Klik untuk lihat iklan menarik

Wednesday, November 11, 2009

Arkitek , Jurutera, Doktor?


Kira kira pada era sekitar 1980an, merupakan zaman aku sewaktu kanak kanak.. aku membesar seperti kanak kanak normal yang lain. Aku dibesarkan dengan permainan seperti Lego, kereta kawalan jauh, play-doh dan beberapa alat permainan lain yang sewaktu dengannya.

Sewaktu aku bermain lego, aku seringkali membayangkan suatu hari nanti aku bakal menjadi seorang arkitek atau jurutera. Mengapa? Kerana aku rasa seronok mencurahkan idea aku tanpa larangan dari mana mana pihak. Aku rancang, aku usaha dan aku bina ciptaan yang aku idamkan menggunakan bongkah bongkah kecil lego tersebut.

Hari ini, aku berpijak di bumi yang nyata. Untuk mencipta dan mendapatkan sesuatu, tidak semudah yang diramalkan. Namun satu perkara yang hakiki adalah, meskipun aku bukanlah arkitek yang melakar untuk membina banggunan aku tetap bergelar arkitek. Walau apa yang terjadi kita tetap akan kekal bergelar arkitek,jurutera, doktor , peguam , tentera ataupun apa sahaja untuk diri sendiri. :)

No comments: