Klik untuk lihat iklan menarik

Saturday, July 25, 2009

Kongsi


















"Sharing is caring". Kalau dah bersedia nak berkongsi, maka jom naik kereta ni. Kita sembang sepanjang perjalanan.

Sendirian?














Seorang tukang gunting rambut perlukan orang lain untuk memotong rambutnya. Seorang doktor yang sakit akan dirawat oleh doktor yang lain. Ada masanya seorang chef akan pergi ke restoran untuk membeli makanan. Penyanyi juga akan mendengar lagu dari penyanyi yang lain. Manusia melengkapi, manusia saling memerlukan. Tidak ada manusia yang boleh hidup bersendirian meskipun dia mahir dalam sesuatu bidang.

Monday, July 20, 2009

Mimpi- Dunia Gelap





















*Aku datang dgn minda yang kosong, aku kosongkan gelas dan diisikan dengan sajian baru, berada dalam gelap, aku abaikan siapa hadirin sekeliling aku. Kemudian selepas beberapa ketika ,aku kebetulan duduk bersebelahan Pn Lola maka sempat berkongsi kongsi pendapat.*

Aku kasi tabik hormat, moga dapat jumpa lagi. Terima Kasih Paradoks. Salam.

Sunday, July 19, 2009

Native Deen
























*Akhirnya dapat juga beli walaupun dah lama*

Mereka juga manusia.

Seorang sahabat aku, baru sahaja kehilangan orang yang tersayang. Atas sebab sebab tertentu, dia terpaksa berpisah bersama teman lelakinya. Dia baru pulang dari Bangkok. Kami berjumpa dan dia meluahkan segala-galanya. Apa yang aku mampu buat adalah, mendengar dan memberi pendapat. Namun segala keputusan dia yang perlu lakukan sendiri.

Selepas apa yang terjadi sahabat aku cuba dengan tabah untuk memulakan hidup baru. Dia belajar menerima hakikat yang gaya hidupnya telah berubah. Tiada lagi deringan telefon bimbit sepanjang masa, tiada lagi keluar makan bersama , tiada lagi apa apa bersama. Pendek kata, semuanya dia lakukan secara berdikari dan dibantu oleh rakan rakan.

Baiklah, hari ini seperti mana yang kita sedia maklum, terdapat banyak laman sesawang jaringan sosial (website) seperti Friendster, Myspace , Facebook dan sebagainya. Apa yang berlaku, selepas statusnya ditukar,keadaan sudah tidak seperti biasa lagi. Aku menasihatinya supaya lebih berhati-hati kerana lazimnya, ketika masa ini akan ada banyak pihak yang ingin mengambil kesempatan.

Maka mencurah-curahlah komen di lamannya. “Hai awak ni single eh,boleh saya isi borang” , “Org cantik mcm u, tak kan lah takde bf..” dan sebagainya. Situasi ini amatlah memberi tekanan kepada sahabat aku. Lebih lebih lagi, sahabat aku ini seorang pan-asia, maka dengan paras rupanya yang menarik sudah pasti dapat memikat insan insan di luar sana dan mendapat komen yang mengjengkelkan .

Sahabat aku mengeluh, katanya ramai yang menegurnya atas sebab paras rupa. Ramai yang mendekati akan memuji muji penampilannya. Ramai yang memuji kereta yang dipandunya. Dari hari ke hari sehinggalah sampai ke satu tahap dia sudah lali dengan pujian. Sahabat aku kata, apa yang dia mahukan adalah kawan kawan yang menerimanya atas sebab peribadinya, bukan sebab luarannya.

Apa yang berlaku mengajarku, tuhan itu adil. Dia kurniakan setiap hambanya kelebihan yang berbeza beza. Kadang kadang kita tengok seseorang tu, kaya cantik atau kacak..mesti hidupnya bahagia. Tak semestinya. Kerana mereka juga manusia. Kemahuan setiap manusia adalah berbeza, tapi keperluan sesama manusia adalah sama.

Naluri manusia adalah tetap sama. Kalau kita tanya kepada anak raja, diberi pilihan sama ada bermain layang layang di tepi sawah atau bermain di taman tema Disneyland, tak mustahil dia akan memilih untuk bermain layang layang sama seperti kanak kanak biasa.

Saturday, July 18, 2009

Betul betul Ho-liau !

FERRARI, PORSCHE, MERCEDES, JEEP, CADILLAC, HUMMER, , BMW.







Wednesday, July 15, 2009

:) ร่างกายต้องการทะเล

ร่างกายต้องการทะเล หัวใจต้องการมีเธอ

raang gaai dtong gaan ta-lay hua jai dtong gaan mee ter :)

Sunday, July 12, 2009

Layang-layang













Kelmarin setelah beberapa tahun tak main, akhirnya dapat merasa kembali aktiviti bermain layang layang. Hamdan punya idea lah..telefon aku tengah tengah malam ajak main layang layang pada petang esok. Pada mulanya aku agak pelik, tiba tiba je ajak main layang layang, kemudian tanpa fikir panjang aku kata okay! Alang alang cuaca petang sekarang agak berangin, maka sesuailah manfaatkan dengan aktiviti yang sesuai :)

Kos pun rendah je, layang layang kami beli di Mydin Shah Alam, RM 2.90 sahaja. Apa lagi..angkat 4 la..hehe...maka petang kami pun diceriakan dengan nostalgia saat ketika zaman kanak kanak. Terima kasih kepada Jay, Alin dan Abby yang turut memeriahkan suasana :)

Saturday, July 11, 2009

Penunggang hebat.

















Kalau nak tahu, harga helmet kanak kanak tak sampai RM50 pun...

Friday, July 10, 2009

NGV meletup lagi?










Kreatif itu bagus, tapi kalau kreatif tak bertempat..maka itu namanya mencari nahas. Hari ini Buletin Utama memaparkan berita “Bom Bergerak?” iaitu NGV@CNG. NGV merupakan sejenis bahan bakar berunsurkan gas yang digunakan sebagai bahan bakar alternative untuk kenderaan. NGV adalah Natural Gas Vehicle. NGV adalah lebih murah berbanding harga petrol. Selepas disubsidikan oleh kerajaan, harga seliter NGV adalah RM 0.68 sahaja.( Petrol RM 1.80)

Kebelakangan ini kita sering dengar kes kenderaan meletup akibat menggunakan NGV. Apa yang berlaku, kebanyakkan kes yang berlaku adalah akibat kelalaian pemandu itu sendiri (modifikasi tanpa ciri keselamatan). Untuk pengetahuan semua, tong gas NGV yang mengikut spesifikasi menggunakan tekanan kira kira 3000 PSI untuk system NGV. Bagi kes kenderaan yang meletup pula, mereka menggunakan tong gas masakan yang mana hanya mempunyai tekanan sebanyak 300 PSI SAHAJA. Memang la tong itu akan meletup kerana tak mampu nak tampung tekanan yang sepatutnya 300 menjadi 3000 PSI.

Tong gas NGV pula adalah amat kuat dan susah untuk pecah. Seperkara lagi fakta berkenaan NGV, system NGV adalah lebih selamat berbanding petrol kerana NGV bersifat gas, petrol pula bersifat cecair. Petrol lebih mudah terbakar berbanding gas. Honda CRV di rumah aku menggunakan system NGV, dan setelah lebih setahun aku sendiri yang menyelenggaranya, aku yakin NGV adalah selamat untuk dikomersialkan. Kat luar negara dah lama pakai, hanya di Malaysia yang masih kurang sambutan lagi.Kepada mat belia yang terlebih kreatif membuat modifikasi di luar sana, utamakanlah keselamatan. Jangan kerana nak jimat sehingga sanggup membahayakan diri.

Owh ya, lagi satu bukti sistem NGV diiktiraf selamat adalah dimana Fakulti Kejuruteraan Mekanikal UiTM sedang dalam proses untuk menambah silibus baru pengajian untuk sistem NGV. Aku mendapat maklumat terbaru ni daripada pegawai dari bengkel pemasangan NGV yang baru sahaja bermesyuarat dengan Ketua Program di fakulti tersebut.


Thursday, July 9, 2009

7 segi.

Bila buku bertemu ruas

Bila rusa masuk kampung

Bila pipit jumpa enggang

Bila Pawang mula bersilat

Jembalang tak lagi berdengkur

Bila Abu Lahab berdekah

Bila Abu Nawas bersugi.

