Klik untuk lihat iklan menarik

Friday, April 10, 2009

Baling Selipar!









Aku masih tertanya-tanya, masih ramaikah kanak-kanak masakini bermain permainan sepertimana yang sempat aku rasakan ketika saat kecil satu ketika dahulu. Waktu dulu mana lah nak ada sangat permainan elektronik macam zaman sekarang. Semuanya bermain mengikut kreativiti masing-masing. Salah satu permainan turun temurun yang menjadi kegemaran aku ketika kecil adalah “baling selipar@ tuju kasut(loghat kedah)”.

Permainan ini adalah mudah, memerlukan perancangan strategi dan ketangkasan serta licik dalam memboloskan diri dari serangan lawan. Jika nak dibandingkan dengan zaman kini seperti permainan “paintball”. Apa yang menarik tentang permainan ini ialah ianya begitu fleksibel dimana tidak memerlukan peralatan yang rumit. Peserta hanyalah memerlukan menggunakan selipar harian sebagai medium.

Melalui permainan ini, secara tidak langsung dapat menaikkan stamina kerana peserta perlu pantas bergerak. Jadi tidak perlulah ber”aerobik di hadapan televisyen, menghabiskan banyak wang untuk membeli peralatan sukan yang mahal-mahal.Bayangkan jikalau sudah satu badan bergoyang dan terlompat-lompat ketika berlari, berapa banyak kalori dah terbakar kan ?

Aku berharap supaya permainan tradisi ini akan dapat diperwarisi pada masa lapang. Jikalau anda menganjurkan hari keluarga atau sukaneka, selit-selitkan lah permainan ini. Dengan permainan ini juga dapat meredakan stress dikala kepala sudah sarat dengan tekanan dan “deadline”. Nak beriadah tidak semestinya perlu mengeluarkan belanja yang besar. Silaturrahim juga dapat dieratkan apabila kita beriadah. ! =)

3 comments:

ayien.. said...

ape kate next sem
time fam.day kita bwat game ni
dah lama tak main..
hihihihi

imhays damha said...

haha..aku sokong!
xpe,nnt aku nk try guna kasut boot la.hehe.comfirm merana la sape yg kene,hehhehe

This is ME..!! said...

tuju tin best jugak!!
susun tin mcm piramid tuh lg ekstrem..hehehe