Apabila jalan yang aku lalu itu sudah biasa,
aku seakan-akan rigid dengan pengalamanku.
Setiap kali aku mencuba jalan baru
Pasti di persimpangannya destinasi yang sama
Aku bertanya adakah ini déjà-vu?
Aku cuba kosongkan minda
Berfikir bahawa setiap ciptaan adalah berbeza
Namun setiap kali aku mencuba
Sudah aku tahu bagaimana kesusahannya
Bila, dimana dengan siapa?
Aku masih menanti dengan yakin
Dan pasti satu masa rigid aku
Akan hapus apabila sudah sampai serunya.
No comments:
Post a Comment