Sejarah ilmu hitam atau magik /silap mata telah wujud sejak dari zaman dahulu kala lagi. Sihir boleh berlaku ke atas semua benda hidup di muka bumi ini dengan izin Allah s.w.t. Sihir juga ada kalanya digunakan oleh ahli silap mata untuk mengaburi penglihatan manusia dengan bantuan jin. Sekiranya anda melihat dan dicabar oleh ahli silap mata *yang takbur* dengan ilmunya, maka kita boleh menumpaskan ilmu sihir tersebut. Anda perlu yakin kerana ilmu Allah lebih berkuasa dari ilmu syaitan.
Jadi jika anda kemana-mana kemudian dicabar oleh ahli silap mata berkenaan kehebatan ilmu silap matanya, yang mana dapat menggugat keselamatan dan keamanan , maka bertindaklah dengan cara yang benar.
Setiap kejadian di dunia ini dijadikan Allah Ta’ala berpasang pasangan. Jika penyakit, ada penawarnya maka jika sihir, ada pembatalnya. Begitu juga dengan ilmu sihir. Terdapat empat cara untuk membatalkannya:
1. Azan
2. Membaca Ayat Kursi
3. Zikir yang diharuskan oleh Islam untuk menghalau syaitan
4. Membaca Bismillah
Perlu diingat, keempat empat cara ini mempunyai satu syarat iaitu mestilah dalam keadaan berwuduk.
Sekiranya silap mata tidak dapat digagalkan dengan cara ini maka ia bukanlah sihir tetapi silap mata yang menggunakan kemahiran tangan tanpa meminta pertolongan daripada jin.
Sekadar berkongsi pengetahuan, wallahualam.
No comments:
Post a Comment