Klik untuk lihat iklan menarik

Sunday, April 19, 2009

Popcorn dan Pisang Goreng









Ada satu persoalan di minda, mengapa ya apabila menonton wayang je, mesti dah macam jadi tabiat kena beli popcorn. Kalau tengok wayang tanpa popcorn mesti rasa macam kurang ummphh!. Semua ni terjadi sebab “classical conditioning”. Siapakah yang bertanggungjawab mendidik budaya menonton wayang sambil memakan popcorn ya? *sambil tersenyum*.

Pada masa yang sama juga, apabila memakan popcorn di luar panggung wayang pula, mesti di fikiran melayang-layang memikirkan pasal panggung. Hmm..mengapa tidak di Malaysia kita ubah sedikit mengikut keselesaan majoriti? Sebagai contoh makan pisang goreng ke..*mungkin ada contoh lain yang lebih sesuai*. Apa yang kita lakukan kini adalah mengikut sahaja apa yang dibawa tanpa sebarang persoalan.

Sebagai contoh pisang goreng, jika dijual untuk masuk ke panggung, dibungkus dengan kotak yang menarik sudah pasti akan dapat menarik minat pembeli. Barangkali warga emas pun akan gembira sebab ada makanan yang sudah sebati dengan dirinya. Secara tak langsung,boleh lah kita pancing orang ramai untuk turun menonton filem di panggung.

Contoh: Dialog seorang cucu bersama neneknya.

CUCU: Nenek, hujung minggu ni jomlah kita ke panggung..tengok filem baru..

NENEK: Ish..tak apalah, nenek segan nanti nak buat apa kat dalam tu..nenek suka mengunyah..

CUCU: takpa nenek..nanti saya belikan pisang goreng..boleh lah nenek makan dalam tu..

NENEK: Kalau macam tu nenek okay je..asalkan ada makanan yang nenek boleh makan.

*Sekadar monolog dan pendapat*









*Azmi pisang goreng di shah alam, 3 minit dari kediaman aku*

P/s: Setiap hari pengunjung sanggup berbaris panjang semata-mata untuk membeli pisang goreng di sini. ;)

4 comments:

AragangTandik said...

Aku suka kacang tanah rebus & jagung rebus - anak2 suka 'fries' & 'meatballs'- kenapa ya?

imhays damha said...

mungkin mereka rasa cool bila menjamah makanan barat kot.

hehe, tapi bila berada di perantauan..makanan tanah air juga jd idaman,fuhhh..!!

Jay Chandra said...

kalau pergi tgk wayang dengan perempuan, aku pernah makan ayam KFC dan karipap dalam panggung.. handbag cover line tuh.. popcorn mahal sgt n kenyang ke?

imhays damha said...

sempoi lah jay,
aku lak slalu redah masuk bawa mcd je..then bila buka paper bag fries tu je..org tepi pandang2..hehe