Dalam bidang penyiaran, pencahayaan@ “lighting” merupakan antara elemen terpenting bagi menentukan kualiti sesebuah video. Melalui teknik pencahayaan juga dapat mengubah mood dan latar sesebuah set. Jika sebuah kamera dari telefon bimbit yang mempunyai megapiksel yang rendah sekalipun, jika mendapat sukatan kemasukkan cahaya (aperture) yang mencukupi maka gambar yang terhasil akan jelas, terang dan menarik.
Apabila berada di dalam studio, pencahayaan adalah penting kerana di dalam studio tidak ada sumber cahaya semulajadi iaitu matahari. Oleh yang sedemikian, teknik “3 point lighting” diperlukan bagi menampakkan kesan yang lebih hidup dan realistik. Jika menggunakan satu sumber cahaya , objek tersebut akan kelihatan rata dan tiada mood. Melalui “3 point lighting” juga kita dapat menentukan kesan bayang menarik yang akan terhasil oleh lampu tersebut.
Jika berada di lokasi luar pula, matahari merupakan sumber cahaya utama ketika pengambaran. Reflektor diperlukan bagi memantulkan cahaya matahari kepada objek yang ingin dirakam. Konsepnya adalah sama supaya mendapat kesan bayang yang bersesuaian. Jika cahaya terlalu banyak, maka filter diperlukan untuk menapis jumlah cahaya yang masuk melalui iris lensa.
Allah s.w.t amat berkuasa, apabila berada di luar, cahaya matahari itu sudah cukup untuk membekalkan cahaya yang diperlukan oleh mata manusia . Pada masa yang sama, mata kita tidak memerlukan reflector, “3 point lighting” dan filter untuk melihat objek . Semuanya sudah tercipta sebaik-baik sistem berkomputerkan sebuah otak. Jika kita mengagumi ciptaan sesebuah kamera berteknologi tinggi, jangan lupa bahawa kita mempunyai aset yang lebih berharga dari kamera tersebut. Sehingga kini masih belum ada teknologi dimana manusia tidak memerlukan sumber pencahayaan tambahan ketika melakukan pengambaran.
Oleh itu, hargai aset yang kita ada. Jika lensa sebuah kamera itu rosak, kita boleh dengan pantas menukar dengan lensa baru, jika lampu itu mentolnya terbakar, gantikan sahaja mentolnya dan boleh beroperasi seperti biasa. Namun jika mata sudah rosak, maka kita fikir-fikirkan. Pembedahan mata pun belum tentu kita boleh melihat sama seperti sediakala. =)
No comments:
Post a Comment