Apabila sebut sahaja lintah, pasti pelbagai tindak balas spontan yang kita dapat lihat dari mimik muka pendengarnya. Geli, takut dan pelbagai persepsi negative akan keluar bertalu-talu dari mulut yang pernah mengalami pengalaman yang menggelikan.
Mari kita kaji sedikit sebanyak sifat lintah ini. Semua spesis lintah adalah karnivor dan kebanyakannya adalah "Sanguivorous", pemakan jenis parasit penghisap darah. Sebahagian adalah pemangsa, memakan invertebrata seperti siput, larva serangga dan krustasia. Selepas makan ia rehat di tempat gelap untuk menghadamkan makanan. Penghadaman adalah perlahan membolehkan lintah hidup untuk tempoh berbulan-bulan tanpa makanan.
Mengikut kajian, lintah yang biasa digunakan dalam perubatan di Malaysia ialah dari spesis Hirudinaria manillensis. Lintah digunakan untuk bekam kerana hirudin di dalam air liurnya merupakan bahan pengantikental yang membenarkan darah mengalir dengan lancar.Kebisaannya lintah digunakan semasa proses berbekam dimana akan menghisap darah kotor yang dikeluarkan dari badan manusia.
Namun,apa yang menariknya, lintah tidak akan menghisap darah pesakit yang mempunyai darah HIV. Jika kita meletakkan lintah di atas kulit pembawa HIV tersebut, lintah itu tidak akan menghisap darahnya. Kuasa Allah, siapa tahu bukan? Allah Maha mengetahui. Jadi marilah kita renung-renungkan..setiap ciptaan ada fungsinya.
No comments:
Post a Comment