Tidak perlu tanda tanya
Kamu hadir untuk membalut luka
Secawan kopi dihidang
Ketika hujan lebat diluar sana
Aku selesa dalam dingin
Luka dibalut, kesakitan seolah olah
Hilang entah kemana
Tanpa diberitahu,
Kamu seperti tahu
Dimana tempat aku terluka
Aku letih dan mahu lelapkan mata
Hanya untuk seketika
Namun aku kaget,
Bisakah kamu muncul kembali
Disaat aku membuka mata
Hai kamu, namaku Arjuna!
-Forbidden City, Beijing 2006-
No comments:
Post a Comment