Brader, gua pun manusia
Sampai masanya
Gua pun tahu rasa penat
Tak apa brader,
Lu jalan dulu
Gua mahu amik nafas
Jangan risau brader
Gua tak berhenti
Nanti gua kejar balik
kita jumpa kat sana brader.
بسم الله الرحمن الرحيم .Kanan Atau Kiri
Brader, gua pun manusia
Sampai masanya
Gua pun tahu rasa penat
Tak apa brader,
Lu jalan dulu
Gua mahu amik nafas
Jangan risau brader
Gua tak berhenti
Nanti gua kejar balik
kita jumpa kat sana brader.
Ketika itu jam 3 petang. Cikgu tu kata, tolong bagi satu modul untuk sedarkan budak budak tu. Aku kata, “cikgu saya cuba ya, bukan nak mengajar budak budak tu.. tapi saya berkongsi.”
Ketika di dalam kelas..
“Okay sekarang abang nak salah seorang daripada kamu masuk dalam bulatan lepas tu jerit perkataan tolong kuat kuat sambil hulurkan tangan”
….semuanya mengangguk….
“ TOLONG!! TOLONG!! TOLONG !!” , jerit budak tersebut.
..semuanya hanya melihat dan tersenyum..
“Tadi abang kata, seorang jerit kan? Kenapa yang lain ni tengok sahaja?? Dah terang terang kawan tu minta tolong..kenapa tak tarik tangan dia?”
Balas salah seorang daripada pelajar , “ Kami tak dapat arahan untuk buat apa apa dari abang pun..”
“Adik, kadang kadang ada perkara kita tak perlu buat dengan ikut arahan..kita ada mata dan hati untuk menilai kan? Apa yang kamu semua rasa apabila kamu minta bantuan, tapi tak ada yang datang membantu..?”
Berlalulah sudah ramadhan, kini syawal menjelma. Alhamdullilah aku dikurniakan kesihatan dan rezeki untuk menyambut lebaran sekali lagi pada syawal ini. Salam eidulfitri buat kalian semua, kepada yang jauh kita dekatkan, kepada yang dekat kita eratkan dan kepada yang erat kita mesrakan.
Syawal pada tahun ini ternyata berbeza pengamatannya berbanding tahun sebelum ini. Barangkali aura yang aku rasakan sepanjang ramadhan lepas ibarat satu petanda kelainan yang akan dirasai pada kali ini. Pada tahun ini kami sekeluarga beraya tanpa abang kerana bertugas di Arab Saudi, maka aku merangkap cucu tertua buat raya kali ini. Seperti biasa, setiap kali persiapan raya di kampung , aku akan melakukan tugasan mewakili cucu di dapur, dari mencari kelapa tua..mengopek buah kelapa, memarut sehinggalah proses seterusnya yang berkaitan dalam bidang masakan. Sepupu yang lain masih muda,ramai pula yang akan mengambil peperiksaan maka dikecualikan dari tugasan-tugasan berat selain dari persiapan masakan.
Pagi 1 syawal, selepas subuh perkakas untuk membakar satay dikeluarkan. Aku menguruskan untuk permulaan sehinggalah ke jam 8 pagi. Kira kira 1000 cucuk satay menanti untuk dibakar pada pagi tersebut. Setelah sudah giliran aku, saudara mara perempuan mengambil alih sehingga semuanya siap dibakar. Kemudian rutin seperti biasa, solat eidulfitri di masjid kemudian aktiviti kunjung mengunjung dan saling bermaafan di pagi raya. Kira kira jam empat petang, kami sekeluarga bersiap untuk keluar beraya di rumah sanak saudara. Lokasi pertama ialah Hospital Sultanah Bahiyah kerana dimaklumkan salah seorang datuk saudara@ tok su aku sedang sakit penat di sana.
Kami difahamkan tok su hanya penat biasa , maka kira kira jam 5 petang kami tiba di perkarangan hospital. Disebabkan kes H1N1, semua pelawat dibenarkan melawat pada jam 5.30 petang. Tepat jam tersebut, kami menaiki ke aras 4D di hospital tersebut. Setibanya di pintu wad kelihatan beberapa ahli keluarga tok su saling berpelukan, kedengaran tangisan teresak esak dan tanpa berlengah panjang, kami berlari ke katil tok su. Innalillah…tok su baru sahaja pergi..baru 5 minit..tok su sakit tiga serangkai (jantung, hati dan buah pinggang)
Keadaan menjadi amat pilu dan tergamam seketika..mama dan ayah menguruskan urusan membawa pulang jenazah dan kira kira jam 10 malam baru pulang ke kampung semula. (Sanak saudara yang lain pulang ke kampung semula pada maghrib). Begitulah perjalanan dari pagi lebaran sehingga ke lewat petang. Tidak berpeluang mengunjung ke mana mana rumah pada hari 1 syawal.
Pada sebelah malamnya pula, kami sanak saudara berkumpul. Di hadapan rumah tok ada satu gelanggang. Di situlah segala aktiviti di luar rumah dijalankan seperti berlatih silat siam@ tomoi dan sebagainya. Sepupu kecil semuanya bermain mercun dan bunga api, aku dan beberapa orang sepupu melepaskan gian di satu sudut yang terletaknya punching bag! Punching bag ini dibuat khas oleh Pak Teh aku. Owh ya, punching bag ini akan lebih berat di sebelah malam kerana diperbuat daripada denim. Disebabkan sudah lama tak berlatih dan tidak melakukan warm up, maka otot biceps kanan aku tercedera. Hah..sakitnya boleh dirasai sehingga hari ini,raya ke empat..
Diringkaskan cerita, sambutan syawal pada kali ini pengamatannya berbeza. Tidak ada satu gambar pun yang diambil bagi keluarga aku, tidak ada ‘kemeriahan’ seperti tahun tahun terdahulu. Aku tidak lagi bergelinjangan untuk mengira duit raya, mahupun melaung-laungkan lagu raya. Namun apa yang ada adalah keakraban hakiki pada setiap ahli keluarga dan saling bermaafan. Keupayaan berkumpul bersama sanak saudara itu lebih manis pengamatannya. Syukur alhamdullilah..itulah antara nilai sebenar syawal.Satu revolusi perubahan yang sedang dirasakan buat diri ini. Salam eidulfitri buat semua, salam muhibbah dan maaf zahir dan batin buat kalian semua.
Orang selalu kata, tak baik mengeluh. Tapi aku nak langgar pantang larang tersebut. Hmm... Detik ini saat ini genaplah 6 tahun aku bersama kisah lalu. Kisah yang tergantung, selama 6 tahun aku dan hala tuju yang baru.Kerana jarak, sedikit demi sedikit kami terpisah. Namun disebalik perpisahan itu, dicipta dan dipertemukan dengan beberapa pertemuan. Sebuah plot yang tidak tahu dimana pangkal, dimana hujungnya..
Pertemuan demi pertemuan, langkah demi langkah. Latar belakang dan sejarah berubah. Namun hakikatnya tetap sama. Ibarat selepas tragedy Tsunami, beberapa kepulauan di Maldives kini sudah ditenggelami air. Peta di ensiklopedia sepatutnya turut berubah, semua yang ada hanya tinggal nama, sejarah dan kenangan..
Kerana jarak telah memisahkan , kerana jarak juga semakin dalam di suatu sudut, secara halus ianya dieratkan. Orang selalu kata, tak kenal maka tak cinta. Pada aku, tak kenal maka tak kenal. Haahh.. kecelaruan melanda! Mengapa setelah 6 tahun, semuanya datang dengan tiba tiba? Semuanya..sampaikan aku terperangkap di dalam masa.. Dua benua, dua sejarah. Satu hakikat…