Bila Firaun rasa kebal

Laut merah jadi saksi.

Wednesday, July 8, 2009

Ekonomi ,Petrol, Kesan & Strategi




















Dua buah buku yang aku sedang cuba nak pahami..mama dah bagi kepercayaan, pelan pelan syahmi..

Tuesday, July 7, 2009

Pontianak, Mimpi dan Qarin.

Seminggu dua ni rasa aku dok rasa kurang sedap badan. Macam nak demam..Macam nervous pun ada, tapi sebab apa ya? Mimpi aku pun dapat yang pelik pelik..siap boleh sambung sambung lagi..macam drama bersiri. Tapi betullah, akhir akhir ini aku lebih suka bersendirian. Sejak dok kaji benda benda paranormal ni, aku dapat temui sesuatu. Mitos VS fakta. Wallahualam..

Tadi aku tertarik dengan komen Prof Amelia, dia bercerita pasal paranormal sikit sikit. Aku bandingkan pula dengan apa yang aku faham selama ni. Cerita pasal pontianak. Ikut kaum dan masyarakat masing masing, pontianak digambarkan dalam pelbagai rupa dan cara tingkah lakunya. Tapi aku ada dengar satu ceramah, perempuan yang mati ketika melahirkan anak itu adalah mati syahid. Jadi mana mungkin orang yang sudah meninggal itu boleh kembali ke muka bumi.Cuma jika perempuan itu bukan islam, wallahuallam. Aku kena tanya yang kat ustaz/orang yang lebih arif. Tapi pada pendapat aku, barangkali itu adalah kemungkinan jelmaan daripada Qarin manusia tersebut. Ini adalah kerana Qarin setiap manusia umurnya lebih panjang daripada manusia.

Dalam buku penulisan Dato' Haji Ismail Kamus mengatakan, tidak ada manusia yang dapat melihat wajah sebenar jin/syaitan. Hantu itu pula adalah salah satu bentuk jelmaan yang dilakukan oleh jin/syaitan. Maka kalau kita dapat melihat itu bermakna, kita diperlihatkan dengan mata kasar hasil daripada jelmaan mereka. Hmm, semakin mendalam aku dok kaji pasal paranormal ni, makin banyak perkara yang aku sedar, aku masih tak tahu..

Sunday, July 5, 2009

Kalaulah...














Kalaulah ada orang nak kasi aku benda ni..kasi test ride pun jadilah... 2009 Kula Supreme by KONA!
Kona oh Kona..kenapa lah engkau mahal sangat...?

Pokok bunga mainan
















"Abang, ni kereta lelaki ke perempuan?" kata adik sebentar tadi. Aku pun tersenyum, "salah ke kalau ada pokok dalam kete?kan ada hijau hijau sikit.." Kemudian adik pun leka termenung melihat daun pokok palsu tu bersama bunga pink yang bergerak-gerak menggunakan tenaga solar. Seronok pula tengok daun tu gerak gerak.

Owh ya, masa aku jalan jalan kat pasar malam, tetiba terpandang kat peniaga menjual alat permainan yang sedang menyusun bunga bunga mainan tersebut. Terlintas di dalam hati, ni macam menarik letak dalam kereta ni..hehe. Lantak lah kalau orang nak panggil aku jambu ke apa, kereta aku ikut suka aku lah..haha..

Rubik's Cube

















Rubik's Cube. Dalam bahasa melayu pula, Kiub Rubik. Hehe mainan ni adalah mainan kegemaran aku sejak dari kecil. Namun seingat aku hanya beberapa kali je aku berjaya selesaikan sewaktu ketika dahulu. Itu pun aku rasa kebetulan je kot..

Kini, aku beli sekali lagi kiub ni dan letakkan di dalam kereta. Fungsinya bila aku bosan ketika tersangkut dalam kesesakan lalu lintas ataupun sementara menunggu seseorang, ini lah mainan aku untuk hilangkan bosan. Malangnya, sejak beli dari bulan lepas, aku masih belum dapat selesaikan permainan ni. Ha ha ha..

Tanya Sama Pokok

Tanya pada pokok apa sebab goyang,
Nanti jawab pokok angin yang goncang,
Tanya sama langit apa sebab hujan,
Nanti jawab langit tanyalah awan.

Awan nanti kata aku kandung air,
Sampai tempat sejuk aku pun cair,
Tengok dalam air nampak bayang-bayang,
Campak satu batu bayang pun hilang.

Tanya sama hati apa rasa sayang,
Adakah tandanya nampak dipandang,
Kumbang rayu bunga bulan dan bintangnya,
Punya tanda-tanda hubungan mesra.

Tanya sama hati pernahkah merindu,
Tiba masa lena apa mimpimu,
Masa berjauhan apa nan dikenang,
Bila difahamkan itulah sayang.

Jikalau tidak kerana sayang,
Kuntuman kasih tak mungkin kembang,
Andainya jemu mengganti rindu,
Jambangan mesra tentulah layu.

Tanya sama hati pernahkah merindu,
Tiba masa lena apa mimpimu,
Masa berjauhan apa nan dikenang,
Bila difahamkan itulah sayang.


*Semasa aku kecil dahulu, aku memang faham 2 rangkap yang pertama sahaja. Hari ini melodi Tanya Sama Pokok terngiang ngiang di mindaku dan aku tergerak untuk menghayati lirik sebenar lagu ini. Ternyata P.Ramlee memang puitis. :)

Saturday, July 4, 2009

Tiga beradik, tiga haluan.

Kadang kadang, kita tak rasa yang masa berlalu dengan pantas. Tadi aku baru balik dari KLIA. Aku bersama keluarga menghantar abang untuk berlepas ke kota Paris, France. Kali ni abang bekerja di sana pula. Baru sebulan lepas abang baru pulang dari Jeddah,setelah setahun bekerja di sana. Kira kira jarak umur aku dan abang hanya beza 3 tahun. Masih aku ingat, zaman kanak kanak..kami bermain bersama..dimarahi ketika nakal bersama..bergaduh pun bersama. Heee, hari ini bila dikenang kembali, semua itu telah pun berlalu. Zaman kanak kanak, awal remaja telah pun berlalu.

Sekarang? Masing masing sudah besar dan mempunyai haluan hidup masing masing. Abang dalam bidang pembinaan (Juru Ukur Bahan), aku dalam bidang media (insyallah)dan adik perempuan aku pula dalam jurusan undang undang. Semoga kami adik beradik berjaya dalam haluan masing masing . :) Terima kasih mama dan ayah atas kepercayaan dan kebebasan yang telah diberikan kepada kami untuk memilih haluan tersendiri.

Thursday, July 2, 2009

Kevin Zahri beri 10 tips untuk kempiskan perut.

Tips ni adalah diperlukan oleh aku yang sememangnya mempunyai perut yang melebihi paras dada. (Boroi la tu)..
  1. Penting kualiti daripada kuantiti! Tidak perlu melaku beratus-ratus sit ups setiap hari! 1 ataupun 2 sessi seminggu dengan latihan berkualiti adalah lebih baik. Don’t overtrain.

  2. Untuk merangsangkan otot abs anda setiap sessi, pelbagaikan latihan abs ! Gunakan latihan yang berbeza untuk latih abs daripada sudut yang berbeza. Bahagian abs termasuk, upper, mid, lower dan obliques.

  3. Fokus kepada contraction otot abs semasa latihan! Make sure its your abs that is doing the work dan bukan bahagian otot yang lain (back, leher dll).

  4. Fokus kepada pernafasan. Hembus nafas ketika “exertion” (ataupun ketika melakukan “crunch”). Ini akan membolehkan anda contract otot abs dengan sebaik mungkin

  5. Untuk sessi workout abs, lakukan 2-3 latihan yang berbeza. Sebagai panduan, stick to 3 set bagi setiap exercise dan 15-20 ulangan (reps) bagi setiap set!

  6. Latihan abs yang terbaik tidak akan menolong anda untuk kempiskan perut selagi adanya lapisan lemak antara otot dan kulit!

  7. Penjagaan makanan adalah mustahak untuk memeliki bahagian perut yang cantik! Elakkan makanan berminyak, garam. Minum banyak air dan pastikan anda mengamalkan diet yang seimbang.

  8. Look after your calories. Seperti mana yang saya katakana dahulu, anda harus create calorie deficit untuk membakar lemak berlebihan!

  9. Latihan cardio ataupun bersukan adalah cara yang sesuai untuk membakar calorie berlebihan! It also makes dieting easier as kita tidak perlu jaga pemakanan dengan terlalu rapat!

  10. Jika anda telahpun kurangkan lemak badan tetapi tidak lagi nampak abs yang cantik, kurangkan pengambilan sodium (yang takung air badan) dan make sure semasa latihan, abs are fatigued. Tingkatkan ulangan ataupun beban jika perlu!

Tuesday, June 30, 2009

Bila mama bercerita...

Sejak dari kecil hingga ke hari ini, aku dibesarkan dengan cerita cerita motivasi. Mama merupakan kaunselor di sebuah IPTA dan kebiasaannya semasa makan malam atau ketika kami sekeluarga berada di dalam kereta mama akan bercerita kisah kisah motivasi. Ada juga pada beberapa ketika mama akan menceritkan situasi yang berlaku dalam kehidupan seharian termasuk ragam pelajar di universiti, mama akan meminta pendapat anak anaknya. Memandangkan abang jarang berada di rumah maka akulah anak yang menjadi sasaran untuk melemparkan pendapat.

Ayah pula merupakan seorang yang besifat tenang dan cara ayah menceritakan kisah motivasi melalui pendekatan sirah islam dan surah surah . Ayah selalu menceritkan kisah kisah nabi dan pada penhujung cerita itu, kami si anak anak dikehendaki untuk mengeluarkan pendapat masing masing. Ayah lebih suka anak anaknya berfikir dan apabila kami agak “slow” untuk mentafsir barulah ayah akan “menyuap” kepada kami teladan daripada cerita-ceritanya. Lagi satu perkara ialah ayah dan mama gemar memberi teka teki dan kami akan bertukar tukar jenaka.

Tadi, seorang ajen insuran datang ke rumah aku.Ayah tak ada kat rumah sebab ada dinner,maka mamalah melayan tetamu. Dalam 2 jam lebih dia datang berborak. Dia wanita berbangsa Cina bernama Joane, awal 20an dan mempunyai penampilan yang menarik. Bisnes woman lah katakan. Aku seperti biasa, kalau ada tetamu datang aku lebih gemar duduk di tingkat atas sambil menghadap computer atau menonton tv. Aku dahaga dan turun untuk membuat minuman. Masa nak naik atas balik, sempat juga aku menjeling..eh comel juga amoi ni..haha aku pun terus naik ke atas dan melayari Facebook. Kemudian mama panggil turun dan aku pun turun untuk ucap selamat tinggal kepada tetamu. Kami iringi amoi Joane sampai ke kereta di luar rumah.

Kemudian aku dan mama masuk, dan menjamah sedikit makanan sambil berbual dengan mama. “Kesian kat Joane, dia baru putus cinta” kata mama. Aku pun macam terkedu, ha tadi tu datang untuk sesi luahan perasaan ke? Mama mengangguk,Joane datang untuk bincang hal bisnes sekejap lepas tu baru sambung perbualan. Joane bertanya kepada mama tadi, “adakah tuhan akan memberikan apa yang kita minta?” . Kata mama berat juga soalan ini sebab yang menanyakan ini bukan orang islam dan katanya tidak mengamalkan mana mana agama. Mama menjawab dengan seringkas mungkin supaya Joane mudah untuk memahami.

Kata mama, tuhan ada menyatakan bahawa.. “Kadang kadang manusia ni sombong, tak mahu memohon kepadaNya. Ada manusia yang tamak,semua perkara nak buat sendiri tanpa memohon doa. Tuhan akan memberikan apa yang kita minta samada baik atau buruk dan setiap yang berlaku itu ada sebabnya. Kadang kadang tuhan tak memberikan apa yang kita minta itu pada masa yang kita mahukan kerana tuhan ingin mengurniakan sesuatu yang lebih bermakna daripada apa yang kita minta tanpa kita jangka”.

Sedang kami anak beranak sedang berbual bual, satu SMS masuk ke telefon bimbit mama, Joane menghantar mesej. Dia ucap terima kasih untuk tadi dan mama membalas dengan kata kata semangat. Mama harap Joane tabah lalui semua dugaan.