Klik untuk lihat iklan menarik

Sunday, April 19, 2009

Menonton berseorangan., terbaik.









Escapism. Satu perkataan yang boleh aku gambarkan untuk 2 minggu lepas. Ketika semua orang sedang begelut berhempas pulas menyiapkan tugasan, aku pun tidak kurang hebatnya. Aku habiskan kesemua bahagian aku untuk diserahkan kepada rakan-rakan. Kerja aku selesai. Aku ada merancang untuk tidur. Tapi batalkan di saat akhir. Tidur secara mendadak boleh buat aku lemah.

Aku siapkan diri, sarapan di rumah , mencapai kunci kereta dan menuju ke bukit raja. Sengaja aku keluar awal untuk menonton TALENTIME . Orang putih kata masa “early bird”. Tayangan tu jam 11.20 pagi. Aku pun sampai ke sana 30 minit awal. Berlegar legar dan kemudian masuk panggung. Orang pertama masuk panggung tu..hehe.

Aku duduk di belakang. Paling belakang dan di tengah-tengah. Sehingga 10 minit pertama tayangan, aku kira ada 14 orang sahaja. Duduk berselerakkan. Majoriti adalah cina. Satu demi satu babak aku hayati, dan aku dapati, hasil kerja Yasmin Ahmad kali ini lebih teliti. Ya,dia amat teliti. Skrip itu kekuatannya. Aku gemarkan perihal apabila pertembungan dua dunia dalam merasa perasaan yang sama. Cinta.

Babak penutup kepada Talentime, merupakan titik fokus kepada konsenterasi aku. Apabila 2 orang sahabat , seorang menyanyi dan detik pertama alat muzik digesek, seolah olah hati aku juga diusik. Aku dapat merasakan kelainan dalam filem tersebut. Paling penting, aku datang ke panggung SEORANG DIRI. Magik telah membawa aku untuk menonton Talentime. Apabila menonton berseorangan, aku dapat rasakan seolah-olah filem itu ditayangkan khas untuk aku. Escapism pada hari itu berjaya!

*Tidak mahu mengulas panjang,terlalu banyak untuk diperkatakan*.



No comments: