Khalifah, sebut sahaja perkataan ni ramai yang tahu, pernah dengar. Namun bagaimana pula dengan pemahamannya? Barangkali ada dikalangan kita pernah mempunyai pengalaman dimana kediaman mereka didatangi oleh golongan tablik atau mesra dengan panggilan “orang surau”.Terdetik rasa di dalam hati ini untuk melontarkan pandangan terhadap perkara ini. Berdasarkan pengalaman aku semasa di kolej, rumah dan beberapa tempat lain, reaksi menerima secara terbuka adalah amat jarang berlaku. Bagaimanakah perkara ini boleh terjadi?
Baiklah, aku ingin berkongsi pengalaman ketika aku berada di kolej. Pada suatu malam, ketika aku sedang membuat tugasan kuliah di bilikku, kedengaran pintu utama diketuk bertalu talu. Aku pun membukanya dan kelihatan terpacul 3 orang lelaki yang datang dari surau di tingkat bawah. Aku lihat rakan-rakan serumahku yang lain ada yang menyorok di dalam bilik dan ada yang berpura-pura tidur.
Memandangkan aku sudah membuka pintu maka dengan tiada pilihan aku menjemput mereka masuk. Aku sudah masak dengan objektif mereka. Hati aku rigid. Kepala aku melayang memikirkan tugasan aku masih belum siap, esok nak kena hantar. Hati aku bebal, kenapalah mereka ni sibuk aja nak berceramah. Aku ni bukan lah tidak sembahyang, Cuma kurang turun ke surau aja. Macam –macam tanggapan meleret di fikiranku. Ini semua bisikan iblis.
Sekeras-keras hati manusia, apabila terkena cara yang kena gayanya maka boleh lembut juga. Dalam perlahan-lahan aku mula mendengar apakah isi kandungan yang tersirat dibawa oleh mereka. YA, tanggungjawab sesama orang islam!. Mereka bukanlah dibayar gaji, mereka bukanlah memegang apa-apa jawatan, tidak ada kepentingan peribadi pun. Subhanallah..kenapa aku sebelum ini keras sangat hati. Tepuk dada tanya iman, berapa kerapkah aku mengajak sesama umat untuk melakukan kebaikkan?
Kadang-kadang, perlu diingat , tugasan sebagai khalifah di muka bumi ini bukanlah “menjaga tepi kain orang”. Khalifah sebagai pembimbing, saling menasihati agar tidak ada yang terpesong. Kini jika kita lihat, golongan yang ke 3 (songsang) semakin rancak bercanda. Tidak segan dan silu, bangga pula lagaknya. Mereka taksub dengan pegangan demokrasi. Apabila ada yang menegur, meluap luap laharnya. Macam lava dari gunung berapi. Memang benar dosa pahala tuhan yang tentukan, azab kubur masing-masing. Namun terlupakah , bagaimana dengan persekitaran?
Kita ambil kira yang terdekat. Keluarga, ayah dan bonda, mereka akan dihisab. Bagaimana mereka mendidik anak-anak. Subhanallah, dosa yang kita lakukan dari kecil pun belum tentu kita dapat tampung sekarang. Inikan pula mahu menambah seksa kepada ayah dan bonda. Perkara kedua, tentang bala. Kita hidup dalam komuniti. Punya qari’ah. Jika satu kaum melakukan kesalahan tanpa ada usaha untuk membendung, maka tidak mustahil Allah akan menurunkan bala kepada kita. Maka ,hitung hitung kembali, jari tercucuk jarum pun kita sudah berdesing kesakitan. Inikan pula hari pembalasan. Tuhan, sesungguhnya aku insan yang kerdil diantara ciptaan-MU. Bantu aku dalam menepis bisikan syaitan nirrajim!
1 comment:
hahaha..
aku antara yang suka menyorok tu.
sebab tengah togel main game. :p
Post a Comment