Sekolah tinggi kehidupan
Pendeta terus berkata kata
Dalam gelap kita adalah sama
Detik di dalam kegelapan
Adalah sukar untuk dibolosi
Adatnya kerna sewaktu cerah
Kita sering alpa pabila
Dilimpahi saat selesa.
بسم الله الرحمن الرحيم .Kanan Atau Kiri
Sifatmu mengajarku
Langkahmu mengingatkanku
Setiap pergerakan adalah seni
Tawamu menenangkanku
Penawar ketika sunyi
Kekasaranmu menghidupkanku
Supaya bangkit dari tidur
Batu jadi madu, gula jadi hempedu
Kau hilang aku kaku
Kerna ibarat isi dan kuku
Sesungguhnya tanpa semangatmu
angan angan akan menjadi debu.
“Ibarat melepaskan batuk di tangga”. Anda pasti selalu mendengar peribahasa ini bukan? Ada yang memahami sepenuhnya dan ada yang hanya menurut tanpa usul periksa. Secara rambangnya ramai di kalangan kita memahami maksud peribahasa ini, bermaksud melakukan sesuatu sambil lewa. Namun apakah relevannya perkataan batok dan tangga?
Mari aku berkongsi pengalaman aku dalam memahami peribahasa ini. Ketika aku kecil sehinggalah masuk ke sekolah menengah, aku seringkali mendengar peribahasa ini. Sampai satu masa aku terfikir apa kaitan batuk dan tangga? Sampailah suatu hari aku memahami isi sebenar peribahasa tersebut. Batuk yang dimaksudkan bukan batuk akibat penyakit.
Batuk di dalam Kamus Dewan Edisi keempat di bawah kata ‘batok’. Perkataan ‘batok’ membawa maksud tempurung di dalam bahasa Jawa. Ejaan Rumi lama untuk perkataan ‘batuk’ adalah ‘batok’. Batok ini merujuk kepada tempurung kelapa yang digunakan secara tradisi untuk menceduk air dari tempayan bagi membasuh kaki. Jadi apabila seseorang pada zaman dahulu setelah selesai membasuh kaki di sekitar tangga, dia akan mencampak batok tersebut ke dalam tempayan.
Jadi kepada para pembaca semua, jika kita mendengar sesuatu peribahasa, elakkan menerima secara bulat-bulat. Jika ada masa maka kajilah terlebih dahulu supaya kita akan lebih memahami sesuatu perkara. Sekian.
Ada yang rasis
Ada yang oportunis
Ada yang angkuh
Mencari teman bila susah
Di mana sejadah?
ada yang bersejadah
ketika malu alah
Gelaran tinggal nama
Persis kepada
Seniman terhebat
Bergerak dalam kepompong
Kacang lupakan kulit
Sentak?
Siapa makan cili
Dia rasa pedas
Kau dah berubah
Nak ajak aku main wayang?
Aku beli semua tiketnya.
Peminta sedekah kecil jalanan,mat rempit, bohsia, bohjan, kutu jalanan. Semuanya dikategorikan dalam perspektif negatif kan? Mengapa ya, mereka boleh jadi sebegini? Terlintas satu di fikiranku adalah ketandusan kasih sayang dan perhatian. Jika dari kecil mereka diasuh, dididik (mengikut cara islam) mendapat perhatian dan diberi perlindungan sepenuhnya, barangkali kecenderungan untuk ke arah lembah hitam itu akan berkurangan. Mencurahkan kasih sayang tidak bermaksud ibarat "menatang minyak yang penuh" seratus peratus. Tindakan ini juga boleh "membunuh" zaman kanak-kanak mereka.
Apa yang pasti, biarlah seorang anak kecil melalui zaman kanak-kanaknya seperti kanak-kanak biasa. Jika salah landasan, hari ini mereka nampak menerima, mungkin esok hari memberontak apabila meningkat usia. "Jika kaki bersaiz 5, diberi kasut saiz 6, lama-lama kaki akan melecet juga." Begitu juga jika sebaliknya.
Jadi apabila kita melihat golongan yang dipandang negatif di atas, kita cuba fahami, jangan menilai seseorang pada pandangan pertama. Mungkin sejarah hidupnya tak sama dengan kita. Bersyukur dan terima kasih pada ayah dan bonda yang berjaya mendidik, memberi kasih sayang dan perhatian kepada kita, sehingga tahu berpijak di bumi yang nyata.
