Tak seorang pun dalam keluarga ni dibenarkan untuk ambil lesen motosikal. Termasuk sepupu-sepupu yang lain. Itu kata-kata mama dan mak saudara yang lain kepada kami si anak-anak. Selepas tragedi yang meragut nyawa arwah pak cik 12 tahun yang lalu, keluarga aku seolah-olah trauma dengan kejadian tersebut. Arwah terbabit dalam kemalangan ketika sedang menunggang motosikal.
“Sampai masa nanti amik lesen kereta terus,kalau nak motor juga tunggu bila dah matang, dah kerja, ambil B Full(super bike). ”kata mama kepada kami semua. Hati mana tak meronta apabila terpaksa akur dengan arahan. Namun, pasti ada kebaikkan disebalik kepayahan.Tamat SPM, aku seperti yang dijanjikan mengambil lesen kenderaan motokar. Setelah berjaya lulus , keluarga aku berpindah kembali ke Shah Alam. Maka aku pun tepaksa lah meminta sekolah memandu poskan lesen ke alamat baru.
Hari pertama dapat lesen, aku diberikan kunci. Berdebar-debar rasanya tuhan yang tahu. Tambahan pula aku baru pulang ke Shah Alam. Jalan pun ingat-ingat lupa. Dengan rasa teruja, aku menghidupkan enjin dan buat kali pertama ,aku dapat lesen dari ayah untuk menyentuh kereta “modified”nya. Honda kesayangan ayah yang dimuatkan janaan V-tec Honda Integra. Kereta ini memang diturunkan untuk anak-anak. Ayah memang kaki kereta, dan selama ini aku hanya mampu menjadi penumpang. Hari pertama itu juga aku cuba biasakan dengan kereta tersebut. Malang tidak berbau, aku gagal mengimbangkan gear dan clutch. Kereta “bikin” ni lain kawalannya, lebih susah . Apa lagi, maka terlanggar pembahagi jalan lah pada hari tersebut. Aku kaget, tergamam dan terkedu.
Sebulan kemudian,aku sudah mahir dan kini aku sudah “gila stereng”. Bayangkan subang jaya –shah alam dicatatkan dalam masa 5 minit. Memang layanlah aku melenjan deruman V-tec selama 6 bulan. Kemudiannya aku mendengar berita bahawa kesemua kereta di rumah akan ditukarkan yang baru iaitu transmisi automatic. Kata ayah sebab kereta itu penyelengaraan tinggi dan minyak juga kuat dihirupnya. Aku sedih kerana tidak lagi dapat memandu sebuah kenderaan janaan kuasa tinggi. Aku dan abang akur dan menerima pacuan baru bernama Kelisa. Lebih kompak, CC ringan dan automatik. Sesuai untuk kenderaan di dalam bandar.
Maka dari tahun 2005, bermulalah kehidupan aku bersama “Cik Lisa- BGS 101”. Lisa menjadi buah hati aku dan penyelamat aku ketika aku di dalam kesibukkan. Hari demi hari Lisa berjemuran, hujan panas dan kulitnya semakin mengelupas. Ayah dan mama yang prihatin dengan keadaan Lisa telah menjanjikan aku untuk membuat rawatan kulitnya. Abangku pula bersama pacuan baru. Maka pada penghujung 2008 Lisa pun dimasukkan ke bengkel untuk di cat semula. Ayah bagi aku peluang untuk pilih warna. Dan biru Subaru Impreza menjadi pilihan.
Sekali lagi malang tidak berbau, Cik Lisa aku kena cium di dalam kampus! Tak sampai 3 bulan tukar warna sudah kena langgar. Pengajarannya, aku kini lebih hati-hati. Namun, satu perkara yang bermain di fikiranku, aku sudah semakin rindukan pada deruman V-tec. Aku teringin untuk memandu kereta manual kembali. Bilakah aku mampu untuk memenuhi impian ini? Tamatkan pengajian, dapatkan pekerjaan yang stabil dan kerja keras untuk masa depan! Fokus Syahmi..fokus…
*salah satu impianku iaitu untuk meletakkan Cik Lisa di kotak parking yang mempunyai sama nombor dengannya telah tercapai! * =)
No comments:
Post a Comment