Dah lamaaaaaaaa benar aku tak berlatih tinju siam@tomoi. Kira kiranya sejak masuk UiTM, sejak tu la makin merosot dan terus merosot. Hari ni haha saja je nak try warm up balik. Hasilnya? Amat kelakar sebab teramaattt lah pancit. Bayangkan seorang gemuk yang cuba untuk menumbuk dan menendang dengan penuh bergaya. Lemak lemak tegar kini menyelaputi badan. Ha ha ha..
Disebabkan dah lama aku memanjakan otot otot badan, maka ada beberapa buah skill yang aku tak boleh nak buat. Aku dah tak boleh nak buat regangan 180 darjah. Kalau paksa juga memang terkehel lah peha aku. Stamina cardio aku memang totally out! Tak sampai 5 minit pun aku dah mula tercungap cungap. Errrrr…. Rasanya malam ni atau esok baru akan rasa sakit sakit badan. Siaplah kau syahmi..ha ha ha..
Namun apa apa pun, speed punch aku masih kekal. Maknanya boleh tumbuk solid lagi la.. Buah siku pun boleh lagi la *nak sedapkan hati je*.. Kesimpulannya, aku hanya boleh jadikan tomoi sebagai aktiviti bersenam je buat masa dan keadaan sekarang. Sergo dan Mat Tiger pun dah banyak kali ajak turun balik gelanggang untuk bersama sama pelatih baru. Dah makin cantik gym kat sana. Hmm…segan pun ada sebab kalau nak tunjuk demo kat budak baru, trainer pun kantoi pancit. Ha ha ha..
Satu perkara yang bagi aku kejayaan peribadi adalah aku dah berjaya kawal dan lenyapkan baran aku kot.. 5 tahun..satu jangkamasa yang panjang. Satu jangkamasa yang lama untuk aku lenyapkan luka zaman gelap. Jika ada masa nanti aku update sejarah baranku. Kerana tinju aku salah guna panas baran, kerana tinju juga aku rawat baranku..*Memang sakit kalau dikenang, tapi biarlah sebagai pengajaran untuk aku* Moga boleh jadi anjakkan untuk aku pada masa depan…Setiap orang mesti ada dunia gelap masing masing kan? Dunia gelap aku biar aku je yang kenang. Bangun bangun.. :)
* Berhenti mengelamun*
2 comments:
nasib baik dah tak baran
kalau tak.. silap2 aku yg dok pot pet pok pet ni kene tumbuk..
adoiiiii..
;]
hehe, jgn risau..so far aku boleh kawal..kalau dah terdesak aku akan back off n cari punching bag ;)
setiap org ada limit kesabaran dia kan..
kekerasan bukan penyelesaian masalah :)
Post a Comment