Cuba lihat sifat bintang. Bintang itu gemerlapan, kelip-kelip. Semua orang mahu lihat bintang. Bintang setia berada pada paksi yang sama. Bintang itu wujud, cuma kita dapat lihat atau tidak aja sekiranya awan di malam hari pekat menyelubungi langit. Bintang mampu buat semua orang bahagia. Bintang menjadi saksi antara cinta beribu malah jutaan manusia . Bintang juga menjadi garis panduan bagi pengembara di darat , laut dan juga udara. Satu perkara tentang bintang yang kita boleh teladani, bintang yang kita lihat hari ini, malam ini esok lusa dan seterusnya barangkali secara zahirnya bintang itu sudah tidak ada lagi. Namun, kita masih mampu melihatnya kerana apa yang kita lihat itu sebenarnya adalah cahaya dari bintang yang telah beribu tahun lamanya. Jadilah bintang yang sejati, kerna sekalipun jasadnya tidak ada di depan mata, namun kita masih mampu melihatnya. BINTANG buat aku tenang =)
3 comments:
ecececece,jiwang berjiwang lak abang nih :P
jiwang tu kan satu sifat semulajadi semua orang. Jiwang tu kan sebahagian dari sensetiviti(btui ka eja mcm ni). hehehe
ni tanda aku appreciate alam semesta.
lgpun aku x mampu nak beri sumbangan secara fizikal. al maklumlah student mana ada sumber kwangan ..hehe so menulis la cara yang aku mampu buat masa ni.
Post a Comment