Klik untuk lihat iklan menarik

Friday, January 30, 2009

Lalang










Jangan jadi lalang
Ada manusia
Yang mudah goyah
Luarnya lagak kental
Retorikanya bermadah

Dalamnya lebih lembut
Dari agar agar
Apabila digertak gugup
Apabila sudah tewas
Tidak mahu mengaku
Diri yang bersalah
Segala ceruk dicari
Kesalahan insan lain

Kepalanya rigid
Dialah terbaik
Dalam semua perkara
Kelemahan emosi
Ego punca dibenci
Hatinya mulia
Tapi lagaknya dihina
Kalah itu bukan tewas
Tapi belum menang
Jangan malu alah

Jika mahu berjuang
Teruskan dan
Jangan ada hasad
Daki daki dendam
Jangan mudah lentur
Ibarat lalang ditiup angin
Ikutlah resam padi
Makin berisi makin tunduk

Ingatlah ada banyak mata
Yang sudah lama
Makan garam
Sekilas ikan di air
Sudah tahu
Jantan betinanya.



*Ramai pemimpin dalam negara tewas dalam perjuangan. Adat berjuang, ada menang dan sebaliknya. Barangkali apabila datang gangguan persekitaran, jiwanya mudah goyah. Matlamatnya terpesong dan emosinya meluap-luap. Aku doakan agar semangat juang yang mereka ada akan kembali ke cabang yang lebih positif. Mudah-mudahan..amin.

Tahniah Woods Peppermint dan juga Daia.

Tahniah kepada Woods Peppermint dan juga Daia. Mengapa? Kerana menghalalkan konsep matlamat menghalalkan cara. Jika dilihat apakah persamaan kedua-dua produk ini, jawapannya adalah iklan produk tersebut yang memaparkan perbuatan kurang adab yang dijadikan pelaris untuk membuat iklannya “catchy”. Mencuri atau cubaan mencuri.

Walaupun pada penghujungnya tidak memaparkan adegan kanak-kanak tersebut mencuri atau berjaya mencuri, namun pada dasarnya pucuk pangkalnya adalah pada idea tersebut. Bagaimanakah kepala-kepala besar di dalam syarikat tersebut bersetuju untuk meluluskan idea tersebut dari peringkat ‘brainstorming’ hingga selesai proses ‘editing’ dan berjaya ditayangkan? Kerajaan asyik kempen, “Budi Bahasa Budaya Kita”. Namun , bagaimanakah dengan pelaksanaannya?

Barangkali ada pihak yang terlepas pandang. Terkini kita asyik lantang nak boikot sana sini, perkara itu memang baik. Namun pada pendapat aku, kita perbetulkan apa yang ada dalam negara dahulu barulah kita membuka langkah yang seterusnya. Lagi bagus jika kedua-keduanya bergerak seiring.

gajah di pelupuk mata tidak kelihatan, kuman di seberang lautan kelihatan”- hindarkan.

Thursday, January 29, 2009

Rasa ini.










Detik dua jadi satu

Hati terpaku

Rasa terkedu

Diam membisu

Satu renung satu

Rasa segan silu

Malu mahu mengaku

Aura saling setuju

Dua hati ingin bersatu

Tiada lagi ragu ragu

Jikalau sudah begitu

Mengapa harus tunggu

Mahu katakan mahu

Sampai bila mahu

Hidup terus menipu.

Wednesday, January 28, 2009

Aku mahu













Pabila terbang di awangan

kaki terasa ringan

hati jadi rapuh

Bibir mudah lebar

inginku beri senyuman

sepanjang zaman


sekeras keras berlian

keras lagi pendirianku

jiwaku rasa kental

aku bicara pada hati

aku mahu kamu


seperti rama rama dalam perutku

rasa serba tak kena

mengapa siang begitu panjang

mengapa malam begitu singkat

ibarat punggok rindukan bulan

aku mahu kamu


pagiku rasa begitu sempurna

dengan ucapanmu

siangku tertanya tanya

bagaimana dengan harimu

di saat malam

kepalaku mendongak ke langit

mata ini coba mencari bintang

harap kamu lihat bintang yang sama


mahu sahaja aku melastik

bintang pilihan di langit

untuk dihadiahkan kepadamu

aku mahu kamu

aku ingin terbang

bawa kamu berjalan ke bulan

aku ingin aku mahu kamu.

Tuesday, January 27, 2009

Trend terkini anak remaja

Ini ada satu cerita

Trend terkini anak remaja

Alam mayalah katanya

Friendster myspace facebook dunianya

Bermula sekadar suka suka

Ikut kawan takut diketawa

Bila sudah sampai masa

Melebih-lebih hingga buang masa

Bila berjalan ke mana-mana

Kamera dan handphone mesti dibawa

Jika ada tempat menarik

Pasti tangan tidak lupa

Ambil gambar posisi cun belaka


Asalnya bertudung bertutup litup

Apabila disekolah dan rumah

Merekalah yang paling mithali

Bila berseorangan segala sudut

Dicari, ditangkap dan bersedia

sedekah memberi untuk ditatapi

Longkang lurah sana sini

Kembang semangkuk

Puas dikaji bagaimana

Untuk ditayang dan harap dipuji


Apabila ke sana ke sini

Pasti mulut akan berbunyi

Kamu ada friendster myspace dan itu ini?

Jika ada jangan lupa add kami

Kita jumpa malam ini


Apa nak jadi remaja kini

Mana pergi harga diri

Mana pergi cita cita

Mana pergi harapan

Apabila perut sudah buncit seinci

Mulalah nak bunuh diri

Lupakan keluarga dan pentingkan diri

Bukan tak boleh untuk ikut teknologi

Hanya perlu kawal diri

Tahu bagaimana nak jaga diri

Ortodoks bukan lapuk mentaliti

Sekadar pesanan sesama sendiri


Ibu bapa pula jangan senang hati

Cuba elak jadi buta IT

Harus tahu kemana anak pergi

Pantau selagi ada masa

Beringatlah sesama kita

Jika ditegur jangan mengata

Takut terlambat punah binasa

Monday, January 26, 2009

Wuduk
















Aku basuh tangan

Untuk menghilangkan daki perjuangan

Supaya tangan boleh dicengkam

Meramas dan genggamkan rezeki yang reda


Aku berkumur

Untuk membasuh segala bahasa dan kata dusta

Diganti gubahan berkuntum kebenaran


Aku basuh hidung

Dari menghidu kepalsuan

Dan pencemaran

Untuk disedut kebenaran

Yang mewangi dari taman Firdausi


Aku basuh muka

Untuk menanggalkan segala topeng

Yang memalsukan semua lakonan

Biar lebih berseri

Dengan keikhlasan dan kesucian


Aku basuh siku

Untuk hilangkan peluh perjalanan

Supaya tidak termukim daki kepuraan

Dan tidak peluh nanti


Aku basuh kepala

Untuk menyejukkan minda dan akal

Dari kepanasan emosi dan egois

Dan Menentang segala kejahilan

Dengan iman dan fikir


Aku basuh telinga

Biar tanggal kerikil nafsu

Untuk mendengar semua perintah

Demi memisahkan segala kebatilan


Aku basuh tengkuk

Dari daki malas yang bersemi

Supaya segarkan pergerakan

Untuk rukuk dan sujud kepada-Mu Ilahi


Aku basuh kakiku

Dari segala lumpur dan najis duniawi

Supaya langkahku ini

Bersih dari segala noda dan dosa.




*terima kasih saudara Solihin Osman. Puisi yang menjadi penyuntik ketika aku lemah.

Aku perolehi daripada Wacana Hitam Putih. Buku sastera pertamaku. Buku pertama mengajar aku erti

menghargai seni penulisan. Semoga 'wuduk' dapat membuka lebih banyak mata hati dan jiwa.