin menebal. salahku juga, aku sudah mencipta sesuatu yang tidak sepatutnya diwujudkan dalam hati ini lagi. mungkin aku terbuai perasaan di kala aku bersendirian sekarang. Mungkin perasaanku sudah tersentuh dengan ketiadaan sesuatu yang sedang aku cari.


Walaupun aku tahu, belum ada kepastian untuk hal itu menjadi kenyataan. Namun ingatan itu tetap tidak dapat membuat aku terlena pagi ini. Mungkin aku terlalu kuat berkhayal, kerana aku jadi sukar untuk melelapkan mata. Akhirnya kerinduan itu benar-benar menyakitkan. Benar-benar mengelirukan. Benar-benar menyesatkan akalku. Atas desakan hati, akal kini sudah jadi tidak ketentuan. Semuanya kerana lahirnya kerinduan itu. Kerana lahirnya kebimbangan itu. Kerana lahirnya rasa kehilangan itu. Tanpa rindu, maka mana akan lahir rasa cinta, bukan? Deru waktu akan terus berlalu, dan akan bakal menghanyutkan kita dalam khayal. Akan tumbuh bercambah pengharapan dalam diri.


Mengharapkan kesempurnaan akan terlahir dari apa yang dirasai saat ini. Dan membawa aku terbenam dalam bebanan perasaan agar semua jadi kenyataan. Dan untuk si dia, pasti akan ada suatu waktu, untuk melahirkan jalinan kasih dalam hidup. Alangkah bahagianya aku dalam angan ini. Menanti, dan terus menanti, ketika dalam kesunyian diri. Menanti dan menanti lagi. Hingga akhirnya tiba saatnya aku akan terlena dalam senyuman. Mengingatinya dalam kerinduan malam.



*aku kagumi rasa yang datang dalam diri penulis entri ini. Keikhlasan yang lahir diluahkan dalam bentuk penulisan. http://ruang-waktu.blogspot.com/2007/07/apakah-erti-kerinduan.html

Monday, January 26, 2009

Wuduk
















Aku basuh tangan

Untuk menghilangkan daki perjuangan

Supaya tangan boleh dicengkam

Meramas dan genggamkan rezeki yang reda


Aku berkumur

Untuk membasuh segala bahasa dan kata dusta

Diganti gubahan berkuntum kebenaran


Aku basuh hidung

Dari menghidu kepalsuan

Dan pencemaran

Untuk disedut kebenaran

Yang mewangi dari taman Firdausi


Aku basuh muka

Untuk menanggalkan segala topeng

Yang memalsukan semua lakonan

Biar lebih berseri

Dengan keikhlasan dan kesucian


Aku basuh siku

Untuk hilangkan peluh perjalanan

Supaya tidak termukim daki kepuraan

Dan tidak peluh nanti


Aku basuh kepala

Untuk menyejukkan minda dan akal

Dari kepanasan emosi dan egois

Dan Menentang segala kejahilan

Dengan iman dan fikir


Aku basuh telinga

Biar tanggal kerikil nafsu

Untuk mendengar semua perintah

Demi memisahkan segala kebatilan


Aku basuh tengkuk

Dari daki malas yang bersemi

Supaya segarkan pergerakan

Untuk rukuk dan sujud kepada-Mu Ilahi


Aku basuh kakiku

Dari segala lumpur dan najis duniawi

Supaya langkahku ini

Bersih dari segala noda dan dosa.




*terima kasih saudara Solihin Osman. Puisi yang menjadi penyuntik ketika aku lemah.

Aku perolehi daripada Wacana Hitam Putih. Buku sastera pertamaku. Buku pertama mengajar aku erti

menghargai seni penulisan. Semoga 'wuduk' dapat membuka lebih banyak mata hati dan jiwa.

Thursday, December 25, 2008

apa itu cinta?

Ada cinta ketuhanan
Ada cinta rasul
Ada cinta sesama insan
Ada cinta pada alam
Cinta ketuhanan hanyut dalam lautan robbani
cinta rasul ikut sunnahnya
cinta sesama insan mengelakkan peperangan
cinta pada alam tidak mencemarkannya

sepasang kekasih yang sedang bercinta kekadang lupa
pada buah kelapa yang akan menghempap mereka berdua
tika tiupan angin laut sepoi-sepoi melanda pantai

orang yang bercinta itu memang alpa
mereka tidak berpijak di bumi nyata
kakinya di bumi
ruhnya melayang entah ke mana

yang akan menyedarkannya apabila anak di riba menangis tengah malam
dan kedua ibu bapa berperang untuk membancuh susu

cinta bukan teori dewan kuliyah
sejaka zaman berzaman kita diperdengarkan dengan lagu-lagu cinta
kau laksana bulan
tinggi di atas kayangan
memang cinta tidak punya usia
bagaimanakah ia disohorkan
tentunya berbeza
bumi barat yang tidak bertuhan
menterjemahkannya di tepi-tepi jalan
bagi manusia yang beragama
ia ada akhlaknya

Saturday, December 20, 2008

Ciuman Perigi bersama Perigi.


Ketika sedang melayari sebuah blog anak tempatan yang merupakan senior saya sendiri..saya tertarik dengan satu kiasan yang diterjemahkan ke dalam bentuk pantun dimana mengkritik adegan ciuman lesbian dalam scene filem Histeria. berikut merupakan "copy paste" yang saya lakukan dari web blog beliau (http://satublogtotal.blogspot.com/) :

Geli....geli....aku geli
Dua pompuan cium begini
Lelaki pula dengan lelaki
Apa nak jadi Malaysia hari ini

Tepet tak sabaq nak tengok sendiri
Ajak dan bawa sekali Zubli
Mummy nak ikut suami tak bagi
Sebab kami nak pi kenduri

Berpusu-pusu orang pergi
Sebab ini julung-julung kali
Heran kenapa kerajaan lepas pi
Tak takut ke budaya ini dijankiti

Tolak budaya lesbian ini
Agama cegah Tuhan laknati
Jangan biaq diam diri
Sekali bagi nanti buat lagi


Saya sendiri masih belum menonton filem tersebut, oleh itu saya tidaklah layak sepenuhnya untuk memberi komen panjang lebar pada masa sekarang. Nantikan "update" saya pada masa terdekat ini.