Klik untuk lihat iklan menarik

Tuesday, June 30, 2009

Bila mama bercerita...

Sejak dari kecil hingga ke hari ini, aku dibesarkan dengan cerita cerita motivasi. Mama merupakan kaunselor di sebuah IPTA dan kebiasaannya semasa makan malam atau ketika kami sekeluarga berada di dalam kereta mama akan bercerita kisah kisah motivasi. Ada juga pada beberapa ketika mama akan menceritkan situasi yang berlaku dalam kehidupan seharian termasuk ragam pelajar di universiti, mama akan meminta pendapat anak anaknya. Memandangkan abang jarang berada di rumah maka akulah anak yang menjadi sasaran untuk melemparkan pendapat.

Ayah pula merupakan seorang yang besifat tenang dan cara ayah menceritakan kisah motivasi melalui pendekatan sirah islam dan surah surah . Ayah selalu menceritkan kisah kisah nabi dan pada penhujung cerita itu, kami si anak anak dikehendaki untuk mengeluarkan pendapat masing masing. Ayah lebih suka anak anaknya berfikir dan apabila kami agak “slow” untuk mentafsir barulah ayah akan “menyuap” kepada kami teladan daripada cerita-ceritanya. Lagi satu perkara ialah ayah dan mama gemar memberi teka teki dan kami akan bertukar tukar jenaka.

Tadi, seorang ajen insuran datang ke rumah aku.Ayah tak ada kat rumah sebab ada dinner,maka mamalah melayan tetamu. Dalam 2 jam lebih dia datang berborak. Dia wanita berbangsa Cina bernama Joane, awal 20an dan mempunyai penampilan yang menarik. Bisnes woman lah katakan. Aku seperti biasa, kalau ada tetamu datang aku lebih gemar duduk di tingkat atas sambil menghadap computer atau menonton tv. Aku dahaga dan turun untuk membuat minuman. Masa nak naik atas balik, sempat juga aku menjeling..eh comel juga amoi ni..haha aku pun terus naik ke atas dan melayari Facebook. Kemudian mama panggil turun dan aku pun turun untuk ucap selamat tinggal kepada tetamu. Kami iringi amoi Joane sampai ke kereta di luar rumah.

Kemudian aku dan mama masuk, dan menjamah sedikit makanan sambil berbual dengan mama. “Kesian kat Joane, dia baru putus cinta” kata mama. Aku pun macam terkedu, ha tadi tu datang untuk sesi luahan perasaan ke? Mama mengangguk,Joane datang untuk bincang hal bisnes sekejap lepas tu baru sambung perbualan. Joane bertanya kepada mama tadi, “adakah tuhan akan memberikan apa yang kita minta?” . Kata mama berat juga soalan ini sebab yang menanyakan ini bukan orang islam dan katanya tidak mengamalkan mana mana agama. Mama menjawab dengan seringkas mungkin supaya Joane mudah untuk memahami.

Kata mama, tuhan ada menyatakan bahawa.. “Kadang kadang manusia ni sombong, tak mahu memohon kepadaNya. Ada manusia yang tamak,semua perkara nak buat sendiri tanpa memohon doa. Tuhan akan memberikan apa yang kita minta samada baik atau buruk dan setiap yang berlaku itu ada sebabnya. Kadang kadang tuhan tak memberikan apa yang kita minta itu pada masa yang kita mahukan kerana tuhan ingin mengurniakan sesuatu yang lebih bermakna daripada apa yang kita minta tanpa kita jangka”.

Sedang kami anak beranak sedang berbual bual, satu SMS masuk ke telefon bimbit mama, Joane menghantar mesej. Dia ucap terima kasih untuk tadi dan mama membalas dengan kata kata semangat. Mama harap Joane tabah lalui semua dugaan.

No comments: