Klik untuk lihat iklan menarik

Tuesday, June 23, 2009

Segi Tiga Bermuda













Bermuda menurut bahasa bahasa kuno di kepulauan Bermuda dan Puerto Rico beerti “Pantai Cahaya”. Menurut kepercayaan penduduk di sana gelaran tersebut disebabkan syaitan telah menduduki kawasan tersebut dan mengaku sebagai dewa cahaya dan pencerahan. Penduduk disitu juga menggangap kawasan di sekitar kepulauan itu sebagai jajahan para arwah jin dan anak anak syaitan yang menjadi tuhan.

Istilah Segi Tiga Bermuda telah dicetuskan oleh seorang penulis Amerika bernama Vincent Judith. Kedudukan kawasan tersebut ialah hujung utaranya berada di Bermuda, hujung tenggaranya berada di Puerto Rico dan hujung baratnya berada di Miami (Florida). Segi tiga Bermuda ini meliputi keluasan 770 ribu km persegi.

Menurut Vincent Judith, daerah tersebut sangat bahaya kepada pelayaran dan penerbangan kerana telah terjadi ratusan kes kehilangan kapal laut dan kapal terbang secara misteri di kawasan tersebut. Dilaporkan bahawa sejak tahun 1780 hingga 2002, 293 buah kapal laut hilang ketika melalui kawasan tersebut. Begitu juga dilaporkan 142 pesawat termasuk jet jet pejuang Amerika juga hilang atau ghaib ketika melintasi kawasan itu. Hal ini menjadi suatu misteri atau rahsia yang masih belum ditemui jawapannya.

Pihak Amerika telah menggunakan seluruh kepakaran dan teknologi satelitnya untuk membongkar rahsia tersebut namun sehingga kini masih tiada kepastian. Imej imej yang dikirim satelit semuanya kabur dan tidak dapat dijadikan petunjuk yang meyakinkan.

Mengambil kira kepercayaan penduduk setempat dan berpandukan kepada hadis hadis mengenai penempatan jin, dipercayai bahawa di kawasan Segi Tiga Bermuda itu wujud satu kerajaan di bawah air yang keluasannya mencapai 350 km persegi. Itulah kerajaan jin yanh dipercayai memiliki system yang luar biasa kecanggihannya sehingga mampu melumpuhkan system satelit canggih Amerika Syarikat.

Kaum Jin yang menghuni dasar laut kawasan Bermuda dikatakan memiliki teknologi yang terlalu maju hingga mampu membina makmal bawah laut yang berupaya menahan tekanan air yang tinggi serta mampu menghasilkan elektrik dari pertemuan arus panas dan arus sejuk atau ombak pasang dan surut air laut. Mereka bergerak menggunakan piring terbang (UFO) yang kecil kerana majunya teknologi komunikasi mereka. Kapal angkasa mereka tidak dapat dikesan oleh radar. Ini tidak pelik kerana kapal ‘Stealth’ yang direka manusia juga tidak dapat dikesan oleh radar. Mereka juga mampu menghapuskan bukti seandainya terserempak dengan manusia sebagai mana manusia menghapuskan bukti apabila melakukan sesuatu operasi sulit.


Sumber : Buku tulisan Dato' Hj. Ismail Kamus ( Jin Hakikat & Pengubatan, halaman 27)


No comments: