Klik untuk lihat iklan menarik

Sunday, January 25, 2009

Kosongkan gelas apabila perlu



Kosongkan gelas, kemudian isikan semula dengan air yang baru.”

Kata-kata ini membawa maksud yang mendalam. Manusia yang bermotivasi tinggi tahu bilakah dan dimanakah egonya boleh dikawal dan dilaraskan mengikut kesesuaian persekitaran. Apabila kita berada di tempat yang baru, seelok-eloknya kita ceduk segala ilmu yang ada di tempat tersebut. Ya, ada masa dan tempat ,kita hebat.

Namun, hebatkah kita? Sehingga hanya memandang insan lain sebelah mata? Guru saya pernah berkata, “Jangan sesekali memandang rendah terhadap orang lain, dan jangan pula anggap diri kita tidak mampu menandingi orang lain”. Perlu diingat, kadang-kadang orang yang pendiam itu berisi manakala kadang-kadang lagi banyak kita bersuara lagi banyak kelemahan kita terdedah. Barangkali ada masa umur dan pengalaman kita dalam sesuatu bidang adalah lebih, namun harus diingat ilmu tidak pernah akan kering. Hari ini kita ceduk, esok akan ada ilmu yang masih belum kita terokai.

Berbalik kepada teori “kosongkan gelas”, jika kita kosongkan gelas itu sepenuhnya maka air yang bakal kita dapat lebih banyak berbanding gelas yang tidak kosong. Air itu ibarat ilmu. Maka janganlah kita sentiasa beranggapan kita adalah yang terhebat kerana masih ada di luar sana yang lebih hebat. Jadi, saya menyeru kepada diri saya dan rakan-rakan, kawal lah sebaik-baik ego dalam diri kerna manusia yang rendah diri pada persekitaran yang sesuai akan berpeluang menimba lebih banyak ilmu dengan hati yang tenang.

-Ahmad Syahmi b Abd Nasir,Seksyen 19 Shah Alam-

No comments: