Di saat ramai yang menyisihkannya, keajaiban berlaku. Aku kata ianya magik! Pertembungan dua latar yang berbeza. Seorang digambarkan sebagai "unik" kerana gemar bersendirian, hidup dalam kotak dan semestar tersendiri. Seorang lagi perwatakannya ceria, ramai peminat dan menarik penampilannya. Si ceria ini tertarik dengan perwatakan si "unik"dan meminta bantuan aku untuk berkenalan dengannya.Tugas aku adalah untuk menjadi titik penemu kepada mereka. Cuma halangan masa kini adalah sahabat aku yang "unik" itu masih perlukan rawatan. Tidak sesuai untuk menemukan mereka pada waktu ini. Aku tidak pasti bagaimana tindak balas sekiranya si dia tahu akan keadaan ini.
Namun pada pemandangan aku yang kabur ini, adalah satu ironi sekiranya dia menolak pelawaan untuk perkenalan ini. Aku doakan dia cepat sembuh supaya aku boleh sampaikan berita gembira ini. Apa yang aku boleh katakan, ada hikmah menjadi diri sendiri. Kita semua tidak sama,diciptakan berbeza beza dan saling melengkapi. Aura setiap orang tidak sama :)

No comments:
Post a Comment