Sengaja aku melewat-lewatkan posting sempena masuk tahun 2009/1430 maal hijrah. mengapa ya?
Apabila menjelang sahaja tahun baru, berpusun-pusun manusia mengetik-ngetik jarinya menaip di hadapan komputer, sms , dan sebagainya. Saling berutusan satu sama lain, menanyakan azam masing-masing.Perkara yanga menarik adalah, seringkali kita mendengar org bercakap , "aku nak berubah". Tetapi apabila ditanyakan bilakah tarikhnya?? Tiada siapa yang mampu berkeras menyatakan tarikh tersebut.
Bagi aku konsepnya begini, janganlah rigid dengan kepercayaan pada hari. TAPI percayalah pada diri. Seperti mana manusia yang mahu bertaubat, tidak ada hari khas ditetapkan di dalam islam untuk seseorang berubah. Kesimpulannya, jika mahu pasang azam, JANGAN BERTANGGUH.
Namun, islam tidaklah seberat yang disangka. Barangkali ramai yang tidak ambil kisah dengan sambutan MAAL HIJRAH. Itulah sebaik-baik platform jika mahu dijadikan anjakan paradikma untuk seseorang berubah. Apa-apa pun, memasang azam pada tahun baru TIDAK SALAH, cuma sebelum berkata-kata, tepuk dada tanya iman.Sudah bersediakah untuk melakukan hijrah? fikir-fikirkanlah..
Ya, saya memang seorang orthodox dan realistik. Sekadar memberi pendapat yang tidak seberapa ini. Sekian =)
Spank
6 years ago
No comments:
Post a Comment