Klik untuk lihat iklan menarik

Friday, July 10, 2009

NGV meletup lagi?










Kreatif itu bagus, tapi kalau kreatif tak bertempat..maka itu namanya mencari nahas. Hari ini Buletin Utama memaparkan berita “Bom Bergerak?” iaitu NGV@CNG. NGV merupakan sejenis bahan bakar berunsurkan gas yang digunakan sebagai bahan bakar alternative untuk kenderaan. NGV adalah Natural Gas Vehicle. NGV adalah lebih murah berbanding harga petrol. Selepas disubsidikan oleh kerajaan, harga seliter NGV adalah RM 0.68 sahaja.( Petrol RM 1.80)

Kebelakangan ini kita sering dengar kes kenderaan meletup akibat menggunakan NGV. Apa yang berlaku, kebanyakkan kes yang berlaku adalah akibat kelalaian pemandu itu sendiri (modifikasi tanpa ciri keselamatan). Untuk pengetahuan semua, tong gas NGV yang mengikut spesifikasi menggunakan tekanan kira kira 3000 PSI untuk system NGV. Bagi kes kenderaan yang meletup pula, mereka menggunakan tong gas masakan yang mana hanya mempunyai tekanan sebanyak 300 PSI SAHAJA. Memang la tong itu akan meletup kerana tak mampu nak tampung tekanan yang sepatutnya 300 menjadi 3000 PSI.

Tong gas NGV pula adalah amat kuat dan susah untuk pecah. Seperkara lagi fakta berkenaan NGV, system NGV adalah lebih selamat berbanding petrol kerana NGV bersifat gas, petrol pula bersifat cecair. Petrol lebih mudah terbakar berbanding gas. Honda CRV di rumah aku menggunakan system NGV, dan setelah lebih setahun aku sendiri yang menyelenggaranya, aku yakin NGV adalah selamat untuk dikomersialkan. Kat luar negara dah lama pakai, hanya di Malaysia yang masih kurang sambutan lagi.Kepada mat belia yang terlebih kreatif membuat modifikasi di luar sana, utamakanlah keselamatan. Jangan kerana nak jimat sehingga sanggup membahayakan diri.

Owh ya, lagi satu bukti sistem NGV diiktiraf selamat adalah dimana Fakulti Kejuruteraan Mekanikal UiTM sedang dalam proses untuk menambah silibus baru pengajian untuk sistem NGV. Aku mendapat maklumat terbaru ni daripada pegawai dari bengkel pemasangan NGV yang baru sahaja bermesyuarat dengan Ketua Program di fakulti tersebut.


1 comment:

nizam said...

Assalamualaikum.

Saya berminat nak tahu prestasi NGV pada Honda CRV. Setakat ini bila check forum ada yang kata ok, ada yang kata tak. Harap saudara tak keberatan berkongsi maklumat dengan saya.

Terima kasih.

Nizam (nizamboy@hotmail.com)