Klik untuk lihat iklan menarik

Friday, July 31, 2009

Badut









Bila badut menangis

Kita ketawa

Hahaha berdekah

Siapa badut?

Owh ya si hidung merah

Seluarnya besar

Jalannya terlompat lompat

Dirinya kelihatan ceria

Siapa badut?

Kau atau aku?

Aku tanya !

Siapa badut?

Penghibur hati hati kosong

Rasa rasanya

Badut punya rasa malu?

Thursday, July 30, 2009

Ali Setan (1985)




Ali Setan. Filem tahun 1985. Aku pun belum lahir. Namun, sampai hari ni aku tak jemu jemu untuk tengok filem ni berulang kali. Kenapa? Cuba teliti jalan cerita dan skripnya. Memang baku tapi bagi aku terdapat beberapa elemen yang boleh buat penonton merasai feel dalam setiap babak. Aku sukakan latar masa dan tempat di IPTA yang dibawa pada masa tersebut. Boleh rasa feel sebagai pelajar dan suasana 'campus life'. Kalaulah kat masscomm hari ni ada suasana macam dulu. :)

Tuesday, July 28, 2009

VTEC
















Dah dua hari berturut turut aku bawa pergi "tuning engine". Kelmarin balik je dari bengkel tiba tiba host untuk ke connector boleh tercabut la pulak.. Nasib baik dapat detect, kalau tak..bahaya sebab gas keluar sekitar engine. Maka hari ni berkampung lagi lah aku kat bengkel. Engine Honda CRV ni pakai sistem i-VTEC, maka cara nak setting agak lain sedikit. He he he sekarang engine dah re-tune maka bolehlah 'kuda' dengan mantap & selamat :)

Lamunan..

Dah lamaaaaaaaa benar aku tak berlatih tinju siam@tomoi. Kira kiranya sejak masuk UiTM, sejak tu la makin merosot dan terus merosot. Hari ni haha saja je nak try warm up balik. Hasilnya? Amat kelakar sebab teramaattt lah pancit. Bayangkan seorang gemuk yang cuba untuk menumbuk dan menendang dengan penuh bergaya. Lemak lemak tegar kini menyelaputi badan. Ha ha ha..

Disebabkan dah lama aku memanjakan otot otot badan, maka ada beberapa buah skill yang aku tak boleh nak buat. Aku dah tak boleh nak buat regangan 180 darjah. Kalau paksa juga memang terkehel lah peha aku. Stamina cardio aku memang totally out! Tak sampai 5 minit pun aku dah mula tercungap cungap. Errrrr…. Rasanya malam ni atau esok baru akan rasa sakit sakit badan. Siaplah kau syahmi..ha ha ha..

Namun apa apa pun, speed punch aku masih kekal. Maknanya boleh tumbuk solid lagi la.. Buah siku pun boleh lagi la *nak sedapkan hati je*.. Kesimpulannya, aku hanya boleh jadikan tomoi sebagai aktiviti bersenam je buat masa dan keadaan sekarang. Sergo dan Mat Tiger pun dah banyak kali ajak turun balik gelanggang untuk bersama sama pelatih baru. Dah makin cantik gym kat sana. Hmm…segan pun ada sebab kalau nak tunjuk demo kat budak baru, trainer pun kantoi pancit. Ha ha ha..

Satu perkara yang bagi aku kejayaan peribadi adalah aku dah berjaya kawal dan lenyapkan baran aku kot.. 5 tahun..satu jangkamasa yang panjang. Satu jangkamasa yang lama untuk aku lenyapkan luka zaman gelap. Jika ada masa nanti aku update sejarah baranku. Kerana tinju aku salah guna panas baran, kerana tinju juga aku rawat baranku..*Memang sakit kalau dikenang, tapi biarlah sebagai pengajaran untuk aku* Moga boleh jadi anjakkan untuk aku pada masa depan…Setiap orang mesti ada dunia gelap masing masing kan? Dunia gelap aku biar aku je yang kenang. Bangun bangun.. :)

* Berhenti mengelamun*

Sunday, July 26, 2009

Tanda-tanda berbohong.















Bagaimana nak mengenali samada anda sedang dibohong? Tidak kira lelaki atau wanita, kalau dah kaki pembohong tu kawan baik pun digulainya hidup-hidup.Di bawah adalah tip-tip cara mengenali seseorang itu sedang berbohong..

Menyentuh hidung
Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila si dia bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkannya.

Menutup mulut
Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya.

Gagap
Apabila seseorang yang bercakap lancar dan licin tiba-tiba gagap merupakan tanda-tanda sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut berbohong. Jadi, jika anda bertanya pada teman lelaki/suami anda dan sidia gagap untuk menjawabnya, maka anda tahu membuat kesimpulan atas tindakannya itu.

Pergerakan mata
Orang yang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dengan memandang tepat pada mata mangsa. Oleh itu,sekiranya kelipan mata berkurangan dari kadar biasa, ini mungkin tanda berbohong. Sebaliknya, ada juga keadaan dimana sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkedip dengan banyaknya, ini merupakan tanda-tanda tekanan perasaan yang berkemungkinan disebabkan berbohong juga. Kerlipan mata yang normal sahaja menunjukkan dirinya tidak berbohong.

Melengah-lengahkan jawapan
Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta.

Resah
Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya. Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, ini berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong.

Kesimpulannya, sekiranya kita ingin mengesan sama ada seseorang itu berbohong, kita perlu sentiasa memerhatikan air muka dan gerak badannya dengan teliti. Body language sudah boleh menunjukkan sama ada dirinya berbohong atau tidak. Sebarang perubahan dari keadaan normal mungkin merupakan tanda orang tersebut berbohong.

Innuendo. Belaian Jiwa



Lagu ni memang evergreen. Dulu masa aku dan rakan-rakan pergi camping, lagu ni mesti wajib nyanyi. Pasang unggun api, seorang petik gitar akustik..dan.... :)

Troli pasaraya tu bersih tak?










Kalian tak rasa ke, antara objek yang kemungkinan boleh menyebar virus adalah troli di supermarket. Kita tak tahu,siapa yang memegangnya, dah berapa ramai pegang? Kalau dia bersin, tangan dia sebelum tu pegang apa apa yang kotor atau ada luka ke..kita memang tak tahu. Sebab mustahil lah pihak pasaraya nak buat servis mencuci pemegang troli tu setiap hari kan. Troli tu nampak bersih, tapi disebaliknya........hmm ?