Klik untuk lihat iklan menarik
Wednesday, March 9, 2011
Sehari 24 jam, seminggu 7 hari
Friday, January 21, 2011
Satu, dua..Subhanallah
Jam dinding aku berdetik. dari kiri ke kanan *tik tok tik tok*
Bunyi detik jam macam suruh aku berfikir. *tik tok tik tok*
Cuba kita berdiri, duduk, sujud. Lihat anggota tubuh badan
Tangan ada dua
Kaki ada dua
Mata ada dua
Telinga ada dua
Otak/akal ada satu
hidung ada satu
mulut ada satu
tekak ada satu
jantung ada satu
hati ada satu
perut ada satu
pusat ada satu
kemaluan ada satu.
segala yang satu semuanya di tengah-tengah.
Dia cipta semua ada sebab. Suruh kita jaga elok elok. Terutamanya yang ada "satu", kalau anggota lain rosak, masih punya lagi satu..tapi kalau yang "satu" gagal dijaga.. Wallahualam. Subhanallah..
Yang benar,
Syahmi. Bukit Bandaraya Shah Alam.
Friday, December 17, 2010
Dawai Kokot
Dalam kecewa ada ketawa
Dalam tenang ada gusarnya
Bisik akal kepada hati
Berapa lama sanggup menunggu
Melepaskan kata kata
Lantas diri keseorangan
Menakluki tak bererti memiliki
Apalah ertinya memiliki
Jika tidak memahami
Monday, December 6, 2010
Saturday, December 4, 2010
Penyiaran. Alih-alih ke periklanan.
Rasa terpanggil untuk menconteng perasaan. Tapi bukan di atas kertas. Nanti aku ketuk-ketuk papan kekunci ini. 5 tahun dengan impian yang berlainan(penyiaran), 6 bulan dengan pengalaman baru dalam dunia periklanan. Coretan dari kaca mata si setahun jagung.
Akan datang dalam masa terdekat ini :)
Monday, November 22, 2010
Bila wujudnya was was
Apabila terlalu banyak berfikir, aku jadi bimbang. Bimbang sekiranya tindakan yang diambil itu bakal memudaratkan. Memang benar “setiap orang melakukan kesalahan”. Tetapi jika kita punya peluang dan ruang untuk menyelamatkannya, mengapa harus ditolak?
Perkara halal haram makhruh sunat dan wajib ini seringkali bermain difikiran. Tanpa rasa jemu, ianya sentiasa berlegar legar tanpa perlu disuruh. Ibarat suis lampu yang telah rosak, di cuba untuk tutup macam mana pun, lampu itu terus menyala. Cahaya cahaya cahaya!
Setiap tindakan yang diambil, punya risikonya tersendiri. Ada yang besar dan ada yang kecil. Jika aku sebuah jentera, maka tindakan aku lebih mudah. Aku hanya perlu bertindak mengikut koordinasi. Bezanya,selain daripada hadiah fizikal manusia diberi 2 hadiah bonus oleh tuhan. Hadiah pertama ialah nafsu bersama satu pakej perasaan yang dijana oleh hati. Hadiah seterusnya adalah akal. Siapa kuasai siapa?
“Ya Allah yang maha besar lagi maha mengetahui, ampunkan dosa dosaku. Kau berikanlah segala yang terbaik buat hambaMu yang lemah ini”
Monday, November 8, 2010
Kembara Kalam
Kalam dan bumi
Gunung gunung egois didaki
Sehingga ke puncak
Sampai tiba dipersinggahan
Kalam berhenti
Memerhatikan keindahan
Sambil menoleh kebelakang
Perhatikan saja
Dan diri terasa kerdil
Mencangkung di dunia
Haruskah kalam terus berada
Atau turun dari puncak itu
Sudah janjinya pada rakyat
Kalam akan menaklukinya.
Monday, October 18, 2010
Cinta Si Cenderawasih
Cenderawasih.
Hidupnya dikayangan. Keagungannya disanjung.. dari orang kebanyakkan hinggalah ke istana. Meskipun tidak ada yang dapat menzahirkan kewujudannya semasa hidup, namun dalam hikayat tersebar akan kelebihannya.
Biar tak pernah melihat, namun ramai yang mempercayainya. Terdetik juga rasa ragu, benarkah apa yang dipercayai..apa yang dirasai.. Keagungannya diangkat, keperibadiannya dikenang.
Cenderawasih adalah cinta. Tidak ada sesiapa yang melihatnya hidup, tapi bila ianya mati.. kisahnya hidup kembali. Siapa yang mampu menggambarkan secara terang terangan?
Cenderawasih hanyalah makhluk ciptaanNya. Terbang kataNya maka terbanglah ia.
Saturday, October 16, 2010
Rusuk kiri?
Apabila memandangnya
Aku kagum dengan ilahi
Kerana hanya tuhan
Yang mampu menciptakan
Menghidupkan
Keindahan dan kejelitaannya
Wednesday, October 6, 2010
Fasa baru, pra hijrah
Sunday, August 29, 2010
Wednesday, August 25, 2010
contoh ayat orang lelaki tidak suka
Sunday, June 20, 2010
Tuesday, June 15, 2010
Khabarnya
Bagaimana kabarmu di sana
Semoga lebih tenang
Cuaca hari ini sukar dijangka
Seperti puisi
Boleh jadi indah
Boleh jadi parah
Seterusnya apa rancanganmu
Aku bosan sendirian di sini
Masa semakin singkat
Temanku, laksanakan saja
Impian impian itu.
Wednesday, June 9, 2010
Terpesona.
Owh gila. Pernahkah anda melalui satu pengalaman apabila bercakap dengan seseorang yang baru anda kenali , anda begitu terpesona dengan setiap tingkah lakunya. Apabila si dia berkata-kata, anda hanya mampu merenung ke wajahnya sambil berkata “fuhh cantiknya dia ni..”. Tanpa berkelakuan yang menjengjelkan anda hanya mampu menyelindungkan perasaan yang sedang dilalui ketika berdepan dengannya. Aneh, magik tapi itulah yang aku sempat lalui. Aku dah jumpa macam macam orang, tapi peristiwa tadi memang menarik. Alien J
Monday, May 24, 2010
Basikal tua
Kami berbasikal bersama
Dia membawa gitar
Aku bersama nota
Kami alunkan lirik dan melodi
Dia menyanyi
Aku melirik kata kata
Memang indah semuanya
Memang tenang mulanya
Sehinggalah dia hadir
Mengubah laluan
Kini lirik jadi sejarah
Bukan lagi impian
Mahupun harapan
Dia hadir, tanpa diduga
Dia hadir menghiris jiwa
Kau tenang bersamanya
Aku linangi semuanya
Semua sudahpun berlalu
Izinkanku pergi dulu
Berbahagialah disampingnya.
Monday, May 10, 2010
Kosong adalah anugerah
Kekosongan itu anugerah
Rindu adalah satu hadiah
Kecelaruan itu tanda tanya
Adakah benar, apa yang dirasa
Ke mana harus ku tuju
Dengan siapa harus aku kongsikan
Lemah itu satu kesempurnaan
Supaya kekuatan datang melengkapi
Ruang ruang kosong
Ya benar, kosong itu anugerah.
Friday, April 30, 2010
I hate politics. Saya benci politik. Gua tak suka politikus. I give you candy, you senyum. Cakap dengan cermin boleh la..
I hate politics. Saya benci politik. Gua tak suka politikus. I give you candy, you senyum. Cakap dengan cermin boleh la.. Definisikan apa itu politik? Majoriti akan terbayang , gabungan neuron dalam otak bercantum mengkombinasikan satu gambaran satu gerakan, satu organisasi berstruktur yang dikawal oleh sekelian manusia. Kumpulan manusia ini mempunyai matlamat untuk dicapai. Punya satu ketua, dan anak buah meleret hingga ke bawah.
Masing masing di antara kita memang tak boleh lari dari tanggapan tersebut. Kita mengatakan bahawa politik ini tiada faedah, membuang masa dan kadang kala boleh mendorong kita berkelakuan seperti kanak kanak yang berebut gula gula. Bila dapat gembira, tak dapat tarik muka. Tak suka politik? Oh ya, politik ni mesti bergerak dalam kumpulan..
Ada juga yang mengatakan orang politik ni gemar untuk hidup mewah, mendapat perhatian dan sebagainya. Tapi tak semua la, sesetengah sahaja. Anda bagaimana? Aku macam mana? Baiklah, suka atau tidak..kita adalah ahli politik kepada hidup masing masing. Norma, lumrah manusia..mulut boleh kata tidak, biasalah “Id Ego & Super Ego”. I give you candy , you senyum. Cakap dengan cermin boleh la..
*Lalok*
Thursday, April 29, 2010
Lagi Lagi
Hah, kenapa jadi
Kenapa?
Perasaan itu kembali
Sedangkan aku tahu
Itu tak sepatutnya berlaku
Aku insan biasa
Mudah goyah
Kerna punya jiwa.
Tabahkan aku.
Monday, April 26, 2010
Lumpur
Desire, kemahuan
Pasti ada dengannya
Liku liku stream
Aliran seiring bersama
Lontarkan semuanya
Biar panas biar terik
Perit lagi tekak
Bodoh sampai dungu
Siapa?
Mereka mereka
Apa perlu lakukan?
Biarkan saja.