Klik untuk lihat iklan menarik

Friday, January 30, 2009

Tahniah Woods Peppermint dan juga Daia.

Tahniah kepada Woods Peppermint dan juga Daia. Mengapa? Kerana menghalalkan konsep matlamat menghalalkan cara. Jika dilihat apakah persamaan kedua-dua produk ini, jawapannya adalah iklan produk tersebut yang memaparkan perbuatan kurang adab yang dijadikan pelaris untuk membuat iklannya “catchy”. Mencuri atau cubaan mencuri.

Walaupun pada penghujungnya tidak memaparkan adegan kanak-kanak tersebut mencuri atau berjaya mencuri, namun pada dasarnya pucuk pangkalnya adalah pada idea tersebut. Bagaimanakah kepala-kepala besar di dalam syarikat tersebut bersetuju untuk meluluskan idea tersebut dari peringkat ‘brainstorming’ hingga selesai proses ‘editing’ dan berjaya ditayangkan? Kerajaan asyik kempen, “Budi Bahasa Budaya Kita”. Namun , bagaimanakah dengan pelaksanaannya?

Barangkali ada pihak yang terlepas pandang. Terkini kita asyik lantang nak boikot sana sini, perkara itu memang baik. Namun pada pendapat aku, kita perbetulkan apa yang ada dalam negara dahulu barulah kita membuka langkah yang seterusnya. Lagi bagus jika kedua-keduanya bergerak seiring.

gajah di pelupuk mata tidak kelihatan, kuman di seberang lautan kelihatan”- hindarkan.

No comments: