(Gambar koleksi sekadar suka-suka)
Beberapa tahun yang lepas, nama sukan “muay thai” adalah kurang popular (komersial) berbanding beberapa tahun baru baru ini. Hanya peminat sejati sukan ini yang akan hargai dari setiap sudut kelebihan sukan yang lebih dikenali sebagai tomoi @tinju siam@ silat tomoi di Malaysia. Tidak kiralah apa jenis seni bela diri sekalipun, masing masing mempunyai kekuatan tersendiri. Nama seni bela diri ini semakin popular selepas kejayaan beberapa buah filem thai yang memartabatkan tomoi menggunakan elemen tomoi sebagai tunjang utama .
Jika ditanya seni bela diri manakah yang terhebat di dunia? Jawapan peribadi aku adalah tidak ada yang boleh diiktiraf sebagai nombor 1 dalam dunia. Seni bela diri adalah cabang ilmu yang tidak akan putus jika seseorang menerokai dan mengamalkannya. Jika seseorang telah menggelar atau digelar dirinya terhebat dalam bidang tersebut barangkali individu tersebut hanya menguasai teknik dalam pertarungan. Namun sejauh manakah jati diri seseorang dalam seni bela diri tersebut adalah bersifat subjektif.
Aku pernah bergiat aktif dalam tomoi beberapa tahun yang lepas. Pernah suatu ketika aku seolah olah dalam dilemma untuk memikirkan seni bela diri manakah yang ingin dipelajari. Untuk apa aku mahu belajar? Bela diri atau untuk bermegah-megah? Tepuk dada, Tanya hati dan kemampuan. Aku pun memilih tomoi sebagai medium pembelajaran . Bermula dengan latihan asas iaitu menguatkan kardio(jantung), sukan ini memerlukan stamina yang tinggi. Aku masih ingat di mana aku harus berlatih sekurang-kurangnya “jogging” 2 jam sehari. Rasa macam nak putus vena dan arteri dalam badan . Namun setelah beberapa bulan meneruskannya sebagai rutin( 7 pagi -10 pagi) , sakit itu sudah sebati malah aku akan rasa tidak puas berlatih sehingga rasa sakit.
Menariknya, sepanjang aku aktif di dalam tomoi, aku sendiri tidak tahu apakah tarikan utama yang mendorong aku untuk mengeksplorasi sukan tersebut. Barangkali sebab jenis latihan yang agak sakit dan lasak berbanding sukan lain. Ketika di bangku sekolah sekitar tingkatan 3, aku merupakan seorang yang berbadan gempal. Kiranya hampir masuk kategori obesiti. Setahun kemudian aku nekad untuk berusaha menguruskan badan dan aku dapati latihan di dalam tomoi sudah cukup untuk membakar kalori dalam badan. Sehingga penghujung 2005, hasilnya aku dapat rasai setelah bertahun-tahun bekerja.
Apa yang aku dapati, tomoi ini mengajarku supaya menjadi seorang yang lebih berdisiplin. Setiap hari aku mesti bangun seawal subuh, berlatih dan elakkan tidur pada pagi. Aku juga sedar akan satu perkara iaitu jangan sesekali memandang rendah terhadap kemampuan orang lain dan jangan rendah diri dengan kemampuan sendiri.*akan diceritakan pengalaman pada posting akan datang*. Tomoi juga mengajar aku untuk menjadi pemerhati yang tangkas dan seseorang harus licik dalam mengatur langkah. Nak bertarung mesti guna otak. Banyak lagi perkara lain yang tidak mampu aku kongsi dalam penulisan ini.
Namun, adat dalam menuntut ilmu, ada perkara hitam dan putih. Aku melihat pelbagai ragam yang berlaku sepanjang aku mengenali tomoi. Ada segelintir pihak yang menyalah gunakan ilmu yang dipelajari. Ada yang mempelajari tomoi untuk membuli orang lain, untuk bermegah-megah, ahli kongsi gelap@ pertubuhan haram dan tidak kurang yang mempelajari untuk menguatkan diri supaya mahu menjadi “bouncer” di kelab malam.
Mengapa aku tidak memilih seni bela diri yang lain? Sejujurnya silat merupakan idaman aku, namun aku masih belum bersedia untuk mempelajarinya. Tomoi juga tidak banyak lari “buahnya” dengan silat kan =). Semasa aku di bangku sekolah , sukan taekwondo dan karate merupakan sukan popular di sekolah. Segelintir ahli yang mempelajarinya pula kebanyakan suka bermegah-megah dengan “skill” yang mereka ada.Aku memang tidak “sebulu” dengan keadaan sebegini. Ada juga di antara mereka yang mempunyai “black belt”, namun kelihatan berlari –lari berkejaran sesama mereka sambil bajunya comot dengan tumpahan aiskrim. Anda mesti dapat membayangkan apa yang aku cuba sampaikan bukan?
Walau bagaimanapun, kini aku sudah tidak bergiat aktif dalam tomoi. Aku sedar yang aku perlu mencari masa dan disiplin diri yang tinggi dalam membahagi masa dan mengeluarkan tenaga untuk kembali aktif. Stamina aku pun kini dah merudum jatuh, badan aku pula semakin membesar. Aku rindukan saat aktif satu ketika masa dahulu. Jika ada masa dan peluang, aku ingin juga mempelajari seni bela diri yang lain. :) Nampaknya Ahmad Syahmi perlu merangkak dan bertatih semula dari awal untuk mendapatkan kembali apa yang telah hilang! Aku perlukan vitamin D = Disiplin!
*koleksi ketika 2004, 2005* kini?? = Masa untuk berubah +Motivasi.
No comments:
Post a Comment