Klik untuk lihat iklan menarik

Thursday, January 22, 2009

Peminta Sedekah Junior

Pepatah cina telah menyatakan, “ jika saya beri awak ikan, anda hanya akan kenyang sehari, tetapi jika saya ajar awak cara untuk menangkap ikan, awak akan kenyang sepanjang hayat”

Sinonim dengan kata-kata ini aku ingin mengaitkan dengan situasi yang semakin menjadi akhir-akhir ini. Hobi saya merupakan “yamcha” di waktu malam bersama rakan-rakan. Oleh itu terdapat banyak perkara yang aku perhatikan sambil saya berbual-bual bersama rakan.

Pada suatu hari, lokasi saya melepak adalah Pak Li (seksyen 7 Shah Alam). Datang 2 orang budak berusia sekitar 8 hingga 12 tahun hinggap dari meja ke meja. Aku memang sudah mengenali kanak-kanak ini kerana sudah bertahun-tahun mereka kelihatan berlegar-legar di kawasan tersebut untuk mencari habuan.

“Assalamualaikum, Saya nak minta derma”. Selepas menjawab salam, aku membidas..”eh, baru semalam adik datang kan? “ Dengan pantas di kecil ini menjawab, “woo..semalam saya mana kerja, eeeee..penipu….tuhan marah orang yang menipu..tak nak bagi duit cakap lah!”

Subhanallah..berderau darah aku ni..ikut hati nak saja aku “rimbuk”(loghat kedah) budak ni. Persepsi aku 100% berubah. Dari niat nak menghulur derma bertukar nak menghulur penumbuk sulung aku yang dah lama aku simpan. Dengan tenang aku membalas, “ adik, kalau nak minta derma bukan ini caranya..adik mungkin tak sedar..orang yang makan kat sini adalah orang yang sama pada tiap-tiap malam, adik jangan nak bercakap soal hukum hakam agama dengan abang. Perbuatan adik ni lagi boleh orang persoalkan.adik masih muda, sihat..kenapa nak buat kerja macam ni? Lagi satu, lain kali jaga kata-kata tu..adik muda lagi.ni,abang nak tanya..adik datang ni dengan siapa? Siapa suruh buat kerja ni?

“Saya dari kelang, mak saya sakit. Saya naik bas.” Aku pun menjawab, “Betul tak ada orang suruh buat kerja ni? Nanti abang nak check boleh?” Dengan muka yang penuh selamba, “check la, saya tak takut , eleh tak nak bagi duit buat la cara tak nak bagi”. Kurang a*** punya budak, ni mesti sudah hafal skrip.

“Adik, kalau nak menipu pun agak-agak la..abang bukannya bodoh..ni sudah lebih dari pukul 12 malam..dah masuk pagi pun..mana ada bas waktu ni.”Wajah budak tadi pun kelihatan tidak senang duduk, matanya berkeliaran seolah-olah tahu sedang diperhatikan oleh seseorang. “Macam ni je la adik, kalau adik susah, lapar dan belum makan, meh sini abang belanja. Tapi abang tak nak kasi adik duit.”

Perbualan kami terhenti di situ selepas dia menolak pelawaan aku. Dia beredar dengan membalas muka tidak puas hati dan beransur ke meja-meja yang lain. Sebenarnya sudah lama aku menunggu masa untuk menyakan soalan ini kepada mereka ini. Aku yakin kemungkinan besar ada dalang yang menjadi “mastermind” untuk aktiviti ini.

Sedih aku melihat kanak kanak ini, bukan aku tidak mahu menghulur wang, jika mereka datang menjual barang mungkin aku akan beli kerana itu berniaga. Tetapi apa yang berlaku, kecil –kecil lagi mereka sudah terbiasa untuk meminta.Apabila tidak mendapat wang, sudah pandai mendesak sambil mengeluarkan kata-kata yang kurang sopan semata-mata untuk mendapatkan wang. Aku paham, mereka ini apabila sudah lama menjadi bebal, barangkali mendapat tekanan sekiranya pulang dengan tangan kosong.

Harus diingat, mereka tidak akan menjadi kanak-kanak untuk selama-lamanya. Oleh itu mereka tidak akan mendapat wang dengan cara yang sama apabila meningkat usia. Bayangkan ketika itu, mungkin mereka akan lebih mendesak dan tidak menolak kemungkinan akan melakukan perkara-perkara di luar rasional untuk mendapatkan apa yang mereka mahu. Jangan mendidik mereka ke arah kehancuran. Biarkan mereka merasa tertekan apabila tidak mendapat wang dengan cara meminta sedekah dan serulah mereka untuk berkerja jika mahukan wang.” Jika mahu melentur buluh,biarlah dari rebungnya.”

Apa yang pasti, satu hari nanti akan aku jejaki siapakah” mastermind”nya.Kita bawa kemuka pengadilan. Itu harapan aku. Kepada masyarakat di luar sana. Ayuh, kita bantu mereka. Kanak-kanak ini bakal pewaris masa depan. Cegah sebelum berjangkit.

2 comments:

Izhaar Rosley said...

100% agree...dh la mintak sedekah time org nk mengadap rezeki, paling aku xminat.

pastu kan, kdg2 yg mintak sedekah ni perfectly well. anggota seme cukup, walopon kdg2 ade yg bute, tempang, tp kenape ade je org yg senasib ngan dorg bleh sara diri ngan care lain???

tuhan pn xsuke ngan org yg meminta2 ni. lainlah kalau mintak utk badan kebajikan.

budak2 yg mintak sedekah ni bkn bleh pcaye sgt..dpt duit beli bende karut..cth: rokok..so better bile dorg mintak sedekah, bagi je roti seketul. at least die kenyang...bg duit pn, belum tntu die yg dapat..

somebody should do something..mintak sedekah bukan cara carik rezeki yg tuhan suruh..

Alif Abu Bakar said...

mmg...
aku pun da lme prasan n mmg ak da plan utk amek diz issue utk tv production...
kisah knk2 mntk sedekah...
diorg ni mmg kna paksa..
ad agen la...
yg ak trkejut tu ak knl sorg bdk pompuan mntk derma ni..
dulu ak slaloo lepak kt dome klcc, kt ctu ad la bdk pompuan mntk drma, everytime ak lepak ctu msti di ade..
then lpas bbrapa bulan ak lepak kt pakli sek 7, surprisingly yg mntk derma tu iZ da same gurl???

xley imagine time tu...
aku mcm ok gle hebat bdk tu ley mampu bergerak smpai shh alm...

klau btul2 mntk derma miskin knp dia xnk amik bile kite nk offer food kan?
sah2 diorg kna paksa...