Apabila pertahanan dalaman lemah
Hati jadi amat rapuh
Sekental kental jasad
Mampu tumbang dengan manik kaca
Diri seakan-akan zombie
Yang melata tanpa destinasi
Jasad kata dadah
Hati kata musnah punah
Apa yang kau mahu
Apa yang aku perlu
Perjalanan masih jauh
Jika capek dalam perantauan
Barangkali perlu berehat
Untuk menyedut udara segar
Agar berjaya ke destinasi.
Khalifah, sebut sahaja perkataan ni ramai yang tahu, pernah dengar. Namun bagaimana pula dengan pemahamannya? Barangkali ada dikalangan kita pernah mempunyai pengalaman dimana kediaman mereka didatangi oleh golongan tablik atau mesra dengan panggilan “orang surau”.Terdetik rasa di dalam hati ini untuk melontarkan pandangan terhadap perkara ini. Berdasarkan pengalaman aku semasa di kolej, rumah dan beberapa tempat lain, reaksi menerima secara terbuka adalah amat jarang berlaku. Bagaimanakah perkara ini boleh terjadi?
Baiklah, aku ingin berkongsi pengalaman ketika aku berada di kolej. Pada suatu malam, ketika aku sedang membuat tugasan kuliah di bilikku, kedengaran pintu utama diketuk bertalu talu. Aku pun membukanya dan kelihatan terpacul 3 orang lelaki yang datang dari surau di tingkat bawah. Aku lihat rakan-rakan serumahku yang lain ada yang menyorok di dalam bilik dan ada yang berpura-pura tidur.
Memandangkan aku sudah membuka pintu maka dengan tiada pilihan aku menjemput mereka masuk. Aku sudah masak dengan objektif mereka. Hati aku rigid. Kepala aku melayang memikirkan tugasan aku masih belum siap, esok nak kena hantar. Hati aku bebal, kenapalah mereka ni sibuk aja nak berceramah. Aku ni bukan lah tidak sembahyang, Cuma kurang turun ke surau aja. Macam –macam tanggapan meleret di fikiranku. Ini semua bisikan iblis.
Sekeras-keras hati manusia, apabila terkena cara yang kena gayanya maka boleh lembut juga. Dalam perlahan-lahan aku mula mendengar apakah isi kandungan yang tersirat dibawa oleh mereka. YA, tanggungjawab sesama orang islam!. Mereka bukanlah dibayar gaji, mereka bukanlah memegang apa-apa jawatan, tidak ada kepentingan peribadi pun. Subhanallah..kenapa aku sebelum ini keras sangat hati. Tepuk dada tanya iman, berapa kerapkah aku mengajak sesama umat untuk melakukan kebaikkan?
Kadang-kadang, perlu diingat , tugasan sebagai khalifah di muka bumi ini bukanlah “menjaga tepi kain orang”. Khalifah sebagai pembimbing, saling menasihati agar tidak ada yang terpesong. Kini jika kita lihat, golongan yang ke 3 (songsang) semakin rancak bercanda. Tidak segan dan silu, bangga pula lagaknya. Mereka taksub dengan pegangan demokrasi. Apabila ada yang menegur, meluap luap laharnya. Macam lava dari gunung berapi. Memang benar dosa pahala tuhan yang tentukan, azab kubur masing-masing. Namun terlupakah , bagaimana dengan persekitaran?
Kita ambil kira yang terdekat. Keluarga, ayah dan bonda, mereka akan dihisab. Bagaimana mereka mendidik anak-anak. Subhanallah, dosa yang kita lakukan dari kecil pun belum tentu kita dapat tampung sekarang. Inikan pula mahu menambah seksa kepada ayah dan bonda. Perkara kedua, tentang bala. Kita hidup dalam komuniti. Punya qari’ah. Jika satu kaum melakukan kesalahan tanpa ada usaha untuk membendung, maka tidak mustahil Allah akan menurunkan bala kepada kita. Maka ,hitung hitung kembali, jari tercucuk jarum pun kita sudah berdesing kesakitan. Inikan pula hari pembalasan. Tuhan, sesungguhnya aku insan yang kerdil diantara ciptaan-MU. Bantu aku dalam menepis bisikan syaitan nirrajim!