Klik untuk lihat iklan menarik

Wednesday, April 29, 2009

Sate oh sate.










Apabila sebut sahaja nama sate, pasti ada perut yang mula berkeroncong. Dari manakah asal usul sate? Ada yang mengatakan bahawa sate itu asalnya dari tanah besar Kepulauan Jawa. Tidak kiralah dari mana sekalipun, ianya tetap menjadi sinonim bagi makanan Malaysia.

Sate yang popular di Malaysia ialah sate ayam dan juga daging. Terdapat juga sate yang diperam daripada daging lain selain ayam dan lembu. Semuanya mempunyai peminat yang tersendiri. Aku masih ingat sewaktu keluarga aku berpindah dari Shah Alam ke Perlis. Kami sekeluarga seolah-olah terkejut dengan harga makanan yang dijual di sana. Terdapat sate yang dijual pada harga 10 sen secucuk. Amat murah kan?

Hidangan ini juga menjadi tradisi bagi keluarga aku terutamanya menjelang hari raya. Apabila tiba di kampong, kami si cucu-cucu akan berganding bahu dalam menyediakan bahan untuk membuat sate yang akan dibakar pada pagi raya. Baru aku paham mengapa sate itu agak mahal. Ini berikutan kos tenaga untuk mencucuk sate adalah rumit. Lemak dan daging perlu diselang-selikan dalam secucuk sate. Proses ini agak merumitkan dan memakan masa. Bahan-bahan rempah dan daging pula akan diperam selama semalaman untuk memberikan rasa sate yang enak.

Untuk pengetahuan semua, sate ini adalah makanan yang tidak elok untuk kadar pengambilan yang tinggi. Ini adalah kerana untuk memerap sekilo daging ayam memerlukan 15 sudu besar gula manakala bagi daging pula 10 sudu. Selama ini aku tidak pernah mengambil tahu akan kandungan gula , maka aku pun memakan sate tanpa memikirkan akan kandungannya. Sebab itu lah kini aku lebih memakan sate daging berbanding ayam. Tabiat pemakanan kenala dipantau, jika selalu terbabas takut nanti “boleh kena potong kaki”.

Mengapa apabila makan sate mesti ada timun dan bawang ya? Mengikut kajian , tujuan timun dan bawang itu adalah untuk meneutralkan tahap karbon yang ada pada sate. Ini adalah kerana apabila sate itu dibakar, kesan hangit itu adalah kandungan karbon. Baru lah aku paham kenapa perlu ada timun dan bawang, agen untuk meneutralkan karbon ya.

P/S: Teringat sewaktu berada di Karachi Pakistan, akibat dah lama makan roti , apabila jumpa sate rasa amat teruja!

2 comments:

nuruliznie said...

aku.sangaaaaat.suka.sate.


(tp takleh makan bnyak2 lak,sob,sedey)

imhays damha said...

makanlah ikut kemampuan =)